Kerja seorang mak-mak dari pagi sampai ke malam tak akan pernah habis dan semua hal rumah tangga isteri uruskan. Tetapi malangnya masih ada lelaki yang tidak tahu menghargai, malah kadang isteri rasa tertekan dengan rutin harian yang sama.
Lagi teruk bila ada sesetengah isteri rasa goyang dan mula timbul dalam diri siapa ketua keluarga sebenarnya? Untuk mencari tahu jawapan kepada soalan itu, jemput baca perkongsian Ustaz Ebit Lew...
Sebak bila ramai bertanya soalan seperti ini. Siapa ketua keluarga sebenarnya?
Suami ke isteri? Pastinya suami… ArRijal.
Ketua ini sifatnya berkorban. Jika nikmat dia dahulukan pasangan dan anak-anaknya berbanding dirinya. Jika kerja berat atau bahaya dia dulu meletakkan dirinya di depan.
Tapi cuba tengok hari ini bagaimana? Ada lelaki hilang sifat Amir atau ketua seperti orang dulu..kerana itu keberkatan hilang dari rumah orang Islam. Keberkatan dalam sunnah Nabi saw.
Ads
Cuba lihat dari bangun pagi. Ramai isteri yang bangun dulu siapkan setiap ahli keluarga. Siapkan mandikan anak-anak. Siapkan buku dan pakaian sekolah anak-anak. Ada lelaki yang Subuh pun tak bangun bila dikejut isteri. Ya Allah…
Isteri siapkan semua barang anak-anak. Segala bekalan. Beg yang berat-berat. Dalam beg mak semuanya ada. Dari pampers, pen, kunci, tisu basah, cungkil gigi pun ada, beg mainan, telekung. Baju spare. Ic pasport anak-anak. Macam poket doraemon. Beg suami kecil comel jer. Lepas tu tunggu dekat kereta. Bagi masa 2 minit semua kena ada dalam kereta. Ada yang langsung tak bantu.
Isteri Dahulukan Anak
Bila makan di kedai. Ayah lepas order sibuk tengok hp sambil makan. Isteri suap semua anak-anak. Layan anak sana sini. Sambil makan sikit-sikit. Mak tak sempat nak menikmat makanan pun. Sampai hilang selera makan. Penat layan anak. Cuba kita baru makan, kena kacau mesti ras dah tak berapa layan makan tu.
Ya Allah tuhanku… buat pula zaman hari ini ramai wanita bekerja ada segelintir lelaki yang tak beri nafkah buat keluarga. Hanya harapkan duit isteri.
Ya Allah ampunkanlah dosa semua ketua keluarga, dosa kami ketua keluarga.
Ads
Uruskan Rutin Harian Yang Sama
Hari-hari ibu ambil hantar anak sekolah sana sini. Penatnya seorang ibu.
Ibu terjerit-jerit, setiap masa di rumah. Ayah sibuk tengok tv dan main telefon. Isteri terkejar-kejar kesana sini tanpa henti. Buang air besar tak sempat betul-betul. Mandi pun tak sempurna. Anak ketuk pintu bilik air. Mereka macam dalam medan perang.
Malam-malam tak cakap terima kasih. Lupa tanya keadaan setiap ahli keluarga. Ibu pula yang pastikan keselamatan setiap ahli keluarga.
Tapi Kalau Lelaki…
Tahniah buat lelaki dan suami yang berusaha memperbaiki diri dalam menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh dan idola.
Ads
Nabi Muhammad saw ialah manusia paling rajin di rumah. Paling penyayang. Ambil tahu keadaan setiap ahli keluarganya. Memberi pujian galakan. Memberi semangat. Memberi khidmat. Mendengar setiap ahli keluarga. Rumah Nabi saw hidup suasana ilmu. Suasana dakwah. Suasana solat, AlQuran dan zikir, doa-doa harian. Wujud cinta dan kasih sayang setiap saat. Lemah lembut penyayang. Rumah paling bahagia ialah rumah Rasulullah sw.
Malangnya sifat belas, cinta… yang selalu kita sebut, sakinah, mawaddah, warahmah dah hilang. Tiada lagi perasaan itu. Bahkan telah mati hati-hati ketua keluarga. Hilang sifat keimanan. Sifat akhlak.
