Isteri merajuk, diam, marah, suami pergilah pujuk, bukan jauhkan diri. Wanita bergelar isteri memang ‘complicated dan sukar difahami kemahuannya. Suami perlulah lebih bijak memainkan peranan, memahami gaya bahasa badan dan riak wajah isteri.
Isteri Bila Merajuk, Diam, Marah, Suami Pergilah Pujuk, Bukan Jauhkan Diri
Seringkali apa yang diluahkan tak seiring dengan perkara sebenar yang dimahukan. Ketika isteri terasa hati, berdiam diri, merajuk dan marah bukanlah bermakna suami perlu ‘angkat kaki’, menjauhkan diri mahupun buat tak tahu sahaja. Dalam situasi begini, sebenarnya isteri memerlukan ‘lebih’perhatian dan pujukan daripada suami tersayang.
Untuk fahami lebih lanjut jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini sebagai panduan;
Isteri diam. Isteri merajuk. Isteri marah. Bukan bermakna suami perlu menjauhkan diri. Tindakan begitu hanya membuat dia bertambah sedih dan sakit hati.
Adakalanya bila isteri berkata, “Dah pergi! Leave me alone!” itu maksudnya suami perlu lebih-lebih lagi duduk di sisi, peluk, pujuk. Atau kadang cuma perlu pegang tangannya tanpa perlu kata apa-apa. Bukannya keluar meninggalkan isteri terkontang kanting sendirian.
Begitu juga apabila isteri mengamuk, menjerit berkata benci. Bukanlah bermakna dia betul-betul benci melainkan hatinya terluka kerana perbuatan atau ucapan si suami.
Suami, kalau kata setahun pertama perkahwinan bolehlah beri alasan masih tak mengerti bahasa badan, bahasa wajah pasangan. Namun, bukanlah bermakna kalian selamanya perlu buta mata, buta hati dalam mengenali sifat dan peribadi isteri.
Jangan pernah jemu. Jangan putus asa. Ambil masa untuk belajar mengenali isteri. Usaha itu wajib ada.
Apa yang dibencinya jauh-jauhkanlah. Apa yang disukainya selalulah dilakukan.
Ya, isteri memang makhluk complicated. Namun, sebagai makhluk yang fitrahnya untuk membimbing, melindungi dan mencintai kaum wanita, seharusnya suami tidak mudah rasa putus asa menangani emosi dan tingkah isterinya.
Memikat hati wanita ini bukan setakat waktu sebelum dia menjadi isteri, setelah dimiliki, dibuat seperti hal yang tiada harga.
Ads
Bahkan sepatutnya setelah menjadi isteri perlu dilipat gandakan usaha untuk memikat hatinya. Kerana dia adalah isteri, suatu perhubungan yang diiktiraf di sisi Allah. Segala perbuatan yang diniatkan untuk menggembirakan isteri adalah pahala belaka, bahkan termasuk dalam nafkah batin sebenarnya.
Rumah tangga yang terbaik ialah apabila kita jatuh cinta berkali-kali dengan orang sama.
Lebih bagus kalau setiap hari! Kalau tidak, masakan ada pepatah berkata, happy wife, happy life? Ye tak?
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat suami dalam lebih memahami isteri. Penting belajar ‘kenali’ isteri, jika ingin bahagia dan harmoni dalam rumahtangga.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Memang selalu makan hati bila pasangan ‘kaki game’. Lagi pulak jenis yang bila dah main, tak ingat dunia..sampai lupa tanggungjawab pada rumahtangga dan keluarga.
Pelakon Rozlinawaty Ismail,39 atau lebih dikenali sebagi Ozlynn ada kongsikan caranya bagaimana dia dapat ‘handle’ suaminya, Pelawak dan Penyampai Radio ERA, Johan,36 yang sememangnya diketahui ramai seorang yang suka bermain game. Malah di rumah mereka sendiri juga mempunyai bilik khas yang dilengkapi peralatan untuk bermain games.
