Isteri mengandung meninggal, suami sorok tangisan dari anak-anak. Allahu, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Perkongsian wanita hamil Aizura Zulkifli yang mengandung anak di usia 40 tahun mengejutkan apabila diberitakan dirinya meninggal dunia dan meninggalkan dua anak perempuan yang masih bersekolah rendah. Difahamkan dirinya mengandung di awal kehamilan. Dirinya ada mengadu kepenatan di peringkat awal kehamilannya ini.
Sehari sebelum ajalnya menjemput, arwah ada berkongsi masalah angin tak lepas dalam badan. Mungkin ianya menjadi asbab, Allah saja Maha Mengetahui-Nya.
Ternyata kisah ibu mengandung meninggal begitu sedih. Apatah lagi pada keluarga yang kehilangannya secara tiba-tiba buat selamanya.
Isteri Mengandung Meninggal, Suami Sorok Tangisan Dari Anak-Anak
Menerusi perkongsian suami Allahyarham Aizura Zulkifli menerusi akaun Facebook Ahmad Zukhairi Sulaiman meluahkan rasa sedih yang tak terhingga ke atas pemergian insan yang sangat disayangi.
Malah Ahmad Zukhairi juga menyatakan dia tidak puas menangis namun terpaksa sorokkan dari anak-anak yang tidak mengerti apa-apa.
Pemergian isteri juga bermakna berakhiri siri PJJ keluarganya di dunia.
“Bismillah.
No words can describe how my heart feels at this moment. No words.
Sayang,
Saya kehilangan seorang isteri,
Anak2 kehilangan seorang ibu,
Adik2 kehilangan seorang kakak,
Mak ayah kehilangan seorang anak,
Mama abah kehilangan seorang menantu,
Saudara kehilangan seorang talian darah,
Rakan2 kehilangan seorang sahabat.
Hilangnya seorang, kesannya ramai.
If you knew how much you are loved by others,
You know you’ve lived such a blessed life.
Walau hubungan kita terhenti di sini, hubungan lain kembali bersatu.
“pemergian yang menyatukan”. Indah.
Saya akan jadikan fb ni ruang untuk mereka yang menyayangi ingin melihat jalan hidup anak2 kita. Agar anak2 terus disayangi. Ramai yang sayang mereka. Jangan risau.
Maaf jika saya belum puas menangis kerana terpaksa sorok tangisan dari anak-anak. Emosi mereka lebih penting dari emosi saya. Dengan izin Allah, saya mampu. Doakan saya.
Saya janji akan jaga anak2 kita sedaya upaya sepenuh daya, selagi saya bernyawa, diberi kesempatan. Saya janji.
Dengan izin Allah.
Terima kasih pada insan2 yang banyak membantu keluarga kami dalam mengharungi ujian ini. Hanya Allah dapat membalas amalan kalian.
Dengan ini berakhir siri PJJ keluarga kita di dunia, mungkin Allah ingin satukan keluarga kita di ‘sana’ nanti. Dengan izin Allah. Ameen.
Saya tahu sayang tidak lagi tahu apa yang berlaku di sini, tapi ini hanya sekadar coretan untuk semangat peribadi saya.
Berat. Sumpah berat.
“Aku mendengar Rasulullah ﷺ, “Wanita mana saja yang meninggal sementara suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Majah: 1844)
Masih ramai mak ayah yang suka pukul anak disebabkan rasa geram. Tengok anak lambat bertindak, pukul. Hadap anak yang lembap bila terima arahan, pun kita pukul! Allah… betul ke tindakan kita itu? Untuk selamatkan emosi anak-anak daripada jadi bertambah teruk, jom baca perkongsian daripada Nurul Ilyani ini…
Semasa talk minggu lepas (teknik meningkatkan self-esteem kanak-kanak daripada perspektif pendidik), saya mengulang-ngulang yang kata-kata negatif dan kritikan negatif, pukulan dan jeritan hanya menjatuhkan daya percaya diri anak-anak.
Anak lambat bersiap boleh jadi dia ada isu dengan fokus.
Apabila dia buat satu kerja, dia cepat terganggu dengan benda lain. Contoh, masa dia nak pergi mandi, sudah cepat-cepat, tiba-tiba dia teringat belum cari baju, dia cari baju dulu.
Kemudian masa dia nak cari baju, dia teringat, dia belum cerita dekat mama, ada kucing beranak dalam bilik, dia pergi jumpa mama dulu.
