Isteri yang hebat bukan hanya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sahaja. tetapi, mampu menjaga kehormatan suami. Tidak dinafikan, hidup sekarang ini bukan hanya berlandaskan cinta semata-mata, tetapi perlukan kewangan untuk meneruskan hidup.
Isteri yang hebat, bukannya dengan menghabiskan duit dengan membeli keperluan diri dan keluarga. Itu pun jika rezeki diberi suami yang mempunyai kewangan yang kukuh.
Malah, ada rezeki seorang wanita yang dipertemukan jodoh dengan pasangan yang tidak berkemampuan dari segi kewangan. Tetapi, dari segi lain ia telah menutupi kekurangan kewangan itu. Rasa tanggungjawab dan kasih sayang diberikan melebihi segalanya.
Benarlah orang cakap, kekayaan yang ada belum tentu akan membahagiakan kehidupan suami isteri dan keluarga. Begitu juga sebaliknya, kemiskinan pula boleh menjadi asbab kebahagiaan yang dimiliki supaya kita bersyukur dengan apa yang ada.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang isteri, jangan sesekali membuka aib pasangan dan tutuplah apa yang kurang pada suami. Itulah isteri yang hebat. Seprti apa yang dikongsikan oleh Ahliya Fariza ini.
Ada seorang suami yang menangis sedikit teresak disisi sahabatnya. Lalu sahabatnya bertanya :
“Kenapa kau menangis?”
Suami itu menjawab :
“Isteri aku sedang demam.”
Sahabatnya bertanya lagi :
“Seberapa hebat sayangnya engkau kepadanya? Hingga dia demam sahaja pun engkau sudah menangis seperti ini?”
Ads
Suami itu menjawab lagi :
“Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana..”
Dua Pilihan
Dia pun mula menceritakan…
“Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itu pun jika aku dapat balik awal. Pernah ketika aku tak dapat balik rumah, isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja. Sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari.”
“Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mentua aku ke rumahnya. Memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak berada. Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mentua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada. Lalu aku bertanya kepada mentuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana..”
Ibu mertua aku menjawab :
Ads
“Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang. Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang.”
Ayah mentuaku yang mendengar terus mencelah :
“Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu.”
Tahu Tanggungjawab
“Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak dapat menahan tangisan. Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak”.
“Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian.”
Isteri aku menjawab : “Ku harus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya.”
Mari semak diri kita,
Bagaimana sikap kita bila berdepan dengan suami yang tak mampu?
MW: Moga ia memberi manfaat buat pasangan suami isteri di luar sana. Bersyukurlah dengan apa rezeki dikurniakan.
‘Kahwin lain boleh, nafkah anak tak bagi.’ Orang lelaki, jangan hanya pandai buat anak. Lepas buat anak, bercerai kemudian lupa tanggungjawab.
Bila penceraian berlaku, yang berpisahnya suami dan isteri. Tidak terputus hubungan ayah dan anak-anak. Anak-anak masih menjadi tanggungjawab seorang ayah.
Kahwin Lain Boleh
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Kahwin lain boleh, nafkah anak tak boleh bagi…
Bila bercerai, yang diceraikan itu isteri, bukan anak. Bila sudah terputus hubungan, yang putus itu dengan isteri, bukan anak…
Anak itu tetap anak kandung, malah anak itu tetap darah daging sendiri. Nama anak tetap dinasabkan atas nama ayahnya. Hendak kahwin berapa kali pun boleh, asalkan nafkah anak yang dijaga bekas isteri itu dibayar dan ditunaikan.
Orang pompuan sudah set dalam kepala dia, “Orang lelaki ini hanya pandai buat anak.”
Sebab yang jaga anak itu adalah orang perempuan dan yang besarkan anak juga adalah ibunya. Bila sudah bercerai atau berpisah, tetap juga anak-anak dijaga oleh orang perempuan…
Orang Lelaki
Si ayah hendak merapu, mahu bebas atau ingin bercinta memadu asmara dengan sesiapa pun, bekas isteri tak mahu tahu. Bukan suami dia lagi, buat masa ini dia hanya mahukan nafkah anak dari bekas suami. Itu saja.
