Bila lihat pasangan yang sama cantik sama padan. Isteri cantik, ada anak-anak yang membahagiakan, itu sudah cukup bersyukur. Tapi, peliknya bila semua dah ada, datang ujian yang tak diduga.
Apa lagi yang tidak kena di mata pasangan sehingga sanggup cari yang lain. Sementelah, perkahwinan yang dibina ini mendapat restu daripada mak ayah.
Tak kiralah siapa pun, kita semua diuji. Beruntung bila dapat mentua yang baik tapi diuji dengan pergolakan rumahtangga. Mampu bertahan demi anak-anak atau jalan terus untuk kehidupan yang lebih baik.
Perkongsian daripada Marlia Ramli ini ada betulnya. Wanita itu cantik, mampu lahirkan anak, belum tentu suami tidak akan terpaling. Hanya suami dan isteri saja tahu apa yang tersirat dalam hati sehingga sanggup berbuat demikian.
Antara perkara yang wanita perlu belajar adalah cantik bagaimana sekalipun, kita tetap akan diuji. Suami hanya pinjaman.
Wanita..
Hatta sebegitu cantik.
Mampu melahirkan anak-anak.
Disayangi dan direstui ibu bapa.
Belum tentu suami tidak akan berpaling.
Cuma…
Keuntungan yang paling besar bagi buat isteri cantik ini adalah memiliki mentua yang TIDAK GOYAH menyokong menantu. Ini adalah rahmat yang besar sebenarnya.
Memiliki mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri malah sentiasa merisaukan kebajikan cucu-cucu adalah rahmat.
Ada ibrah dari kisah ini.
Menantu Juga Anak
Di masa depan kita juga bakal menjadi mentua. Mudah mudahan kita belajar bahawa, menantu juga adalah anak.
Ads
Dalam Islam aurat menantu vs mentua adalah sama seperti aurat dengan anak kandung. Malah aurat menantu dan mentua kekal selamanya hatta selepas kita bercerai dengan anaknya.
Bila kita menjadi mentua esok-esok, jadilah mentua yang menyokong perkara HAK hatta ianya bermakna kita tidak menyokong anak kandung sendiri.
Ya!
Dalam rumahtangga, ujian sentiasa hadir. Ada yang bertahan kerana anak-anak. Ada yang disokong kuat keluarga mentua.
Setiap kita ada pelbagai sebab untuk bertahan. Setiap kita ada pelbagai sebab untuk terus menaruh harapan.
Namun… andai tangan yang memegang kerap berdarah, ada waktu kita mungkin perlu menyerah.
Ads
Menyintai bukan bermakna memiliki. Terus menarik tali yang tegang takut-takut semakin MELUKAKAN JARI.
Begitulah…
Mingguan Wanita : Allah uji pada mereka yang mampu menghadapinya. Percaylaah, ada yang lebih baik menanti di hadapan.
Memang ada benarnya keutamaan dan keperluan setiap orang ada berbeza-beza. Tak perlu kita nak letakkan penanda aras, ‘standard’ yang sama, apatah lagi nak ‘jatuh hukum’ apa yang terbaik buat orang lain. Jalani sahaja kehidupan dan keluarga, mengikut acuan dan rentak sendiri.
Hadamkan perkongsian daripada Puan Nurul Izzah Zainolini sebagai panduan;
KEUTAMAAN KITA BERBEZA
Kita akan selalu jumpa nasihat atau tips kewangan /tips berbelanja yang lalu lalang di FB. Ada yang akan kata duit jangan banyak berhabis kat kereta, pakai wira 2nd hand lama pun tak apa. Ada yang kata, duit jangan meriah berhabis kat rumah. Kalau boleh duduk rumah flat 2 bilik sekangkang kera, yg ansuran bulanan rm500 sudah. Rumah besar-besar mahal buat jadi beban hidup sahaja.
Ada jugak yg bermazhab, buat apa la terbeban dengan kereta dan rumah mahal tapi tak boleh nak berjalan ke mana-mana. Duit tak cukup nak holiday puas-puas. Duduklah terperuklah dalam rumah yang mahal tu apa dapat? Lebih baik saving tu boleh bawak kita pusing satu dunia. Luas permandangan luas pengalaman.
Tak payah judge kalau keutamaan orang lain berbeza dengan kita. Kita tak tahu asbab pilihan setiap orang yang ada pelbagai sejarah, latar belakang dan punca sesuatu pilihan tu diutamakan. Ada orang spend banyak kat kereta sebab rumah dia dalam kereta. Kerja dia lasak ke sana sini pakai kereta. Dia nak beli kereta sedap agak-agak mahal itu keutamaan dia. Biarpun rumah dia ala-ala setinggan.
Ada orang keutamaan dia adalah rumah yang selesa. Nak isteri dan anak-anak selesa dan merasakan rumah adalah syurga mereka. Bila penat seharian bekerja, rumahlah tempat berehat, berhibur atau hotel baginya. Tak payah nak tala pi rumah urut atau pusat hiburan bagai bila stress or penat kerja. Rumah yang selesa adalah segala-galanya baginya. Tambah pula bagi yg jenis suka menerima tetamu dan ahli keluarga datang bermalam. Itulah kepuasan hatinya bila dapat sediakan kediaman yg besar dan selesa utk ramai berkumpul.
