“Percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin”.
Sejak beberapa hari yang lalu, spekulasi mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkahwin dua mula bertebaran di media sosial. Namun perkara tersebut telah disahkan oleh beliau yang kini beristeri dua.
Memetik laporan Sinar Harian, tanpa berselindung lagi, Sanusi mengiyakan majlis meminang isteri keduanya dilakukan sendiri oleh isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh beberapa bulan lalu.
Majlis meminang isteri kedua Menteri Besar Kedah itu telah dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh beberapa bulan yang lalu.
Kahwini Ibu Tunggal Seorang Anggota Polis
Menurutnya, isteri keduanya merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki seorang anak dan keluarga isterinya berasal dari Kedah.
“Saya kahwin dengan anggota polis. Proses meminang dibuat oleh isteri saya berbulan dulu. Alhamdulillah, semua proses sempurna dan teratur.
“Pada hari peminangan dan perkahwinan, isteri saya (Jusmalailani) ada, anak saya pun hadir. Semua proses mengikut prosedur dan dipatuhi. Jadi tak ada isu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran tanah di Felcra Belimbing, Tualak, dekat sini pada Rabu.
Tambah Menteri Besar Kedah itu lagi, perkahwinan keduanya tidak diumumkan kerana tidak suka menghebahkan hal keluarga.
“Ini hal peribadi, jarang saya cakap, rumah tangga orang pun saya tak kacau tapi saya tak tahu pasal apa orang minat sangat dengan hal saya.
“Saya tak suka hal peribadi keluarga dihebahkan, banyak orang buat spekulasi kata saya kena tangkap khalwat lah, tak patut sungguh. Benda-benda seperti ini tak patut jadi sensasi, masyarakat harus dididik. Sensasi ni mesti ada isi kena ada ilmu,” ujarnya.
Sanusi jelaskan, apabila ramai yang keterlaluan membuat pelbagai spekulasi menyebabkan beliau tampil menjernihkan keadaan dan status perkahwinan kedua.
Ads
“Isteri saya bukan pegawai penyiasat kes unsur nadir bumi (REE), dia penyiasat kes bahan letupan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon. Itulah kali pertama dan kali terakhir jumpa dia atas siasatan kes bom berkenaan.
“Selepas itu, dia jadi kawan isteri saya sebab dia rajin mengaji dan pergi kuliah dan mereka berkawan. Saya dan dia tak ada jumpa, tak berkawan dan tak bercinta. Lepas kahwin kami bercinta,” ujarnya.
Menurutnya lagi, diharap selepas pengumuman ini, tiada lagi spekulasi berkaitan hal peribadi dan rumah tangga beliau dicanang pihak tertentu.
“Percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin”.
Ads
“Tak eloklah diheret merata-rata, hormati privasi saya dan keluarga. Perkahwinan merupakan sunnah utama, ada sampai peringkat wajib ada peringkat sunat, jaja rumah tangga orang atau keruhkan keadaan pun haram juga,” katanya.
Sebelum ini, Sanusi dilaporkan menafikan dakwaan telah berkahwin baharu dengan seorang anggota pasukan penyiasat yang menyiasat kecurian REE di Bukit Enggang, Sik Kedah, seperti diperkatakan menerusi laman sosial.
Untuk rekod, Sanusi mendirikan rumah tangga dengan Tok Puan Jusmalailani Jusoh pada 14 Februari 1999 dan dikurniakan lima cahaya mata.
Ardell Aryana minta suami bersabar. Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.
Menerusi platform Threads pula, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.
Ardell Aryana Minta Suami Bersabar
Sebagai seorang suami, Nadzmi Adhwa cukup risau namun luahannya cukup menyentuh hati apabila isterinya pula yang minta suami bersabar.
Menerusi perkongsian di Threads Nadzmi tahu akan kekuatan semangat isterinya itu.
“Isteri saya suruh sabar sabar sabar.
“Allahuakbar. Isteri saya kuat dan nak korang pun kuat. Teruskan bercakap tentang G” luah Nadzmi.
Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Tanda Sokongan, Simbol Perpaduan
Pakai mafla Palestin sebagai lambang solidariti dan semangat perjuangan — satu simbol kekuatan dan harapan.
Syarikat peneraju dalam produk kesihatan halal, makanan tambahan dan kecantikan yang berkualiti tinggi Eskayvie, mengumumkan pembukaan Pusat Edaran Eskayvie di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu lalu.
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, menjadi inspirasi mereka untuk membantu meningkatkan ekonomi dan kesihatan keluarga serta masyarakat.