Semua jadi lambat, dia susah nak organize kerja dan aktiviti. Semua jadi lambat.
Kadang-kadang end up semua tak siap. Dia cuma duduk termenung, mengelamun.
Kasihani anak begini. Dia perlukan bantuan.
Bukan kritikan.
Bukan bebelan.
Bukan herdikan
dan tolong jangan pukul dia.
(Hati sayu, sambil bayangkan Dhuha Tihani? Semua yang saya tulis di atas, semua ada pada Dhuha. Saya sudah lalui. Saya kasihankan dia setiap hari. Saya juga perlu lebih gigih mendidik dia setiap hari)
Saya terbaca satu status, suaminya pukul anaknya lambat. Semua lambat. Nak bersiap pergi sekolah lambat. Lembab.
Sungguh.
Jiwa kecilnya makin sedih. Makin rendah diri. Makin kurang percaya diri. Dia boleh jadi cepat putus asa.
Semua pengalaman kecilnya boleh mempengaruhi hidupnya bila dewasa.
Dia mungkin cepat putus asa.
Dia tak berani cuba perkara baru.
Dia lebih moody.
Dia boleh mudah stress.
Dia jadi lebih sukar kuasai pembelajaran.
Dan, bukankah dia yang lambat dan lembab itu anak kita? Amanah kita?
Kadang-kadang kita lebih mudah melabel anak itu dan ini. Lembab. Bodoh. Lambat. Degil. Buas. Tanpa kita tahu apa sebenarnya bentuk pendidikan yang diperlukan mereka.
Untuk saya dan suami,
Ummu Ilham dan Abu Ilham.
Dan untuk pembaca yang mahu ambil inspirasi. Didoakan bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jangan biar ibu sendirian di dapur, usah lupakan ibu bapa di kampung. Ramadan datang lagi. Bulan yang penuh keberkatan ini bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk muhasabah diri dan memperbaiki hubungan terutama dengan ibu bapa.
Jangan Biar Ibu Sendirian Di Dapur
Namun, dalam kesibukan mengejar amal ibadah, ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang iaitu peranan ibu di dapur dan ibu bapa di kampung. Bagi yang masih tinggal bersama ibu, ada satu kebiasaan yang sering berlaku. Ibu sibuk di dapur, anak-anak pula sibuk dengan telefon, televisyen, atau rehat di bilik.
Tanpa sedar, kita membiarkan ibu berhempas pulas menyediakan juadah berbuka seorang diri. Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk lebih menghargai ibu, bukan membiarkan mereka kepenatan seorang diri.
Bayangkan, sejak pagi ibu sudah sibuk mengurus rumah, kemudian masuk ke dapur untuk memasak makanan berbuka. Ketika azan Maghrib berkumandang, ibu mungkin belum sempat duduk berehat kerana masih menguruskan hidangan di meja. Sedangkan kita? Hanya tahu menanti makanan terhidang tanpa menghulurkan bantuan.
Jika kita benar-benar menghargai ibu, Ramadan ini cubalah buat sesuatu yang berbeza. Bangun lebih awal untuk membantu memotong sayur, mengacau lauk, atau sekadar mencuci pinggan selepas berbuka. Jangan tunggu disuruh, kerana ibu tidak selalu meminta, tetapi dalam diam mereka mengharapkan sedikit keprihatinan.
Usah Lupakan Ibu Bapa di Kampung
Bagi yang ibu bapanya jauh di kampung, Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk lebih kerap bertanya khabar. Jangan biarkan mereka menanti panggilan yang tak kunjung tiba. Apalah sangat beberapa minit untuk menelefon ibu bapa, mendengar cerita mereka, bertanya tentang kesihatan dan keperluan mereka.
Jika ada kemampuan kewangan, cubalah cari jalan untuk menggembirakan mereka. Mungkin dengan mengirimkan sedikit wang, membelikan juadah berbuka, atau jika keadaan mengizinkan, pulanglah menziarahi mereka. Jangan hanya pulang ketika Aidilfitri, kerana kasih sayang ibu bapa bukan bermusim.
Ramadan bukan sekadar tentang solat dan puasa, tetapi juga tentang bagaimana kita melayani ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Rasulullah SAW bersabda:
“Keredaan Allah terletak pada keridhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (HR Tirmidzi)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa besarnya kedudukan ibu bapa dalam kehidupan kita.
