Sifat seorang isteri ini rumit, ‘complicated’ kata orang putih. Kadangkala buat suami pening kepala, sebab sukarnya nak memahamkan isterinya itu. Isteri manja, mengada sikit, suami herdik.

Jangan gitu bang! Itu sifat semulajadi isteri sebagai tanda cintanya. Layanlah agar dia lebih gembira, kelak hati suami juga yang bahagia.

Nah! Puan Marliya Ramli kongsikan penjelasan tepat bagaimana mahu memahamkan seorang isteri. Wahai suami, bila kau dah hafal formula ini. Mudah sebenarnya nak gembirakan hati isteri tu.

Rajuk Inilah Yang Dirindui

1 – Wanita ni pelik. Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola atau main game. Tarik tangan dia bawak keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!

2 – Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan! Urut bahu dia dan cakap i love you sentiasa.

3 – Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. Hatinya dah mula macam-macam. Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah, fikir dan ingat di dalam hati.

IKLAN

4 – Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi ini adalah formulanya.

5 – Sebab itu sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Dia manja dan mengada. Tugas suami? Diam, angguk-angguk dan pujuk. Itu saja! Selebihnya… Biar dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.

Bila Diam, Malas Cakap Itu Lebih Bahaya

6 – Sebab wanita ini bila diam itu bahaya. Dia malas cakap itu bahaya. Marahnya tidak terduga. Bersyukurlah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di IIUM Confession atau KRT. Sebelum dia menulis di diari.

7 – Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Semut langgar pun terus demam. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. Setakat nak redah hujan pegi mana-mana pun dia no hal walaupun sedang demam denggi. #apeni?

IKLAN

8 – Wanita…. Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Nak buka tin sardin pun kebas tangan. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan. Setakat nak isi angin tayar tu celah gigi saja!

9 – Maka… jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Dan mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa. Baguslah bila dengan anda wanita tidak berdikari. Manja dan mengada itulah tanda cinta.

Bersyukurlah Jika Isteri Manja, Itu Tanda Dia Perlukan Anda

10 – Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya… Dan jika mahu bahagia sabar… Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji. Kerapkan memujuk.

11 – Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi. Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka… Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.

IKLAN

12 – Alah… tak lama pun. Layankan sajalah wanita anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAJUK INILAH YANG DIRINDUI sentiasa. Nikmati saat begini selagi ada.

13 – Wanita… bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah dia bersikap begitu tanda dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia. Anda adalah arjuna yang paling utama di hati dia.

Salam sayang

MW : Mudahkan formula nak kenal sifat isteri tu..

Sumber/Foto : Marliya Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI