Isteri selepas berkahwin akan menyerahkan seluruh komitmen untuk membahagiakan suami dan anak-anak. Betul kan? Selepas berkahwin, dikatakan separuh daripada cabaran hidup bermula pada hari pertama kita mendirikan rumah tangga.
Jika kita lihat pasangan lain, dapatkah kita menduga sama ada rumah tangga mereka bahagia atau tidak? Mungkin ya dan mungkin tidak. Itu hal rumah tangga orang. Buat apa kita mahu sibuk-sibuk, bukan?
Rumah tangga kita bagaimana pula? Bertuah sungguh jika kita mampu hidup bahagia dan orang lain dapat melihat kebahagiaan itu. Atau apakah orang lihat anda bahagia sedangkan setiap hari anda berpura-pura bahagia untuk menyembunyikan rasa siksa rumah tangga itu. Atau yang lebih malang apabila kita sendiri tidak pasti apa yang berlaku. ‘Entahlah. Rumah tangga aku ini bahagia atau tidak?’
Isteri Sendiri Tahu Jawapannya
Jawapannya mudah. Jika anda bahagia maka anda pasti tahu anda bahagia. Jika tidak maka ada sesuatu yang tidak kena dan perkara itu seperti barah yang perlahan-lahan sedang memusnahkan rumah tangga anda.
Walaupun saya seorang lelaki dan juga seorang suami kepada seorang isteri tetapi saya boleh kata tanpa ragu-ragu bahawa isteri lebih berisiko menjadi mangsa dalam rumah tangga.
Terdapat beberapa kategori ‘mangsa’ dalam konteks rumah tangga dan itulah yang kita akan lihat dalam nota minggu ini.
Kategori pertama ialah mangsa keganasan fizikal. Kita semua memang bersetuju bahawa keganasan fizikal tidak boleh diterima dalam menyelesaikan apa juga konflik rumah tangga. Di Malaysia telah ada peruntukan Undang-undang tentang perkara ini. Ada laporan Polis, ada laporan perubatan maka laporkanlah kepada pihak berkuasa.
Ads
Namun atas pertimbangan lain yang hanya isteri itu sahaja yang tahu, ada ramai isteri yang terus rela menjadi mangsa dalam kategori ini.
Keganasan Verbal
Kategori kedua ialah mangsa keganasan kata-kata (verbal). Pedang yang tajam hanya boleh melukakan badan tetapi lidah boleh menusuk hati. Kutukan, hinaan, cercaan dan makian mampu membawa kesakitan yang sama seperti dalam kategori pertama bahkan lebih teruk lagi. Ini kerana kesan keganasan fizikal boleh dikesan oleh doktor bertauliah dan dibuktikan di mahkamah.
Kesan keganasan kata-kata boleh membuatkan mangsa menjadi gila dan si pelaku bebas begitu sahaja.
Isteri Mangsa Seksual Suami
Kategori seterusnya ialah mangsa seksual. Bukan lagi rahsia apabila ada kes-kes yang dibawa untuk perundingan membuka kisah hitam isteri yang menjadi mangsa seksual. Walaupun saya tidak setuju dengan istilah ‘rogol’ dalam rumah tangga tetapi mendesak isteri melayani suami tanpa didahului dengan kasih-sayang bukanlah apa yang sepatutnya berlaku setiap masa.
Rasa berdosa serta keliru yang ditanggung isteri kerana suami sentiasa menggunakan hujah ‘setiap masa walau di belakang unta’ ini menyebabkan isteri tidak pasti sama ada dia bahagia atau tidak.
Ads
Penderaan Emosi Dan Mental
Kategori terakhir ialah didera mental dan emosi. Kategori ini adalah yang paling kabur dan sukar untuk difahami. Antara perkara yang termasuk dalam kategori ini ialah pasangan yang terlalu cemburu, pasangan yang tidak menghormati hak-hak peribadi, terlalu mengongkong dan sebagainya.
Bagaimana ini boleh berlaku? Sebagai contoh, kata orang cemburu tanda sayang. Tetapi hanya anda yang tahu betapa siksanya hidup anda kerana dia terlalu cemburu. Dia cemburu sehingga ayah kandung sendiri tidak dibenar berada di rumah semasa dia keluar bekerja. Bimbang sumbang mahram katanya.
Selain itu, oleh kerana dia suami maka dia rasa mempunyai semua hak ke atas kewangan, masa depan dan tindakan anda. Tidak ada kompromi dan semua mesti menurut apa yang dia mahu.
Isteri Sebenarnya Tak Bahagia!
Keempat-empat kategori ‘mangsa’ yang telah dikongsikan tadi semuanya terperangkap dalam rumah tangga yang sebenarnya tidak bahagia. Anda tidak memilih untuk berada dalam keadaan itu. Syukur jika anda bebas dari mana-mana kategori ini.
Namun jika anda terpaksa membaca berulang-ulang kali satu atau lebih daripada kategori ini dan melihat diri anda berada di dalamnya maka elok anda mula berfikir kaedah untuk menghadapinya.
Sumber: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Maryam anak Fizo Omar seronok dapat tindik telinga-“Sekejap je rasa anak dara dah Cik Yam ni.” Kasih sayang seorang ayah kepada anak perempuannya adalah satu hubungan yang unik dan istimewa.
Maryam Anak Fizo Omar Seronok Dapat Tindik Telinga
Seorang ayah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak perempuannya. Dengan memberikan kasih sayang, sokongan, dan bimbingan, seorang ayah dapat membantu anaknya membina keyakinan diri yang kukuh.
Anak perempuan yang merasakan kasih sayang ayahnya cenderung mempunyai pandangan yang positif terhadap diri mereka dan dunia di sekeliling mereka. Ini kerana mereka tahu bahawa ada seseorang yang sentiasa menyokong mereka walau apa pun yang terjadi.
“Sekejap Je Rasa Anak Dara Dah Cik Yam Ni”
Bagi Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, sungguhpun telah berpisah dengan Mawar Karim, hubungan dengan anak perempuannya, Wan Maryam tetap rapat.
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Fizo Omar berkongsi momen membawa anak perempuannya, Wan Maryam, 5 tahun bertindik telinga. Anak keduanya hasil perkahwinan bersama Fazeera juga turut ingin bertindik telinga.
“CIK YAM DAH PANDAI NAK MELAWA SI ADIK PUN NAK JUGAK.”- TULIS FIZO DI RUANGAN KAPSYEN.
Hantaran Fizo mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Sekadar info, Fizo adan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak sulung Wan Khaleeda yang kini berusia dua tahun. Manakala anak keduanya, bernama Wan Humaira.
Fizo sebelum itu pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim namun berpisah pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam yang kini berusia tujuh tahun.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Buat mak-mak yang ada anak gatal-gatal kulit sampai risau nak keluar rumah. Cuba anda amalkan tiga petua ini untuk mengatasinya.
Parutan Kunyit
Sebagai mak-mak anda jangan cepat cemas, sepintas kilat masuk ke dapur dan dapatkan sepotong kunyit, bersihkan dan parut halus. Tambahkan sedikit air bersama kapur. Panaskan seketika di atas api, sejukkan seketika sebelum di sapa di bahagian gatal-gatal tersebut. tidak lama kemudian, rasa gatal tersebut mula menghilang.
Adunan Tepung Beras
Selain gatal kulit biasa, anak-anak juga tidak lari daripada masalah gegata atau hives atau urticaria? Kebiasaannya kulit akan berasa gatal satu badan dan buatkan anak anda tidak tentu arah. Selain mendapatkan rawatan dari klinik melalui pemberian ubat-ubatan. Barangkali cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda iaitu dengan cara mencampurkan sedikit tepung dan air. Jadikan adunan yang boleh diuli dan dikepal atau dalam erti kata lain menjadi doh. Golekkan doh tepung beras ini pada kulit yang terkena gegata.
Daun Thyme
Kadang-kadang akibat tersalah makan atau makan makanan laut berlebihan atau terkena habuk yang kotor membuatkan badan anda gatal-gatal dan kemerahan. Selain berjumpa pakar kulit, mungkin cara alami ini dapat membantu anda mengatasinya. Rebus satu sudu daun tyhme dalam periuk bersama sedikit air. Tapis airnya dan selepas itu ambil tuala kecil dan basahkan dengan air rebusan tadi. Lapkan pada kawasan yang gatal sehingga anda rasa ianya makin berkurangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak ada perempuan yang berkahwin dengan niat nak bercerai. Ya, memang sedih, down, tertekan, malu dan macam-macam lagi perasaan bermain dalam fikiran. Berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan anda akan rasa macam tu. Tapi, perlu ke nak terus berada dalam lembah kedukaan? Tak boleh nak move on ke? Agaknya kenapa, ya?
Haaa… ini antara sebab tak boleh move on…
1. Trauma
Perceraian mengubah kehidupan seseorang. Jadi, bukan mudah untuk segera pulih. Emosi akan terganggu dan tak pelik kalau trauma.
2. Rasa Kehilangan
Mungkin sudah lama kamu berkahwin dan banyak perkara yang kamu bergantung pada bekas suami. Bila perceraian terjadi, anda akan rasa kehilangan. Rasa diri seumpama layang-layang terputus tali, terbang tanpa arah tujuan. Semua benda tak reti nak buat. Jadi, belajarlah untuk hidup berdikari. Sentiasa berfikiran positif dalam mengharungi apa saja ujian.
3. Kurang Keyakinan Diri
Ada perempuan yang salahkan diri sendiri bila berlakunya perceraian walaupun kadangkala bukan sebab diorang pun. Tepis perasaan itu, in shaa Allah anda boleh teruskan hidup dengan aman dan tenteram. Anda juga dihimpit rasa malu jika orang-orang sekeliling tahu anda dah bergelar ‘miss J”. Alahaaiii… buat apa nak malu. Sepatutnya anda kena tanamkan semangat dalam diri untuk membahagiakan diri sendiri pada masa hadapan. Anggap perpisahan dan perceraian itu sebagai pengalaman berharga yang bukan semua orang ‘berpeluang’ mengalaminya.
4. Dihantui momen manis
Anda masih teringat-ingat akan saat-saat manis bersama bekas suami. Stop! Tak perlu ingat lagi semua itu, buang masa dan hanya menyakitkan hati saja.
5. Sakit Hati Sakit Fizikal
Bila dilanda rasa kecewa dan sedih, anda akan rasa seluruh badan turut lemah, tak bermaya. Seolah-olah tubuh anda sedang sakit. Hakikatnya, perasaan itu wujud sebab anda tengah bersedih. ‘Sakit’ itu tiada ubatnya kecuali anda rawat rasa sedih itu. Dengan solat dan berdoa juga mampu merawat kesedihan itu. Mengadulah pada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui. Pohonlah dikurniakan yang terbaik untuk diri anda.
Tip Pulihkan Semangat
1. Pasang badan
Jangan terus nak berduka lara. Cantikkan diri kamu. Biar orang nampak anda boleh terima hakikat perceraian itu. Kalau selekeh, lagi orang mengata. Sebaliknya biar orang kata, “ruginya bekas suami dia tinggal dia dulu…”.
2. Cari kekuatan
Jika ada anak-anak, sentiasa pandang wajah mereka. Ingat, jangan tunjuk anda lemah sebab kesannya pada anak. Seorang wanita mampu jadi ibu yang hebat, yang mampu jaga anak-anak. Tapi seorang ayah, belum tentu seorang anak pun dia mampu jaga. Ada sesetangah ayah, nafkah anak pun buat tak tahu saja.
3. Tuntut hak anak-anak
Jangan baik hati sangat, biar saja bekas suami bersenang lenang lepas bercerai. Semua tanggungjawab di bahu kamu. Tuntut nafkah anak-anak. Tak kisah jika kena turun naik mahkamah berpuluh kali. Kasihan pada anak-anak yang haknya dinafikan.
4. Bersosial
Cari rakan-rakan dan sertai persatuan-persatuan supaya anda dapat berjumpa dengan ramai orang baru. Ini juga akan bantu kamu sibukkan diri dan lupakan kesedihan.
5. Jangan terlalu cepat cari pengganti
Memang sunyi bila kehilangan. Tapi jangan terlalu cepat cari pengganti. Beri ruang pada diri sendiri. Kadangkala ketika sedang sedih, kita boleh buat sesuatu yang mungkin kita akan menyesal kelak.
Ingat, wanita bukan sekadar nak cari suami, tapi bapa pada anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sambal Sardin Kentang Level Hantu! Setiap kali bulan puasa mak-mak jangan lupa menu wajib iaitu sambal sardin.Kali ini Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...