Keluarga maksudnya sakinah mawaddah warahmah.
Kerana itu penting bawa keluarga belajar sunnah Nabi saw. Kita tahu tapi lupa. Kerana lupa atau lalai telah membuat isteri dan anak-anak merasai derita dalam hidup mereka.
Ingatlah seperti mana kita, isteri kita cuma manusia. Apa yang kita perlu, mereka juga perlu.
Ya Allah pilihlah setiap kami dapat perbaiki diri dan tambah ilmu dalam keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan memiliki anak berdarah kacukan, memang luarbiasa rupa paras kecomelannya.Masih ingat dengan jejaka ‘Mat Salleh’ yang cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu ni?
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler,29 berasal dari Bristol, England ini cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu. Lelaki ‘Mat Salleh’ ini dikenali kerana videonya pernah viral satu ketika dahulu di media sosial.Mat Dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2009.Selepas beberapa tahun tinggal di Terengganu,Mat Dan mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama Kareef Daniel Abdullah serta memilih pasangan hidup dikalangan gadis tempatan.
Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan mendirikan rumahtangga pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.Dan kini pasangan bahagia ini telah mendapat anak lelaki pada 5 Mei lalu.
Namun apa yang menarik perhatian ialah berdarah kacukan Melayu-Inggeris kecomelan anak lelaki pasangan ini yang dinamakan Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini telah berusia hampir 3 bulan, menarik perhatian ramai.Ramai yang memuji kecomelan anak sulung pasangan ini.
Antara komen yang diterima didalam instagram;
puteri janecomei ngguh, rupe mat dan!
dayang.i.am Awhhh… He’s adorable!
paehfaizpaehSubhanAllah comey molek anak mu.Tahniah matdan dan isteri.
azizi jinggo azizMuke dia pakat-pakat ade balake..muke pak die ade..muke mak die ade
kakyong fizdiandra Comelnye die…mat dan junior
merah7525Geramnya rasa nak je cubit pipi..comel
shwxxlfComey molek zayne
liz.249MashaAllah comelnya…tahniah @mat_dan1 dan isteri…sila lahirkan lebih ramai anak-anak kacukan yang soleh dan solehah yer.Ameen
Sementara itu, Mat Dan berkata, dia masih belajar mengenai penjagaan bayi tetapi kian dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang ayah.
“Mulanya bimbang juga untuk menghadapinya kerana pertama kali menimang cahaya mata tetapi selepas lebih sebulan menjaga Zayne, saya berasa seronok.
“Cuma rehat tidak cukup seperti dulu, saya pula menjaga Zayne pada waktu malam, setiap satu hingga dua jam sekali Zayne bangun menyusu selain menukar lampin,” katanya.
Mat Dan pernah tampil dengan rancangan TV dia sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Dia bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,000 kilometer. Malah cukup dikenali sebagai pengacara program Pengacara program, Mat Dan Kaki Jalan.
Mingguan Wanita ucapkan tahniah buat Mat Dan dan isteri.Semoga anak membesar dengan sihat,dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan dalam keluarga.
Anak Autisme Jenis ‘Picky Eater’, Guna Taktik Ni Banyak Benda Boleh Makan. Bukan mudah untuk tangani anak istimewa autisme.Anak yang jenis cerewet memilih makanan, hanya makan makanan tertentu sahaja setiap hari. Ia agak menjadi kesukaran buat mak ayah terutamanya jika perlu makan di luar.
Ada caranya untuk membuatkan anak istimewa ini ‘belajar’ menerima pelbagai jenis makanan.
Baca perkongsian pengalaman daripada Norizwan Azlanini yang juga merupakan ayah kepada anak autisme.
Anak aku yang pakai baju kurung, yang sebelah tu kawan dia. Dua dua autisme.
Kawan dia tu aku tak pasti kenapa dia tutup telinga, tapi aku rasa, mesti ada bunyi yang dia tak suka.
Anak Autisme ‘Picky Eater’
Ni gambar masa ada jamuan raya kat sekolah anak aku.Takde apa nak citer sangat tapi saja nak share pasal anak autisme yang picky eater ni.
Dulu anak aku memang picky eater giler giler punya. Dia cuma makan nasi dengan sup.