Ramadan adalah masa terbaik untuk kita berubah menjadi anak yang lebih baik. Jangan biarkan ibu kelelahan sendirian di dapur, dan jangan biarkan ibu bapa di kampung terasa dilupakan. Sesungguhnya, sekecil-kecil perhatian yang kita berikan kepada mereka, besar nilainya di sisi Allah.
Jika bukan sekarang kita menghargai mereka, bila lagi?
Sebelum ini viral tentang kisah seorang suami yang meninggal dunia. Paling sedih, bila isteri tidak tahu langsung tentang kewangan suami sebelum ini. Segala hal rumah tangga hanya suami yang kendalikan.
Mahu terduduk isteri, sebab selama ini dia hanya mengharapkan pada suami. Bila suami meninggal hilang tempat bergantung buat selamanya. Pada siapa yang ingin diharapkan.
Sebagai seorang isteri, baik isteri bekerja atau suri rumah tangga, kita perlu tahu dan ambil tahu bab-bab kewangan suami. Jangan fikir, sudah tanggungjawab suami untuk lakukan
Begitu juga, kalau isteri bekerja, tidak salah pun untuk ambil tahu pasal kewangan suami, walaupun sudah ada duit sendiri. Bimbang ditakdirkan suami meninggal, isteri tidaklah ralat dan mampu berdikari, walaupun ‘patah sebelah sayap’
Perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad ada benarnya. Jangan takut untuk bertanya pada suami dan tak perlu kisah kalau suami bagitau kita mata duitan. Sebab jika ditakdirkan berlaku, sekurangnnya kita mampu berdikari dalam membesarkan anak-anak nanti.
Mulai hari ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.
Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali dalam cawan.
“Abang sayang, gaji abang berapa sekarang?”
Ambil buku dan kertas buat catatan.
1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Jika dapat tahu juga Gred Gaji suami lebih baik.
2. Mohon tanyakan juga pin no ATM kad suami, catat dan simpan dengan baik.
3. Suami ada masuk khairat kematian di pejabat atau tidak. Jika ada berapa sumbangan boleh dapatkan?
4. Suami ada masuk koperasi atau tidak. Apa sumbangan dan duit koperasi boleh tuntut jika suami tiada nanti.
5. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia. Dengan serendah RM50 sebulan pun dah ada untuk isteri dapat RM150,000 jika dia meninggal nanti.
6. Penama KWSP abang letak nama siapa? Anak kita kecil lagi. Jika belum buatlah segera.
7. Penama Tabung Haji abang letak nama siapa? Abang ada buat Hibah Amanah atau tidak buat sesiapa?
8. Abang ada buat Hibah ASB atau tidak? Jika ada berapa peratus pembahagiannya? Boleh saya simpan satu salinan jika jadi apa apa?
9. Abang ada Takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja? Boleh saya catat no polisi.
10. Saya sayang abang, kalau abang kerja naik motor, saya belikan takaful kemalangan diri setahun RM200 abang nak atau tak?
11. Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang. Biasanya suami yang baik akan tewas punya.
12. Hutang dan simpanan abang ada berapa? Boleh tahu dimana dan apa yang ada?
13. Abang tahu baki hutang abang ada berapa lagi? Rumah kita insuran ni MRTT atau MLTT dulu ya? Jika meninggal ada baki atau tidak?
“Abang lambat lagi mati Musalmah oi, macam nak aku mati cepat jer”.
Jangan begitu kawan, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia ‘mata duitan’.
Benda belum jadi, kita semua kata.
“Alah itu orang bukan aku”.
Maka kita tak kisah bila akan berlaku.
Malam ini, ambil kertas tulis semua butir belanja yang suami ada.
Ajar isteri pandu kereta, berdikari jika mereka suri rumah tangga.
Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri di dahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.
Apakah airmata kita boleh balas kebaikan mereka yang jaga kita nantinya.
Cinta mencapai puncak keindahannya ketika seseorang merasakan ketulusan, sekalipun cinta ini hanya tergantung pada satu orang, iaitu suami atau isteri.
Bermulalah sekarang.
MW: Sebagai isteri, sekurangnya dapat bawa kereta pun sudah cukup membantu, lebih-lebih kalau suami sakit waktu malam, kitalah yang diharapkan.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.