Isteri tunaikan impian arwah Abam hadiahkan anaknya kereta mainan sempena harijadi.

Sebaknya melihat anak arwah Abam, Hamzah yang hanya dapat mencium bantal yang diprint wajah ayahnya ketika sambutan harijadi. Lebih menyentuh hati apabila Hidayah menunaikan impian arwah Abam yang tak kesampaian. Ketika hayatnya, arwah mahu menghadiahkan Hamzah kereta bila usia anaknya mencecah satu tahun.

Namun impian tersebut tidak sempat ditunaikan, Abam kembali ke rahmatullah 10 Februari lalu. Posting Hidayah dan gambar-gambarnya bersama Hamzah mengundang sebak netizen. Mereka mendoakan Hidayah dan Hamzah bahagia dan dimurahkan rezeki.

Selamat Hari Lahir buat anak kesayangan ibu genap satu tahun Syed uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar. 14 Jun 2020, semoga menjadi anak yang soleh buat ayah dan ibu. Alhamdulillah selesai majlis kesyukuran dan birthday untuk anak ibu.

Ibu hadiahkan Hamzah kereta ni, Hamzah bolehlah main dengan abang-abang nanti. Arwah ayah pernah cakap nak belikan kereta macam ni untuk Hamzah bila genap satu tahun. Ibu tunaikan apa yang ayah pernah pesan,”ujar Hidayah.

IKLAN
Isteri Tunaikan Impian Arwah Abam Hadiahkan Anak Kereta Mainan
Hidayah terharu ramai bagi hadiah pada Hamzah.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/mawar-rashid-hamil-anak-kedua-tak-larat-alami-alahan-teruk/

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Semoga Hamzah Bahagiakan Arwah Abam & Hidayah

Menerusi posting di instagram miliknya, Hidayah turut mendoakan anaknya Hamzah sentiasa dilindungi Allah. Isteri arwah Abam ini juga begitu terharu dengan sokongan dan keprihatinan keluarga dan orang di sekeliling.

IKLAN

Moga Hamzah sentiasa dilindungi Allah. Terima kasih anak-anak buah umi bagi hadiah pada Hamzah. Umi sayang korang semua, terima kasih juga kak sharifah bagi hadiah set bantal printing gambar arwah & Didi untuk Hamzah. Moga murah rezeki. Al-Fatihah buat Allahyarham suamiku, Syed Umar Mokhtar,”katanya.

Team Mingguan Wanita doakan Hamzah jadi anak soleh dan membahagiakan ibu dan ayahnya. Kepada Hidayah, kami doakan Allah beri ketabahan dan luaskan rezeki Hidayah sekeluarga. Sama-sama kita sedekahkan AL FATIHAH buat arwah Abam, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Sumber: Instagram hidayah_abam

Isteri Tunaikan Impian Arwah Abam Hadiahkan Anak Kereta Mainan
Kenangan Hidayah bersama arwah Abam segar dalam ingatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI