Ads

Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5, Suami Minta 35,000 Likes Sekali Netizen Bagi Lebih 98,000

Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5

Isteri menangis dihadiahkan e.MAS 5, suami minta 35,000 likes sekali netizen bagi lebih 98,000.

Bermula sekadar gurauan meminta ‘budak pink’ daripada suami, Kae Rahman, 42 tidak menyangka permintaan itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan.

Semuanya bermula apabila Kae menghantar gambar kereta berkenaan kepada suami, Remy Othman menerusi WhatsApp. Melayan gurauan isteri, si suami kemudian berseloroh meletakkan syarat 35,000 tanda suka sebelum mahu membelikan kereta tersebut.

Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5
Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5
Bermula dari gurauan 35 k likes, akhirnya netizen memberikan 98,000 k likes sehingga e-MAS dibeli

Saat berkongsi gurauan ini di threads @remyothman, dalam tempoh sekejap, netizen sudah memberikan 35,000 tanda suka di mana isterinya menyebut, “power of wanita”, wanita akan sentiasa menyokong wanita.

Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5
Ramai menyokong the power of wanita, wanita sokong wanita

Dan ianya bukan setakat 35,000 tanda suka tetapi semakin ramai netizen menyokong sehingga jumlah tanda suka naik hampir ke 100,000.

Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5
Akhirnya 98.000 like diperoleh hasil bantuan netizen

Saat sudah ramai menjadi ‘saksi’, si suami akhirnya mengotakan kata-katanya dan ‘budak pink’ yang pada awalnya sekadar menjadi bahan gurauan kini benar-benar menjadi milik isteri.

Ads

Dalam temubual bersama Mingguan Wanita, Kae Rahman berkata, awalnya dia hanya bergurau saja dengan suami mahukan kereta baru.

“Saya kata cantik kereta elektrik ini. Dengan warna pinknya. Tak sangka ramai berikan tanda suka,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Kae, di sebalik kereta baru diperolehnya Ahad lalu, selama ini dirinya menggunakan Perodua Kenari ketika menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah.

“Ada la anak-anak kata, kereta panas la ibu. Tak selesa la dan bila dapat kereta baru ini semuanya suka sangat-sangat. Ya la, warna cantik, aircon pun sejuk saja,” katanya berkongsi dirinya sendiri di prank oleh suaminya ketika mengambil kereta baru itu Ahad lalu.

Ads

“Suami ajak keluar, katanya nak pergi kenduri. Tak sangka rupanya dia nak pergi ambil kereta. Rasa tak sangka pula dari gurauan jadi kenyataan,” katanya sebak.

Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5, Suami Minta 35,000 Likes Sekali Netizen Bagi Lebih 98,000 Isteri Menangis Dihadiahkan e.MAS 5, Suami Minta 35,000 Likes Sekali Netizen Bagi Lebih 98,000

Dalam keterujaan Kae menerima kereta baharu, rupa-rupanya tiga anak mereka pun ada sebab tersendiri untuk sama-sama gembira. Selama hampir 20 tahun, ibu mereka menggunakan Perodua Kenari termasuk untuk mengambil anak-anak pulang dari sekolah.

Remy atau nama sebenarnya Sharinizam Othman yang berkongsi video isterinya saat menerima kereta itu sempat mengusik isteri tercinta.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Dia yang minta, saya bagi lepas tue nangis pulak.”

 

View on Threads

 

Dari Gurauan Jadi Kenangan Manis

Dalam pada itu, si suami turut berterima kasih kepada netizen yang memberikan tanda suka serta menitipkan doa buat keluarga mereka.

“Terima kasih kepada semua beri like & yang mendoakan. Semoga doa tersebut berbalik kepada anda juga. Aamiin.”

Akhirnya, satu gurauan kecil antara suami isteri bertukar menjadi kenangan manis untuk seisi keluarga.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Kanak-kanak Lemas

Allah Pinjamkan 12 Tahun, Bapa Kanak-kanak Lemas Reda Kehilangan Anak Buat...

Sebak melihat bapa mangsa kanak-kanak lemas, Mohamad Khairudi Setapa, 42, (kiri) bersama kakak mangsa, Nur Ain Natasya, 17, menunjukkan gambar Mohammad Haikal Ramzi, 12, yang dilaporkan hilang dan ditemukan lemas.