Isteri kerap tolak lakukan hubungan, ini pandangan mufti buat suami yang rasa teraniaya. Setiap manusia Allah ciptakan hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Penciptaan dua gender ini agak unik. Secara fizikalnya, lelaki berbentuk gagah dan kuat. Dan sifat ini mereka dijadikan pelindung buat kaum hawa. Perempuan pula fizikalnya lebih lemah. Sebab itulah, dalam hati mereka penuh sifat kasih sayang dan lemah lembut. Pun begitu, Allah menjadikan keduanya saling melengkapi melalui perkahwinan. “Dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” (Surah An nisa, ayat 5).
Isteri Kerap Tolak Lakukan Hubungan
Tapi bagaimana kalau ada hubungan perkahwinan yang pada awalnya bahagia tetapi kemudian bertukar bila isteri kurang melayani hubungan intim? Bukan saja kerap tolak tapi ada kala menjangkau setahun lamanya dengan pelbagai alasan serta tidak mempeduli nasihat suami dan tidak menjaga ibadat kepada Allah SWT. Jika isteri bersikap seperti itu, adakah wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri?
Berikut adalah jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu dibangkitkan.
Jawapan:-
Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri
Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini seperti mana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah 233).
Ini Pandangan Mufti Buat Suami Yang Rasa Teraniaya
Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri
Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:
Isteri merelakan dirinya untuk bermesra (istimta’), bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan syara’. Dan sekiranya isteri menolak walaupun sedikit, maka suami tidak wajib memberi nafkah kepada isterinya. Dan sekiranya jika suami ingin bermesra dan bersetubuh isterinya dalam keadaan diharamkan, sakit atau uzur, maka keengganan isteri itu melayani suaminya tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.
Isteri ikut tinggal dirumah yang dipilih oleh suaminya. Dan isteri wajib tinggal di dalamnya melainkan tempat tinggal itu tidak sesuai untuk didiami dari sudut syara’.
Jika kesemua syarat itu dipenuhi, maka wajib bagi suami untuk memberi setiap nafkah yang diperlukan oleh isteri. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/181-182)
Nusyuz
Dr. Muhammad Zuhaili mentakrifkan Nusyuz bermaksud derhaka. Dan nusyuz seseorang perempuan ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Dan Nusyuz bagi lelaki ke atas wanita adalah meninggalkan tanggungjawabnya dan menyakiti pasangannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90) Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah al-Nisa’: 34) Perbuatan Nusyuz yang dilakukan isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ini seperti mana hadis daripada Abi Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi. Riwayat Muslim (1436)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan Nusyuz seorang itu berlaku dalam pelbagai keadaan dan gambaran. Seperti seorang isteri tidak taat dan tidak patuh kepada suaminya, sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada keuzuran yang membenarkannya seperti keluar berjumpa dengan qadi dan mencari nafkah bagi membantu suami yang susah. Atau enggan bersetubuh dalam keadaan uzur syarie’ dan sakit (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/92)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan di atas dan nas yang diberikan, perbuatan seorang isteri tersebut kepada suaminya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya. Melainkan sekiranya suami meminta kepada perkara yang diharamkan syara’ atau isteri dalam keadaan uzur dan sakit.
Suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah al-Nisa’: 34)
Menasihatinya secara berhikmah dengan tutur kata yang baik, kasih sayang dan berniat untuk dia menjadi lebih baik.
Jika masih juga tidak berhasil, suami boleh untuk mengasingkan tempat tidurdaripada isterinya tersebut.
Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakandengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Melainkan, sekiranya tuntutan suami menyalahi batasan syara’ maka isteri boleh menolak perkara tersebut dan tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah. Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat di dalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Payah nak jadi orang yang pemaaf bila hati selalu disakiti. Nak-nak pula bila kepercayaan yang pernah diberi dikhianati berulang kali.
Tetapi bak kata Hajjah Rohana Saad, kalau payah sangat nak maafkan dan berdendam… Itu maknyanya kita selari dengan sikap iblis.
Nauzubillah… Nah, jemput renungkan nasihat ini sejenak.
Tak Rugi Jadi Pemaaf
Semua pengalaman lalu kita sebaiknya di ambil pengajaran dan dicari hikmah daripadanya. Namun sebahagian dari kita kebingungan, bersedih, mengeluh bahkan menyalahkan dan berdendam dengan sesiapa yang terlibat dalam pengalaman tersebut. Ternyata pengalaman di beri ALLAH, adalah guru yang paling baik, tetapi kebanyakan dari kita tidak bersedia dan tidak mahu menjadi murid yang baik .
Renungkan nasihat dari seorang Ulama : ” Tak Ada Makhluk yang paling dendam, terkecuali IBLIS dendam kepada NABI ADAM alaihi’salam”. Jadi, kalimat ini bermakna :
1. Masih berdendam ertinya kita mengikuti langkah IBLIS menuju API NERAKA
2. DENDAM merosak JIWA, IMAN dan PAHALA.
3. DENDAM tidak berhujung kerana yang paling MAHA ADIL hanyalah ALLAH TA’ALA.
Jadi, serahkan masalahnya pada ALLAH sahaja, kerana kelak setiap manusia diminta pertanggungjawab pada perlakuan masing-masing.
Malaikat Cintai Orang Pemaaf
JADILAH PEMAAF dan memaafkan kerana SYURGAnya ALLAH merindukan orang yang pemaaf. MALAIKAT mencintai orang pemaaf dan banyak taubatnya.
Dendam apabila dipendam ia menikam dan melukakan. Tapi kemaafan membebaskan sebuah hati daripada terus terluka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masih ramai golongan yang sanggup pinjam duit orang atau hutang semata-mata nak penuhi kehendak sendiri, tetapi bab nak membayar lambat!
Sampai orang yang bagi pinjam pun segan nak minta duitnya balik, padahal itu haknya. Kadang orang tak sampai hati sebab kenalan, diminta-minta risau pula lain pula jadi ceritanya.
Bak kata Puan Juriah Halimatun Ahmad, kita ni kan, kalau meminjam tu, nak sedebuk sekaligus, tapi masa membayar nak bayar sikit-sikit. Kan?
Janji Macam-macam Tapi Lain Jadinya
Masa nak meminjam, macam-macam kita janji. 2-3 hari lagi kita akan bayarlah, lepas tu cukup bulanlah, lepas tu begitu , begini, sampai kita rasa agak-agak orang tu lupa.
Kalau pinjam dengan orang, mungkin la dia boleh lupa, tapi kalau pinjam dengan bank ke, along ke… haaa, siaplah. Selalu kena ekor je kan?
Kadang tu bukannya pinjam banyak sangat pun. Betul tak banyak mana yang kita pinjam. Kita je rasa macam sikit, cuma kat pemberi pinjam tu sendiri, mungkin pada dia banyak.
Cuma kena ingat, mungkin duit yang kita pinjam tu sebenarnya ada komitment yang pemberi pinjam perlu guna. Kadang tu duit anak dia, duit isteri dia. Yelah, itu rezeki keluarga tu kan.
Jika pinjam dengan bank, lagilah pulak, itu duit orang ramai yang simpan di bank. Kalau pinjam dengan mana-mana badan contohnya untuk pendidikan seperti JPA, MARA atau PTPN, atau TEKUN, perlu ingat ada orang lain juga nak guna untuk pendidikan atau nak guna untuk perniagaan.
Baik Simpan Dari Awal Daripada Berhutang
Mama fatim tak kata siapa-siapa. Dulu pun mama fatim di bawah pinjaman boleh ubah sambung untuk belajar selepas SPM dulu.
Alhamdulillah, dengan result exam, bukan semua yang perlu dibayar. Pinjaman boleh ubah kan. Tinggal sikit je lagi hutangnya. Tiap-tiap bulan dibayar. Alhamdulillah.
Kalau setakat nak guna duit sikit-sikit tu yang tak sampai riban-riban tu, lebih baik kita menyimpan lah dari awal. Daripada kita meminjam, tak berapa nak bayar dan menyusahkan orang lain, baik kita berjimat cermat dari awal. Kalau bayar tak pe…
Tips nya, jika kita tahu kita ada keperluan nak guna, 2-3 bulan atau beberapa bulan sebelum guna tu, kita jimat siap-siap. Contoh, kita nak guna dalam RM300 je, kita simpanlah RM100 sebulan. Tak dapat simpan, buatlah apa-apa kerja overtime, atau berniaga atau sebagainya.
Kita buang perbelanjaan yang tidak perlu contohnya duit untuk rokok. Iyelah, kalau ada banyak duit untuk rokok, confirm tak perlu pinjam kan? Apa-apa sajalah yang rasa bukan keperluan.
Bukan Keperluan, Tak Payah Beli
Andaikata perkara yang kita nak buat atau beli tu bukan satu keperluan, tak usahlah meminjam. Tangguhkan jelah dulu.
Unless, kalau kita nak beli rumah ke, nak beli kereta ke atau nak besarkan perniagaan ke, logiklah jugak sekiranya kita nak pinjam dengan bank.