Menurut Ozlynn, paling penting bagi ‘kaki game’ kena ada disiplin dan tahu untuk ‘control’ game tersebut. Bagi isteri pula, bagi ruang suami bermain game namun perlu tetapkan masa dan susunkan jadual untuk suami di rumah.
Berikut perkongsian tersebut;
“Gangguan mental lagi rabak dari gangguan fizikal.Kadang ramai je isteri-isteri dm aku tanya..
“Ozlynn, macam mane u handle Johan ye.. suami I selalu main game.. sampai lupa tanggungjawab kat isteri, kadang anak pon suami marah sebab kacau dia main game. Tu belum I ajak berjemaah lagi. Saya dah tak larat nak tegur sebab akan jadi bergaduh”
Belajar Disiplin
“Haaaaaaa kepada gamers di luar tak kira laki atau pompuan. Kena belajar disiplin. Bila tak de disiplin, tanggungjawab pun ke laut dalam nan sepi.”
2. Control Game
“Boleh main game.. tapi biar kita yang control game tu.Bukan game control kita. Nampak masalah ni macam kecik.. tapi sebenarnya impak dia besar ye.”
3. Tetapkan Masa
“Buat isteri-isteri, bagikan masa untuk suami main game. Kadang stress.. tak pe. Bagikan.. tapi tetapkan masa kalau dah tau suami korang tu jenis yang takde tanggungjawab.Contoh pukul 2-4 pm. Sebelum pukul 4 tu ingatkan masa hampir habis. Kalau tak paham jugak ko tutup jek suiz.”
4. Susun Jadual Suami
“Susunkan jadual untuk suami di rumah. Jangan takut untuk bersuara, sebab u bukan orang gaji suami, tapi u “ORANG KUAT SUAMI”.”
Pasangan bahagia ini mempunyai 5 orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq. Pasangan ini gemar berkongsi aktiviti keluarga, tip rumahtangga, perihal anak-anak dan sebagainya didalam Instagam mereka.
MW: Setuju dengan pesanan Ozlynn ni. Memang makan hati bila dapat pasangan ‘kaki game’ tapi tak tahu nak control dan abaikan tanggungjawab rumahtangga. Peranan pasangan, isteri terutamanya kena bersikap tegas, tahu kawal dan tetapkan waktu serta jadual untuk suami bermain games.
Masa bercinta semuanya indah. Kaulah bintang, kaulah bulan.. segalanya cantik di mata. Namun, bila sudah berkahwin, semuanya berubah. Kentut yang dulu dikatakan wangi, sekarang semuanya tidak lagi.
Lebih teruk lagi, mata suami mula menjeling-jeling wanita cantik di luar sana. Pantang wanita cantik lalu di depan, mata pasti melirik, memandang dan kadang-kadang depan isteri pun dipuji wanita yang lalu di depan mata. Bagaimana seorang isteri untuk lalui keadaan bila suami mata keranjang?
Menurut Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM, mata keranjang itu sendiri adalah simpulan bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang suka melihat wanita atau lelaki yang pantang nampak perempuan cantik atau mengayat perempuan.
‘Tengok Wanita Cantik’ Sekadar Suka-suka
Secara fitrahnya, lelaki memang dicipta tertarik dengan kecantikan dan keseksian wanita. Kalau ada lelaki yang tidak suka melihat wanita cantik dan seksi, itu bukan lelaki normal dan dia perlu mendapatkan rawatan untuk mengembalikan kepada fitrah asalnya.
Walau bagaimanapun fitrah asal itu tifak boleh terlalu ditentang dan tidak boleh terlalu ditatang. Sebaliknya perlu diuruskan dengan sebaiknya dengan ilmu dan iman.
Sebab itulah, lelaki yang baik hendaklah menundukkan pandangannya daripada meliar melihat wanita cantik dan menarik dengan bernafsu kerana ia boleh membawa kepada kesan yang lebih negatif.
Melihat untuk berkahwin dan sekadar suka-suka. Itu adalah dua perkara yang berbeza. Secara jujurnya, ada lelaki yang suka melihat wanita cantik bukan untuk tujuan berkahwin.
