Isteri kena ada ‘income’ sendiri walaupun suami baik, tak culas bagi nafkah. Dalam kehidupan berumah tangga, suami adalah pemimpin dan pencari nafkah utama.
Isteri Kena Ada ‘Income’ Sendiri Walaupun Suami Baik
Namun, sebagai seorang isteri, mempunyai pendapatan sendiri bukanlah bermaksud tidak mempercayai suami atau tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Sebaliknya, ia adalah satu langkah bijak untuk memastikan kestabilan hidup, keselamatan kewangan, dan juga untuk meningkatkan keyakinan diri.
Tak Culas Bagi Nafkah
1. Zaman Makin Mencabar, Kos Hidup Semakin Tinggi
Hari ini, kos sara hidup semakin meningkat. Harga barang naik, perbelanjaan keluarga bertambah, dan keperluan anak-anak semakin banyak. Jika hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja, ia boleh menjadi beban kepada suami.
Dengan adanya pendapatan sendiri, isteri boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan dalam rumah tangga. Tidak semestinya perlu menjadi jutawan, tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk menampung keperluan diri dan menyumbang kepada keluarga jika perlu.
2. Persediaan Jika Berlaku Perkara Tidak Diingini
Kita tidak mendoakan perkara buruk, tetapi hidup ini penuh dengan ketidakpastian. Bayangkan jika tiba-tiba suami kehilangan pekerjaan, jatuh sakit, atau lebih tragis, meninggal dunia. Jika isteri tidak mempunyai sebarang pendapatan atau simpanan sendiri, bagaimana mahu meneruskan kehidupan?
Dengan adanya sumber pendapatan sendiri, sekurang-kurangnya isteri tidak panik dan masih boleh menguruskan keluarga dalam keadaan yang mencabar.
3. Rasa Lebih Berkeyakinan dan Berdikari
Wanita yang mempunyai pendapatan sendiri biasanya lebih yakin dengan diri mereka. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada suami dalam soal kewangan, dan ini membuatkan mereka lebih berdikari serta berani dalam membuat keputusan.
Selain itu, suami juga lebih menghormati isteri yang mampu berdikari kerana mereka tahu isteri bukan hanya “menumpang” dalam kehidupan berumah tangga, tetapi turut menyumbang kepada kestabilan keluarga.
4. Bantu Keluarga Sendiri Tanpa Rasa Bersalah
Kadangkala, seorang isteri ingin membantu ibu bapa atau adik-beradik sendiri, tetapi takut untuk meminta duit daripada suami. Jika ada pendapatan sendiri, isteri bebas untuk memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga tanpa perlu rasa bersalah atau bergantung kepada keizinan suami.
Ads
5. Menjadi Contoh Baik Kepada Anak-Anak
Anak-anak akan melihat ibu sebagai seorang yang berdikari dan berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Ini akan menjadi inspirasi kepada mereka untuk berusaha lebih keras dalam kehidupan dan tidak hanya bergantung kepada orang lain.
Macam Mana Nak Mulakan?
Banyak cara untuk seorang isteri menjana pendapatan tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab rumah tangga:
✅ Bisnes dari rumah – Jual produk secara online, buat kek, menjahit, atau menjadi dropshipper.
✅ Freelance – Menulis, mereka bentuk grafik, mengajar tuisyen, atau menjadi editor dari rumah.
✅ Pelaburan – Simpanan emas, saham, atau hartanah boleh menjadi sumber pendapatan pasif pada masa hadapan.
✅ Pekerjaan sambilan – Mengambil upah memasak, mengambil tempahan kuih, atau menjadi ejen produk tertentu.
Ads
Yang penting, mulakan dengan apa yang mampu dan sesuai dengan minat serta kemahiran sendiri.
Tidak kira betapa baik, penyayang, dan bertanggungjawabnya suami kita, seorang isteri tetap perlu mempunyai pendapatan sendiri. Bukan kerana tidak percaya kepada suami, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga demi masa depan.