Tak perlu dia kena naik turun mahkamah dan tak perlu dia upah peguam atau tak perlu dia saman-menyaman. Jika bekas suami lelaki yang baik, ada lagi akhlak dan nilai-nilai seorang ayah dalam diri, maka dia akan tunaikan hak si anak tersebut…
Dia kena jaga kebajikan dan pendidikan serta hubungan anak dengan ayah kerana itu semua masih di bawah tanggungjawab dia, kewajipan dia sebagai seorang lelaki yang berstatus ayah…
Benda ini, kalau tuntutan bekas isteri tidak dipeduli, tak dihiraukan, buat tak layan. Maka terlepaslah tapi sekadar di dunia. Di akhirat, tetap tak lepas…
Sangkut bang…sangkut…
Mingguan Wanita : Buat mak-mak di luar sana yang berdepan dengan masalah ini iaitu bekas suami culas bayar nafkah anak, anda berhak membuat tuntutan di mahkamah. Jangan biarkan anak terseksa.
Mak ayah sebenarnya memang boleh elak anak daripada ‘Speech Delay’ jika ambil berat dengan beberapa faktor persekitaran yang menyebabkan perkara ini terjadi. Ramai sebenarnya mak ayah mempunyai anak yang mempunyai masalah untuk bertutur atau lambat bercakap ni. Lebih merisaukan mak ayah bila umur anak semakin meningkat tapi masih tak pandai bercakap atau hanya boleh menuturkan beberapa perkataan je.
Baru-baru ini pasangan selebriti Wawa Zainal dan Airil Zafriel turut berkongsi perkara yang sama dialami oleh anak sulung mereka, Attar yang belum pandai bercakap walaupun telah berumur 4 tahun dilaman instagram mereka.
Menurut perkongsian oleh Speech Language Pathologist,Puan Ruby Atika yang juga merupakan Pengetua dari Ruby EIP Centre;
Faktor persekitaran yang menyebabkan speech delay dan faktor ini sebenarnya adalah benda-benda yang boleh dielakkan jika ibubapa lebih bersikap ambil tahu:
1. Sindrom Anak Pertama
Ibubapa tiada pengalaman dan tak pula ambil tahu tentang ilmu mendidik anak sejak bayi.
2. Sindrom Anak Bongsu
Ibubapa sudah lupa langkah-langkah merangsang otak anak dan serahkan tugas mengasuh anak kepada abang kakak yang lebih besar.
3. Gajet
Pendedahan kepada gajet, skrin tv seawal bayi dalam tempoh lama.
4. Ibubapa Terlalu Sibuk
Ibubapa terlalu sibuk dan serahkan anak kepada pengasuh/nenek terlalu lama. Mereka pula letak anak depan tv atau tidurkan anak lama supaya boleh kerja lain atau letih menjaga anak kecil. Ada pula jenis tak suka mainan sepah. Maka anak anda tidak bermain.
5. Tidak Bersembang Dengan Anak
Ibubapa anggap anak bawah 1 tahun masih terlalu bayi dan tidak boleh bercakap. Maka anda tidak bersembang dengan anak.
6. Lebihkan Smartphone
Ibubapa pandang smartphone lebih lama dari pandang anak, walaupun anak itu ada depan mata anda.
Balik ni, muhasabah diri. Ibubapa berubah, anak juga turut berubah.
Info Ekstra!
Apa itu Speech Therapy?
Speech therapy adalah terapi khusus yang bertujuan untuk menangani mereka yang bermasalah dalam bertutur, seperti lambat bertutur dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi sesama rakan sebaya dan orang di sekelilingnya.
Ada yang hanya mengalami sedikit masalah dan boleh diselesaikan dengan galakan tetapi tidak kurang juga yang disahkan menghidap penyakit autisme dan perlu menjalani beberapa siri speech therapy.