Kalau keluar, aku kena cari kedai makan yang ada sup. Takde sup, tak layan.Jenuh weh macam tu. Yelah, sebelum tu kita dah makan kat mana mana kita nak, tapi bila ada anak camni, pilihan kedai jadi terhad.
Tapi lepas tu, aku try paksa dia makan nasi goreng cina. Mula mula memang dia melawan, tapi lama lama, nasi ni jadi faveret dia. So bertambahlah menu dia. Nasi bersup dan nasi goreng cina. Tapi still terhad ni weh
Tahan Daripada Makan
Aku pun mula belajar taktik baru. Aku tahan dia daripada makan. Aku bagi dia lapar yang betul betul punya lapar.
Lepas tu aku bagi makanan yang luar dari ruang lingkup kegemaran dia.
Sekali nah kau, bila dah lapar giler, dia bedal je. Kari, ayam masak merah, daging masak kicap, ikan tiga rasa, semua dia sebat.Masa tu, barulah dia rasa apa itu erti sebenar kesedapan.
Sekarang, aku dah boleh makan kat mana mana kedai aku nak sebab anak aku ni dah boleh makan sama taste dengan aku.Memang banyak benda dia dah makan. Spageti bolonis yang masam tu pun dia bedal.
Aku saja share ni sebab tengok ada parent yang mengadu anak dia picky eater. So suggestion aku, kadang kita kena bagi anak kita tu lapar yang betul betul punya lapar.
Lepas tu, memang dia akan makan je apa yang terhidang.
Tapi, ada tapinya ye.
Ada juga anak autisme, yang memang takkan sentuh makanan lain selain makanan kegemaran dia.
Maybe yang tu, kenalah usaha cara lain. Cara aku ni mungkin tak sesuai. Aku pun sekadar berkongsi je. Ni bukan satu kemestian pun nak ikut ye.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat mak ayah yang turut mengalami situasi yang sama apabila menangani anak autisme.
Manusia hanya mampu merancang, selebihnya berserah pada Allah menentukan segalanya. Salam takziah buat keluarga ini apabila pengantin lelaki yang sepatutnya bersanding dengan pasangannya meninggal setelah diserang asma.
Pada mulanya, suami diserang asma hingga tidak boleh duduk, oleh itu pengantin perempuan terpaksa sanding seorang diri dalam sebuah majlis resepsi demi meraikan tetamu yang telah diundang.
Pengantin Perempuan Terpaksa Sanding Seorang Diri
Pilu hati pengantin wanita di Jakarta, Indonesia, apabila terpaksa meneruskan majlis resepsi perkahwinan bersendirian tanpa suami tersayang yang diserang penyakit asma sebelum meninggal dunia.
Portal Tribunnews melaporkan, pengantin itu, Momon Tanjung kelihatan sedih ketika meraikan tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinannya.
Kisah mengenai Momon tular selepas kakaknya melalui sosial media berkongsi kisah sedih itu pada Oktober lalu.
Erde Dayat Tanjung, 32, turut memaparkan gambar pengantin wanita meraikan tetamu di pelamin tanpa suami di sisi.
Malah, wanita itu kelihatan melayani tetamu seorang diri dengan hiasan pengantin yang cukup cantik.
Erde berkata, kesihatan suami adiknya, Suharman pada awalnya baik ketika akad nikah pada 25 September lalu.
Bagaimanapun, sehari selepas itu Suharman diserang penyakit asma.
“Keadaan pengantin lelaki masih baik, ketika membuat persiapan resepsi (dijadualkan pada 27 September), dia berasa badannya keletihan.
“Ketika resepsi, keadaannya tidak boleh duduk, keluarga sarankan berehat dan tidak naik ke pelamin.
“Pengantin perempuan terpaksa duduk sendiri di pelamin melayani tetamu,” kata Erde.
Menurutnya, ketika majlis berlangsung, keadaan Suharman semakin teruk sebelum dibawa ke hospital.
“Suharman kritikal selama dua hari dan keadaannya makin teruk dan disahkan meninggal dunia pada 30 September,” katanya.
MW: Semoga isteri almarhum dan keluarganya tabah berdepan dengan takdir Ilahi. Menerima kematian dalam tempoh masa yang singkat bukan sesuatu yang mudah.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.