Dengan adanya pendapatan sendiri, isteri lebih bebas, yakin, dan dapat membantu keluarga tanpa rasa bersalah. Jadi, buat para wanita, jangan takut untuk mencari pendapatan sendiri. Mulakan dari sekarang, demi masa depan yang lebih terjamin!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam hidup berumahtangga, pasangan suami isteri gaduh itu menjadi salah satu asam garam kehidupan. Tak ada dalam dunia ini pasangan yang hidup tak pernah berselisih faham.
Baik suami atau isteri mesti ada rasa tak puas hati. Belum lagi gaduh mulut atau pun bermasam muka. Mungkin ada sesetengah perkara yang tidak kena di mata pasangan itu sendiri.
Masalah gaduh yang tidak meleret-leret tak mengapa. Jangan sampai makan hati dan bawa ke mahkamah. Itu sangat teruk. Ada sesetengah pasangan bila bergaduh mulalah panggil nama sebenar. Lebih teruk terus keluar ‘aku’ ‘kau’ pula.
Gaduh sekadar untuk mengajar atau menegur itu memang baik untuk sebuah rumahtangga. Tapi ada cara nak tegur pasangan supaya ia tidak berlaku pergaduhan yang berpanjangan.
Inilah yang dikatakan oleh Wawa Shauqi dalam perkongsiannya tentang teknik yang boleh suami isteri pelajari untuk elak gaduh laki bini.
TEKNIK UNTUK LAKI BINI ELAK BERGADUH BILA NAK MENEGUR.
Semalam saya baca buku tulisan Philippa Perry. Dia ada cadangkan satu teknik ni, yang kalau kita pakai, komunikasi jadi lagi sampai.
Terus teringat, Psikologis Akif Basri pun pernah saran kaedah yang sama.
Apa teknik ‘I’ tu?
Kaedahnya macam ni.
Bila kita nak menegur atau nak luah sesuatu, mulakan dengan ‘I’. Atau ‘saya’. Malahan, boleh panggil nama yang pasangan selalu guna.
Elak guna ‘you’. Atau nama pasangan kita.
Orang dah buat ujian dah. Terbukti teknik ni mengurangkan kebarangkalian kita bergaduh dengan pasangan.
Kuranglah sikit drama gaduh dan masam-masam muka.
TAPI… kalau tak jadi juga, sama ada ayat belum cukup halus. Atau tangki emosi pasangan tengah kosong.
Jadi, sebelum nak mula tu, bagilah hati pasangan tu berbunga. Puji bulu mata dia ke, sikat rambut dia ke, main cubit pipi ke, cium tangan ke.
Tak pun, puji usaha yang dia tengah buat.
Nampak macam dah bahagia sikit rupa, barulah mula Teknik ‘I’ ni.
Dalam hidup berumahtangga, gaduh suami isteri menjadi salah satu asam garam kehidupan. Tak ada dalam dunia ini pasangan yang hidup tak pernah berselisih faham.
Mingguan Wanita : Walaupun tak gaduh, ada juga pasangan yang biasakan panggilan ‘aku’ ‘kau’, kononnya sudah terbiasa dan rasa seperti kawan-kawan. Pandangan anda?
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Sebelum ada anak, ‘dating’ berdua, keseronokannya lain. Tapi bila dah ada anak, rasa pelik pula bila keluar berdua. Tak kisahlah keluar berdua ke mana pun. Sunyi saja.
Tanyalah mana-mana mak ayah, mesti rasa pelik bila kluar berdua tanpa anak. Kecualilah kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tapi, kalau nak pergi dating berdua, macam tak sesuai dan pelik.
Mulalah rindu anak-anak di rumah dan rasa nak cepat saja balik ke rumah. Semua agenda tergendala. Seronok lagi dating beramai-ramai dengan anak.
Inilah juga dialami dan perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi perihal ini. Memang betul pun. Nanti pasangan yang ada anak akan raslah apa yang dia sendiri rasa.
Biasanya hari Sabtu atau Ahad aku dan puan isteri akan hantar 2 anak autism kami pergi buat terapi di pusat terapi.
Masa menunggu lebih kurang 1 jam kami merayau berdua-duaan.
“Nak ke mana ni bang?” Soal puan isteri.
“Entah lah”
Memang tak ada idea nak ke mana dan nak buat apa.
Jadi kami ronda-ronda saja. Itulah, kalau ibu bapa yang ramai anak ni dah tentu rasa ralat saja kalau berdua. Nak ke mana-mana pun mesti nak bawa juga anak-anak.
Pernah juga kami pergi kursus hanya berdua. Pergilah pantai berdua tanpa anak-anak.
Jalan pegang tangan berdua-duaan, orang pandang, rasa tak tenang. Adahal kami ni dah kahwin 20 tahun.
Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last balik.
Nak dating-dating berdua saja memang rasa lain macam. Rasa tak cukup tanpa anak-anak. Sunyi semacam.
Aku rasa kau orang yang dah ada anak-anak pun rasa begitu.
Mingguan Wanita : Betul sangat, bial dah anak anak, segalanya tertumpah kasih sayang pada mereka. Memang kena ada we time dengan pasangan tapi tengok keadaan tertentu. Takutnya we time tak sampai ½ jam dah balik. Sebabnya ingat kat anak-anak dan rasa sunyi tanpa riuh rendah anak.
Pasangan OKU selamat berkahwin, hidap Cerebral Palsy bukan halangan cipta bahagia. Majlis perkahwinan pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap Cerebral Palsy baru-baru ini menarik perhatian warga maya. Pasangan istimewa itu melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei lalu.
Pasangan OKU Selamat Berkahwin
Perkahwinan Muhammad Shahriel Hakimi Hayuddin dan pasangannya, Aireen Natasha Mohd Zahid menjadi tumpuan di TikTok selepas Muhammad Shahriel Hakimi memuat naik video majlis mereka.
Memetik SinarPlus, Shahriel, 25,berkenalan dengan Aireen Natasha, 21, melalui penstriman langsung seorang sahabat di TikTok tiga tahun lalu. Pertemuan di alam maya tersebut menimbulkan perasaan suka terhadap Aireen Natasha.
“Saya kenal isteri melalui live kawan. Ibarat cinta pandang pertama, dari situ saya mula mendekati dirinya. Pada mulanya saya bimbang mendekati kerana takut keluarga belah sana tidak setuju. Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga isteri menerima hubungan kami dengan hati terbuka,” ujar Shah.
Shahriel mengambil keputusan untuk berkahwin, setelah mendapat sokongan dan restu kedua-dua keluarga,
Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Cipta Bahagia
“Sebulan sebelum majlis, kami telah menyediakan segala kelengkapan dengan bantuan kedua belah keluarga. Kami seperti insan lain yang mahu merasai kebahagiaan. (Selepas video perkahwinan mendapat perhatian) ada yang memberi kata semangat dan ada yang negatif, tetapi saya jadikan ia sebagai motivasi untuk melangkah lebih jauh.
“Alhamdulilah kalau dah jodoh tak kemana.. terima kasih kawan-kawan kerana meriahkan majlis perkahwinan kami berdua”- tulisnya dirungan kapsyen.
“Syukur, orang tua kami memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami anak OKU berkerusi roda untuk menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.
Berkongsi mengenai perubahan dirinya selepas berkahwin, Muhammad Shahriel meluahkan rasa syukur dan gembira kerana impiannya untuk hidup bersama insan tersayang tercapai.
“Mestilah gembira… Dahulu buat apa-apa sendirian, sekarang berdua. Selain itu, tanggungjawab juga perlu saya galas dengan baik. Itu yang membantu membuatkan saya lebih matang dan bersemangat untuk berkeluarga walaupun kami banyak kekurangan diri. Yang penting kami syukur selalu,” ujarnya.
Shah dan isterinya yang kini masih menetap bersama keluarga bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Saya berniaga dalam talian, manakala isteri tidak bekerja. Walaupun saya berstatus OKU dan agak sukar mencari rezeki, tetapi saya berusaha dengan kemampuan diri untuk membahagiakan orang sekeliling.
“Saya juga mahu membuktikan OKU boleh bekerja seperti orang normal. Walaupun pendapatan tidak banyak, saya bersyukur dapat memberi hasil kepada ibu bapa dan kini menanggung isteri.
Saya berharap dapat memberikan keselesaan dalam menyediakan keperluan untuk keluarga kecil kami ini,” katanya sambil mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.