Same goes to yang suka travel satu dunia. Kejap-kejap vacation, sikit-sikit check in negara itu ini. Tapi aset masa depan tiada. Rumah masih menyewa. Kereta pun macam besi buruk.
Kawan, biarlah. Keutamaan dia barangkali nak tinggalkan memori yang indah-indah untuk isteri dan anak-anak dengan travel bersama. Mungkin itulah caranya untuk family bonding. Seeru ala barakatillah. Mungkin dengan banyak menjelajah bumi Tuhan bertambah tinggi imannya. We just don’t know.
SELAGI TIDAK
Selagi tidak sampai menyusahkan orang lain, selagi tidak sampai mengemis dan meminta-minta dek kerana gaya hidup kita. Selagi tidak melanggar batas sehingga menunjuk-nunjuk dan merendah-rendahkan pilihan gaya hidup orang lain,teruskan!
Ingat, apa yang jadi kepuasan bagi kita, tak semestinya sama untuk orang lain. Lahir daripada perut ibu yang sama pun lain seleranya. Inikan kita yang bau-bau bacang pun tiada.
Gambar: kami suka check in mall. Tengah serabut dapat check in mall adalah satu terapi even hanya dapat secawan kopi Salted Caramel Machiatto.
Mingguan Wanita: Ada benarnya keutamaan setiap orang berbeza-beza, tak perlu kita nak ‘jatuh hukum’ apa yang terbaik jika keutamaan orang lain berbeza dengan kita.
Cucu nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024 dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.
Cucu Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024 Dapat 4A+, 5A
Menerusi perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna bernama Cikgu Muhamad Nazri, remaja lelaki tersebut berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 4A+ dan 5A dalam peperiksaan berkenaan.
“Ramai yang masih ingat kisah nenek yang baca Yasin semasa cucunya ambil SPM. Ini hasilnya. #spm2024,” tulisnya sambil berkongsi gambar salinan slip keputusan pelajar tersebut.
Kejayaan ini menjadi bukti berkat usaha gigih pelajar yang kehilangan ibunya pada Oktober lalu, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada nenek tersayang yang hadir setiap hari ke maktab bagi memberi dorongan dan membacakan Yasin sepanjang tempoh peperiksaan yang berlangsung pada Januari lalu.
Perkongsian yang dimuat naik itu telah meraih lebih 360,000 tontonan, menyentuh hati ramai pengguna media sosial.
Rata-rata warga maya berkongsi rasa sebak dan turut gembira dengan kejayaan pelajar itu, selain menitipkan doa agar masa depannya terus gemilang.
Gara-gara kesunyian selepas dua kali menjanda, seorang wanita berusia 65 tahun sanggup meletakkan iklan di pintu pagar dihadapan rumahnya bagi mencari seorang teman lelaki yang boleh dijadikan suami yang sesuai buat dirinya.
Dalam iklan tersebut menyatakan;
“Seorang wanita berusia 65 tahun, mencari teman lelaki berusia 60 hingga 70 tahun. Keutamaan duda berpencen. Saya seorang yang baik, jujur dan sihat. Sekiranya berminat hubungi di sini,”
Pernah Dua Kali Berkahwin
Sompong Chomphuprapet yang tinggal di Ubon Ratchathani, Thailand memberitahu, dia pernah berkahwin sebanyak dua kali tetapi kedua-dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian.
Kata Sompong, dia berkahwin dengan seorang lelaki Thailand tetapi bercerai kerana suaminya itu seorang kaki botol.
Dia kemudian bekerja di Jerman dan berkahwin dengan lelaki tempatan, namun perkahwinannya itu hanya mampu bertahan selama 13 tahun.
Diri Rasa Sunyi
Sompong berkata, selepas kembali semula ke Thailand dia mula berasa kesunyian dan kini dia mahu mencari lelaki jujur yang menyayanginya dan mampu menjaganya hingga akhir hayat.
“Saya mahu seorang lelaki yang baik kerana hidup seorang diri rasa sungguh sunyi dan menyedihkan. Saya mahu seorang pesara yang berpencen,” jelasnya.
Pernah Tolak Dua Calon
Iklan itu dipasang kira-kira seminggu yang lalu dan dua lelaki sudah menawarkan diri tetapi kedua-duanya ditolak Sompong.
Seorang calon itu ditolak Sompong kerana dia tidak mempunyai skim pencen manakala seorang lagi lelaki berusia 59 tahun bekerja sebagai guru.
“Apabila lelaki itu bersara nanti dia bakal menerima pencen 20,000 baht (RM2,549) sebulan dan selepas ditolak semua hutangnya yang tinggal hanya 8,000 baht (RM1,019).
“Saya memberitahunya wang sebanyak itu tidak mampu menampung kehidupan kami berdua,” katanya.
Apa-apapun ‘keberanian’ berterus terang dan ‘kegigihan’ wanita ini untuk mencari teman lelaki sekaligus untuk dijadikan suami wajar dipuji.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...