Menurutnya, mereka ingin terus berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie itu kepada lebih 1.9 juta penduduk Kelantan.
“Kami yakin dengan pembukaan pusat edaran ini akan memberi peluang kepada penduduk Kota Bharu mendapatkan produk kami dengan lebih cepat dan menjimatkan.
“Selain itu, pusat latihan yang lengkap turut disediakan bagi membantu usahawan tempatan yang berminat dalam bidang perniagaan.
“Program latihan dan bimbingan yang komprehensif juga disediakan untuk membantu setiap usahawan Eskayvie membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.
Kami sangat komited untuk melahirkan dan melatih 5000 usahawan baru di Kelantan” katanya.
5000 usahawan baru Kelantan bakal dilatih
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut berkongsi berkongsi pandangan mengenai keunikan rangkaian produk keluaran Eskayvie.
Kepakaran beliau selama lebih 35 tahun dalam bidang kesihatan digunakan sepenuhnya bagi memformulasikan produk berkualiti syarikat itu yang terbukti memberi kebaikan kepada masyarakat.
“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.
“Di antaranya adalah Eskayvie Mindtropic. Produk ini memfokuskan kepada kesihatan minda dengan bahan utama Phosphatidylserine untuk membantu anak belajar, menguatkan daya ingatan dan fokus dalam kelas.
Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior pula mengandungi Cendawan Susu Harimau yang baik untuk kesihatan paru-paru dan sistem pertahanan tubuh,” katanya.
Majlis pelancaran turut dihadiri Duta Eskayvie, Datuk Aznil bin Haji Nawawi yang menyokong inisiatif murni Eskayvie untuk terus menyebarluaskan peluang perniagaan serta manfaat produk berkualiti yang disediakan Eskayvie untuk masyarakat.
“Saya pegang skrol ini bagi pihak anak saya yang tak sempat berjaya seperti yang dia impikan.”
Itu luahan hiba seorang ibu, Melor Ahmad, yang menyentuh perasaan seluruh dewan ketika majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-101 berlangsung baru-baru ini.
Dalam suasana yang penuh sebak, Melor dan suaminya, Zuliskandar Zolkeflee, tampil ke pentas mewakili anak sulung mereka, Allahyarham Muhammad Isyraf Mifzal Zuliskandar, yang telah pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya, Ogos tahun lalu.
Ketika pasangan suami isteri itu menerima skrol Diploma Pengajian Perniagaan milik arwah anak mereka, air mata mengalir deras. Bukan sekadar kerana rindu yang tak berpenghujung, tetapi juga kerana impian dan cita-cita anak mereka tidak sempat direalisasikan.
Anak Sulung Yang Menjadi Harapan
Melor, 47 tahun, berkongsi bahawa Isyraf adalah seorang anak yang sangat bertanggungjawab, ringan tulang dan amat menghormati ibu bapa. Dia bukan sahaja anak sulung, malah menjadi harapan besar keluarga dalam mengejar ilmu dan mencipta kejayaan dalam hidup.
“Dia tidak pernah menyusahkan kami, sangat mendengar kata. Jika saya atau ahli keluarga perlukan pertolongan, dialah yang pertama akan datang. Anak saya ini terlalu baik… dari kecil sampai besar, dia sentiasa jaga hati saya,” ujar Melor sambil menyeka air mata.
Berjuang Demi Masa Depan
Isyraf merupakan penuntut semester kedua dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Kerana minat mendalam dalam bidang perniagaan, dia mengambil peluang cuti semester untuk bekerja sambilan sebagai penghantar makanan Foodpanda – bukan semata-mata demi wang, tetapi untuk mengutip pengalaman berniaga.
Namun, takdir berkata lain. Pada 25 Ogos 2024, ketika dalam perjalanan menghantar makanan di Kuching, Isyraf terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Lebih memilukan, kejadian berlaku sebulan sebelum tarikh lahirnya yang ke-23.
Reda, Tapi Rindu Tak Pernah Hilang
Sebagai ibu, Melor tetap reda dengan ketentuan Ilahi. Namun, rasa rindu terhadap anak tersayang tidak pernah berkurang, malah semakin menyesakkan dada terutama bila melihat rakan sebaya anaknya melangkah ke pentas konvokesyen.
“Saya tahu dia berusaha keras demi masa depan. Kalau dia masih ada, tentu dia sendiri yang berdiri menerima skrol ini… Tapi saya yakin, dari ‘sana’ pun dia pasti bangga,” ujar Melor dalam nada sebak mengakhiri perbualan.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.