Isteri, Jangan Lupa Berhias
Fitrah lelaki suka melihat perempuan cantik, jadi kita sebagai isteri boleh mengubah diri kita supaya menjadi seorang wanita cantik, manja, menarik dan seksi. Bila kita tahu, suami suka melihat wanita sebegini, isteri jangan lupa untuk mengubah seperti yang diinginkan.
Kadang-kadang isteri selekeh, memakai mekap bila keluar rumah dan tanpa sedar menjadi tatapan suami orang lain.
Isteri, cantik dan seksilah di rumah Suami, fokuslah dengan kecantikan dan keseksian isteri di rumah
Lelaki, kawallah pandangan agar tidak melihat banyak tarikan yang boleh mempengaruhi kita untuk bertukar menjadi mata keranjang.
Pesanan Untuk Isteri
Yakinlah bahawa kita dipilih oleh suami kita untuk dikahwini dulu kerana kita terbukti cantik di matanya.
2. Elakkan salahkan orang lain yang mengganggu pandangan suami kita, tetapi gunakan kelebihan kita sebagai pasangan yang sah untuk menarik pandangan suami kita.
3. Tahu suami suka melihat wanita cantik, sentiasalah jaga kecantikan kita dan biasakanlah berpakaian yang cantik dan sesuai bila waktu bersama suami
4. Tahu suami kita suka melihat wanita ‘gedik’. ‘Gedik’lah ikut kesesuaian untuk suami kita, pastinya ia tidak lagi memerlukan kepada wanita lain untuk menggembirakannya.
5. Tahu suami kita kadangkala suka melihat wanita seksi, fikirkan cara yang sesuai untuk jadi lebih seksi bersama suami.
6. Sekiranya berlaku sekali sekala, sebaiknya ambil sikap untuk memahami dan menerima dengan tenang, di samping berusaha untuk mengelakkannya dengan melakukan perubahan-perubahan pada diri kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Konon nak bagi anak bertindak, tetapi akhirnya mak ayah cuma berjanji dan anak-anak rasa ditipu. Itulah kesilapan besar yang kadang mak ayah pandang remeh.
Kesannya anak-anak tak nak lagi dengar apa yang mak ayah katakan. Jangan kata anak-anak tak pandai berfikir lagi ya, kalau dia boleh ikut arahan maknanya anak itu faham dan akan ingat skrip yang mak ayah pernah sebut.
Macam yang Doktor Muhammad Hassan ini tulis baru-baru ini, tak salah kalau tak mampu tunaikan janji dengan anak. Tetapi sekurang-kurangnya anak tahu ada sebab.
Mak Ayah Jangan Banyak BERJANJI Kepada Anak-anak
“Adik mandi, makan, umie janji petang nanti kita pergi taman.”
Tapi bila sampai waktunya kita tidak tunaikan. Esok kita ulang skrip yang sama. Kita anggap anak-anak lupa sedangkan otak mereka telah program apa yang kita janjikan.
Akhirnya anak-anak akan kecewa. Mula tidak peka dengan arahan. Mereka mula anggap kita tidak jujur dan berbohong.
Sebab itulah saya pesan kepada isteri:
1. Jangan sesekali berjanji dengan anak,jika berjanji ‘wajib’ tunaikan. Jika tidak mampu cakap kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
2. Didik anak buat sesuatu untuk الله sayang.
“Muhammad mandi, makan, solat, kemas tempat tidur pasti الله sayang,pasti الله bagi ganjaran. Apabila الله sayang Muhammad umie pun sayang, abi pun sayang, semua orang sayang.”
3. Banyakkan memberi dari berjanji.
“Oleh kerana adik rajin, soleh. Umi dan abi hadiahkan adik sebuah basikal..?♂️”
4. Setiap percakapan sertakan perkataan INSYAALLAH (dengan hati yang ikhlas)
“Muhammad RAJIN mandi,makan,solat,bantu umi kemas rumah INSYAALLAH umi dan abi bawa pergi jalan-jalan ke pantai ya.”
Nampak tak setiap perlakuan, percakapan kita memberi impak terhadap emosi anak-anak.
INSYAALLAH moga bermanfaat buat mak ayah di luar sana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.