Jika kita betul-betul nak buat sesuatu yang melibatkan duit, kita sendiri kena pandai urus duit kita. Tak usah kita sibuk-sibuk dengan duit orang. Orang lain pun ada komitmen sendiri. Betul tak? Kalau kita nak BAYAR ON TIME, tak pelah jugak.
Elak Susahkan Orang Lain
Kalau adalah orang yang nak pinjam sekian-sekian jumlahnya, bersedialah untuk bersedekah. Kalau rasa tak ada duit nak sedekah banyak-banyak, kau bagi lah jelah berapa yang kau mampu dan bagitahu, “Maaflah, bagi pinjam, tak ada budget. Untuk sedekah, ini ada.”
Moga-moga kita ini bukanlah tergolong dalam kalangan orang yang suka menyusahkan orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Asalnya niat untuk bergurau senda dengan pasangan. Tapi kalau keterlaluan hingga boleh menyinggung perasaan pasangan, ia boleh boleh jadi satu masalah lain pula. Lebih-lebih lagi, bila perli dan kutuk di depan anak.
Mungkin gurauan ini untuk menambahkan hubungan suami isteri tetapi ia tidak bagi anak-anak yang melihat mak ayah perli dan kutuk yang dirasakan satu perkara yang betul baginya.
Dalam rumahtangga, setiap pasangan terima baik buruk. Bukan hanya pada awal perkahwinan semuanyabaik saja. Tapi bila sudah lama dan mempunyai anak, mulalah perli dan kutuk pasangan.
Ini belum lagi bila salah seorang pasangan meraska penat dan letih, nak bercakap pun dah tak ada idea, bila ditanya sepatah, dijawabnya dengan perli dan kutuk.
Kena fikir, bila keadaan ini berlaku terutamanya di depan anak, mereka pula hilang keyakinan dan hormat pada mak ayah. Sebabnya, mak ayah mereka pun berbuat demikian dan tidak mustahil mereka boleh lakukan juga.
Semuanya bermula dari rumah. Nak bahagia dan keluarga sejahtera, pasangan jangan sesekali kutuk atau perli. Inilah tanda keluarga kita jauh dari Allah, akhirnya boleh jadi satu masalah besar. Ikuti perkongsian daripada Dr Redza Zainol tentang perkara ini. Hati-hati bila bercakap dengan pasangan terutamanya di depan anak-anak.
Kadang penat bekerja seharian, boleh buat saya terlepas cakap itu ini pada isteri.
Pagi cakap lembut-lembut, sampai ke malam mula naik suara. Pagi muka ceria, dah malam terus muka jadi kelam.
Kadang, nak senyum pun tak larat. Bila balik rumah, anak pula asyik bergaduh.
Sampai saya terfikir sampai bila nak hidup macam ni. Itu dulu.
Rezeki saya, ada seorang sahabat pesan. Kita boleh hilang semua harta kat dunia tapi jangan sekali terlepas keluarga kita.
Pesanan Terbaik
Dia pesan
1) Hati-hati pilih perkataan bila bercakap mengenai pasangan kita depan anak-anak.
2) Anak tak hormat mak ayah ada masanya sebab kita sendiri yang selalu buruk-burukkan pasangan depan anak kita.
“Mak kau ni perangai macam budak-budak.” “Bapak kau memang tak reti dengar cakap orang. Pelupa pulak tu.
3) Kadang-kadang kita cakap lagi elok dengan orang luar banding cara kita cakap dengan pasangan kita sendiri.
Anak yang dengar hari-hari, asyik terbayang buruknya mak ayah mereka ni.
Lama-lama, hati anak makin jauh dari mak ayah. Boleh jadi sebab dia tak nak terlibat, boleh jadi juga sebab dia dah benci dengan mak ayah sendiri.
Dia pesan lagi,
4) Keluarga ni asas pada hidup kita. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup jadi lebih mudah.
5) Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembalilah pada Allah. Jarak masalah dan solusinya ibarat jarak dahi dengan tempat sujud.
6) Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga hatinya lembut dan bertolak ansur sesama sendiri.
7) Kalau kita masih berkasar, selalu bergaduh, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
Sebab itu sebelum anak tidur, saya suka bisikkan benda baik yang isteri saya dah buat. Biar anak tahu yang kita sangat muliakan mak atau ayah mereka.
Saya nak mereka tidur dengan hati yang bahagia.
MW: Hati-hati bila berkata, walaupun mungkin dengan niat untuk bergurau.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...