Speech Delay
Pada kebiasaannya, ibubapa boleh mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anak mereka terutamanya apabila anak mereka lambat untuk memulakan pertuturan. Ia juga dikenali sebagai speech delay.Dan jika si anak boleh bertutur, hanya sedikit sahaja perkataan yang boleh disebut. Kadang-kadang ini boleh membuatkan si anak meradang kerana tidak dapat apa yang mereka nak.
Sebaiknya, jika mak ayah mengalami anak yang masih tidak pandai bercakap atau hanya tahu menuturkan beberapa perkataan je, bertindaklah dengan cepat. Seeloknya bawa anak berjumpa dengan therapi dan pakar bagi mengenal pasti masalah yang sebenar.
Semoga bermanfaat dan kongsikan pada ibu bapa lain.
Isteri nak tinggal berasingan dengan mentua. Itu adalah sebaiknya buat pasangan yang baru berkahwin. Mungkin ada yang fikir dua tiga kali terutamanya mengingatkan tanggungjawab yang baru dipikul.
Beruntungnya kalau dapat mentua yang faham dan tiada halangan untuk anak dan menantunya berdikari. Namun, tak mustahil juga ada yang terus ‘ikat’ kaki supaya tingga bersama.
Tak kisahlah tinggal bersama atau isteri nak tinggal berasingan, tapi kenalah tanggung sendiri jika berlaku di belakang hari. Walaupun tak semua mentua begitu tapi sebaiknya tinggal berasingan, ruang privacy but suami isteri.
Persoalannya, ada jenis suami yang lebih mengikut kat ibunya berbanding isteri. Tak terima pandangan isteri untuk tinggal berasingan. Akhirnya akan ada ‘bunyi-bunyi’ pula nanti.
Jadi, suami jangan ambil mudah, kalau isteri nak tinggal berasingan, tunai dan wajib sediakan. Jangan sampai isteri tuntut nafakah diri, seperti perkongsian oleh Khairul Fahmi Ramli ini.
Banyak yang bertanya kepada pihak kami, sama ada isteri berhak untuk dapat rumah yang berasingan daripada keluarga suami mahupun keluarga isteri itu sendiri.
Ini kerana ramai wanita yang telah berkahwin tidak tahu bahawa rumah adalah satu nafkah wajib yang perlu disediakan oleh suami selepas bernikah.
Tak perlu pun beli jika masih belum berkemampuan. Cukup sekadar menyewa terlebih dahulu asalkan rumah tersebut selesa, selamat dan lengkap dengan segala keperluan asas.
Menurut Hukum Syarak, sekiranya seorang isteri berasa tidak selesa dan meminta kepada suaminya untuk menyediakan kediaman yang berasingan daripada mana-mana pihak, suami tersebut wajib untuk sediakan.
Mengikut undang-undang pula, jika suami tidak menyediakan nafkah yang diperlukan, maka isteri tersebut berhak untuk membuat Tuntutan Nafkah Diri di Mahkamah Syariah. Ini bertujuan untuk menjadikan nafkah seorang isteri itu konsisten dijelaskan oleh suaminya.
Tanggungjawab menyediakan nafkah ini adalah beban dan tanggungjawab yang berat ke atas suami kerana dia perlu mengutamakan nafkah isteri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding pemberian kepada ibu bapa.
Cuma dalam Islam, galakkan untuk suami isteri dan seluruh keluarga bergaul dengan baik adalah satu perkara yang dituntut. Insya Allah jika ada wanita yang sanggup berkorban dan sanggup tinggal bersama mentua dengan pergaulan yang baik, maka ganjaran besar menanti di akhirat kelak.
Namun, sekiranya seorang isteri itu tak sanggup dan tidak selesa, WAJIB bagi semua tersebut menyediakan kediaman asing di samping tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai Anak Lelaki.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Kalau duduk rumah sendiri nak tonggang terbalik pun tak kisah. Tapi kalau tinggal dengan mentua, faham-faham sendirilah, walaupun mentua tak kisah pun.