Sebenarnya kalau hidup kita ditentukan dengan kata-kata dan pandangan orang memang susah. Sebab setiap orang lain acuan hidupnya, kisah kita tak sama dengan keluarga orang lain. Oleh itu jangan tertekan bila kita memilih untuk jadi suri rumah, teruskan niat suci kita untuk jaga anak-anak.
Bila sudah jadi mak-mak, kita perlu utamakan apa yang penting dalam hidup, jadi seorang mak yang realistik. Jangan tak sedar diri dan ikut kehendak sendiri
hingga abaikan tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak.
Ikuti perkongsian Sri A’jilah Mohd Samsir :
Kau buat sesuatu, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kau sendiri.
Kalau kau dah tahu keutamaan kau adalah anak-anak, maka kau teruskan saja. Kau telan semua kata-kata orang dan kau terus berjalan.
Iya. Banyak kali orang bertanya saya, “Kau tak takut ke kalau laki kau mati, kau takde apa-apa. Zero! Kau kena fikir masa depan kau juga.”
Kau ingat seronok sangat ke terperuk dekat rumah, bergelumang dengan anak-anak 24 jam, kau nak jumpa orang pun tak sempat, anak-anak pakat pegang kain tak mahu lepas, baju bau bawang. Paling tak best, tiada duit dekat tangan.
Tahun ini, bermula Januari, saya mula mengajar semula setelah 4 tahun saya stop mengajar. Bukan sebab saya isteri kepada owner pusat tuisyen. Bukan sebab saya suka-suka nak stop. Tapi sebab anak-anak.
Anak sulung saya sangat takut dengan orang. Sangat! Bila keluar rumah, nampak orang yang dia tak kenal, dia akan meraung, pegang kain, tantrum teruk. Kebetulan waktu itu, saya mengandung anak kedua. PJJ pula dengan suami, dengan sarat mengandung, anak sulung buat perangai, saya terpaksa decide untuk berhenti mengajar. Jadi suri rumah sepenuh masa semula.
Penat Layan Cakap Orang
Bukan sebab saya tak fikir masa depan, bukan sebab saya suka duduk di rumah, bukan sebab saya tak risau kalau tiba-tiba suami saya dijemput ilahi. Semua tu bersarang, berselirat serabut dalam kepala.
Memang penat pun layan cakap-cakap orang. Macam kita ni tak plan apa-apa untuk masa depan.
Sekarang, anak ke-3 saya dah berumur 2 tahun. Pandai dah main dengan abang-abangnya dan dalam proses nak wean off. Makanya, saya mula mengajar semula. Bergilir jaga anak-anak dengan suami.
See!
Masa kita akan sampai nanti. Utamakan saja mana yang lebih utama. Jadi realistik bukan sekadar ikut kehendak kita. Anak-anak dah faham, dah besar sikit, kejarlah apa yang kita nak pula. Tak mengapa walaupun prosesnya lambat dan perlahan.
Untuk isteri yang bekerja, cabarannya berbeza. Mana nak uruskan kerja, nak uruskan rumah. Well, apa-apa pilihan pun tetap akan ada ujian, kan? Nak yang 1 ini, 1 yang lain pula terpaksa dilepaskan.
Berjalan atas garis masa kita sendiri tanpa perlu tertekan dengan kehendak orang lain. Keluarga kita, tanggungjawab kita.
#SriAjilahSamsir
Memang suri rumah lebih cepat terkesan dengan cakap-cakap orang.
Sumber:Sri A’jilah Mohd Samsir
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat wanita-wanita di luar sana yang masih lagi terfikir mana satu lebih penting antara kerjaya dan anak-anak. Fikir dalam-dalam dan kemudian tekad dengan keputusan yang telah dibuat. Insyallah Allah akan permudahkan segalanya jika niat kita baik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI