Isteri Dr Taufiq Razif – “Alhamdulillah, sujud syukur…” Semoga semua aktivis pulang (ke tanah air) dengan selamat dan terpelihara,” ujar Dr Nabilah Mohd Rubani, 37, apabila mendapat perkhabaran mengenai pembebasan suaminya, Dr Taufiq Mohd Razif, 35.
Isteri Dr Taufiq Razif Lega Suami Dibebaskan – “Alhamdulillah, Sujud Syukur…”
Dr Taufiq merupakan salah seorang daripada aktivis yang ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.
Dr Taufiq bersama keluarga di KLIA sebelum menyertai Misi GSF ke Gaza, baru-baru ini. – hsan foto Nabilah Mohd Rubani.
Berkongsi rasa syukurnya, Dr Nabilah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan, penganjur serta penaung misi yang telah memainkan peranan penting dalam usaha pembebasan kesemua tahanan.
Dr Taufiq bersama sukarelawan GSF Jose sebelum memulakan pelayaran dari Greece, ke Gaza baru-baru ini. FOTO Ihsan Dr Taufiq Mohd Razif.
“Terima kasih kepada pihak penaung dan penganjur atas strategi mantap. Ia disertai pertolongan Allah SWT yang datang daripada jalan yang tidak dijangka.
SENTIASA BERI SOKONGAN
“Kami sentiasa menyokong perjuangan ini dan akan kembali jika diperlukan hingga Baitul Maqdis merdeka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel sudah pun dilepaskan.
Ads
Menurutnya, para aktivis akan dibawa terlebih dahulu ke Lapangan Terbang Ramon di Israel sebelum berlepas ke Istanbul, Turkiye.
Anwar turut menyatakan bahawa kumpulan tersebut dijangka kembali ke tanah air sama ada pada malam esok atau lusa.
Foto wajah lebam Ardell yang tular di media sosial buatkan hati warga maya sebak – “Dia masih lagi mampu tersenyum. Pihak hospital di Istanbul telah menghubungi pelakon Nadzmi Adhwa bagi memaklumkan keadaan isterinya, Ardell Aryana yang kini dalam keadaan lemah selepas beberapa hari berada di bawah tahanan tentera Israel.
Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.
Menerusi platform Threads, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.
Gambar tersebut menimbulkan rasa pilu dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya tersentuh melihat keadaan pelakon itu yang masih berusaha menampilkan ketenangan di hadapan umum meskipun dalam kesakitan.
Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Kapal dinaiki Ardell tidak dapat dihubungi, dua aktivis Malaysia gagal dikesan. Dalam perkembangan terkini dikeluarkan oleh facebook Sumud Nusantara Official sekitar jam 11.30 pagi tadi, dilaporkan dua aktivis Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ardell Aryana dan Razali Awang gagal dikesan.
Ardell yang menaiki bot Mikeno dilaporkan terputus hubungan sementara Razali Awang yang menaiki bot Inana juga tidak dapat dihubungi selepas terjadinya serangan oleh pengganas Israel di perairan antarabangsa.
Dalam perkembangan terkini, dilaporkan tiga aktivis Malaysia yang menaiki kapal Free Willy telah ditahan iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman serta Dr Taufiq sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel selepas kapal mereka dipintas rejim zionis di perairan antarabangsa pada jam 7:53 pagi waktu Gaza sekaligus penahanan tidak sah.
Dilaporkan lebih 200 aktivis dari seluruh dunia yang menyertai misi kemanusiaan ini telah ditahan secara salah oleh tentera pendudukan Israel (IOF) yang terus menghalang misi kemanusiaan ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai yang masih sukar untuk ‘hadam’ bagaimana seorang pelajar berusia 14 tahun sanggup menikam rakan perempuannya hingga lebih 50 kali. Lebih mengejutkan, selepas kejadian, dia berjalan tenang sambil minum air seolah-olah tiada apa yang berlaku — seperti baru selesai ‘misi’ dalam permainan video.
Namun apabila nota terakhir suspek tikam yang ditemui bersama remaja itu dibaca, ramai mula sedar mungkin dia bukan sekadar marah pada seseorang, tetapi sebenarnya sudah hilang rasa kemanusiaan.
Nota tersebut dipenuhi istilah berkaitan dunia permainan dan penggodaman seperti “NPC”, “Zero Day” dan “I win”. Bagi mereka yang biasa bermain game, istilah ini bukan asing. NPC bermaksud watak tidak penting dalam permainan, sekadar pelengkap dunia maya. Zero Day pula merujuk kepada ‘hari serangan’, tanda permulaan misi.
Mungkin di dalam fikirannya, dunia sebenar telah disamakan dengan dunia permainan. Manusia di sekelilingnya sekadar “watak tambahan”, dan tindakan mengorbankan nyawa dilihat seperti menyelesaikan “mission complete”.
Inilah bahaya apabila seseorang terlalu lama hidup dalam dunia maya hingga sempadan realiti dan fantasi menjadi kabur. Bila setiap hari disogok dengan aksi menembak, membunuh dan pertumpahan darah dalam permainan, otak mula terbiasa. Darah bukan lagi menakutkan, malah dianggap biasa. Nilai nyawa manusia pun semakin hilang maknanya.
Kajian oleh American Psychological Association (APA) juga mendapati bahawa pendedahan berterusan terhadap kandungan ganas boleh menyebabkan kanak-kanak kehilangan empati tanpa mereka sedari. Mereka tidak lagi merasa bersalah apabila menyakiti orang lain dan gagal membezakan antara emosi serta tindakan.
Isu ini bukan sekadar kes jenayah — ia sebenarnya krisis jiwa generasi muda yang semakin serius. Nota terakhir suspek tikam itu hanya satu contoh ekstrem bagaimana dunia maya mampu mempengaruhi minda seseorang remaja.
Jika dulu anak yang marah akan dinasihat atau ditegur, kini emosi dilampiaskan di media sosial, di mana budaya marah dan ganas dianggap perkara biasa. Dunia digital kini membentuk cara fikir dan cara rasa anak-anak kita.
Masalahnya bukan sekadar permainan video, tetapi bila permainan itu mula menggantikan dunia sebenar — ketika ibu bapa tiada masa berbicara dengan anak, dan sekolah gagal memahami tekanan emosi pelajar. Di saat itu, rasa empati mereka mula mati perlahan-lahan.
Anak-anak hari ini bukan tidak bijak, tetapi ramai yang sudah tidak tahu membezakan antara sakit hati dan sakit jiwa. Kerana itu ibu bapa perlu lebih peka — bukan sekadar memantau video yang ditonton, tetapi juga permainan yang dimainkan, dengan siapa mereka berbual, dan apa yang dibicarakan dalam ruang maya. Hari ini mereka “menikam” dalam game, esok tidak mustahil dalam dunia nyata.
Kita tidak boleh terus hidup dalam penafian. Anak 14 tahun tidak lahir dengan niat menjadi pembunuh. Tetapi apabila mereka dibesarkan dalam dunia tanpa kasih sayang, tanpa bimbingan dan penuh kekosongan emosi, jiwa mereka boleh menjadi dingin — seperti mesin.
Dan bila manusia sudah berfikir seperti mesin, manusia lain tidak lagi punya nilai. Jangan tunggu tragedi baru kita mahu peduli. Jiwa anak-anak sekarang sedang haus kasih sayang, bukan haus ‘data plan’.
Rumah kena pecah masuk waktu penghuni tidur, sungguh licik perbuatan pencuri ini apabila dia mampu mencuri di taman perumahan S2 Heights tanpa orang rumah sedar.