Isteri Buang Fibroid, Suami Berhenti Merokok, 9 Tahun Berkorban Demi Zuriat

Pasangan yang dah bertahun berkahwin, tetapi belum direzekikan cahayamata, zuriat cukup teruji emosinya. Dengar pertanyaan tentang anak pun, boleh buat air mata melimpah. Dalam hati rabaknya, usah ceritalah.

Suami isteri perlulah terus kuat dan cekal hati. Jangan sesekali berputus asa dengan rezeki anak dari tuhan. Pasangan suami isteri ini, Eddie Dieana juga teruji sama. Sembilan tahun menanti dengan penuh kesabaran. Akhirnya tuhan berikan cahayamata, dan usaha ini telah mereka lakukan.

Baca sini : Ini cara belah zuriat buat air rebusan, minum suami isteri. Bacalah surah Ali Imran ayat 38-200 untuk ikhtiar hamil

Isteri Buang Fibroid, Suami Berhenti Merokok, 9 Tahun Berkorban Demi Zuriat

Isteri Menggigil Nampak Double Line

Tarikh yang sama pada hari ni, 7/4/2019 (ketika status dikongsikan),
cuma bezanya perkara ni berlaku tahun lepas.
Masih terngiang-ngiang di telinga saya saat isteri keluar dari toilet dengan suara yang agak gembira bercampur sedih (mungkin terlalu excited).

B.. Cuba tengok ni. Honey mengandung ke,
tangan Honey menggigil tengok benda ni..”
Aku sebagai seorang lelaki dan suami biasalah,
akan berlakon tenang walau dalam hati bergelodak rasa gembira. Aku seraya menyahut “jangan gembira sangat, tengok esok apa keputusan doktor baru boleh happy. Kadang-kadang benda ni tak boleh pakai.”

Aku sengaja tenangkan keadaan sebab taknak terlalu berharap.
Iyalah, laki mana yang tak happy dah 9 tahun kot tunggu. Baru nak dapat rasa 1 anak.
Depan isteri aku cakap dengan tenang.
Try whatsapp akak dan adik u tanya. Betul ke kalau macam tu mengandung.”

Lalu aku berlalu masuk ke bilik air,
sambil aku jirus air dekat kepala sambil lalu itulah air mata jantan aku jatuh laju mengalir mengenangkan apa yang isteri aku tunjuk tadi.
Gembira yang teramat sangat,
hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan tu.

IKLAN

Isteri Hamil 5 Minggu, Suami Menangis Gembira

Esoknya..
isteri saya ke klinik ditemani adiknya,
manakala saya ke tempat kerja di Singapura macam biasa.
Tak lama lepas isteri pergi klinik,
bertalu-talu mesej masuk.
Saya tengok whatsapp,
rupanya dari isteri saya.

B, doktor sahkan Honey mengandung 5 minggu..”
Kali kedua air mata aku berjurai,
walau hanya dengar berita gembira ni.
Aku kesat air mata perlahan-lahan.

Sorok dari kawan-kawan nampak.
Sampai ke hari ini isteri saya tak tahu yang saya menangis kegembiraan.
Mungkin lepas dia terbaca post ni baru dia tahu kot.

Kita hanya merancang,
tuhan lah penentu segalanya.
Di Saat dan waktu yang sesuai,
Dia hadirkan zuriat buat kami.

Usaha Ini Suami Isteri Lakukan Demi Zuriat

Ramai jugak yang PM tanya apa yang saya usahakan sehingga terlahirnya anak ni.
Apa yang boleh saya kongsikan,
saya dan isteri buat rawatan di HSI untuk lihat tahap kesuburan.
Hasilnya doktor cakap kedua-dua nya okay cuma
ada fibroid yang besar tumbuh dalam rahim isteri.

IKLAN

So, isteri saya perlu menjalani pembedahan untuk buang fibroid tersebut.
Lepas dah operate buang fibroid pada tahun 2017,
doktor jangkakan dalam tempoh 2 tahun kami akan dapat anak.
dan tepatlah seperti yang doktor tu ramalkan,
penghujung 2019 lahirlah anak kami.

Antara usaha lain yang kami ikhtiar ialah saya sendiri sebagai suami berhenti merokok pada bulan 11/2018. Sebab doktor pesan,
kalau kita merokok sperma jadi tak berkualiti.
Terima kasih juga kepada Mak, abang dan kakak saya yang juga berdoa di hadapan kaabah supaya kami suami isteri mendapat zuriat tersendiri.

Isteri Buang Fibroid, Suami Berhenti Merokok, 9 Tahun Berkorban Demi Zuriat

Dikurniakan Anak ‘Kembar’ Tahun

Akhirnya..
setelah 9 tahun menunggu..
kami dah ada zuriat dari hasil perkahwinan kami sendiri.
Dan sekarang kami ada anak bukan 1,
tapi 2 sekaligus tuhan bagi kepada kami suami isteri.

IKLAN

So,
sepanjang saya berjauhan ni,
kedua-dua anak saya ni lah yang menemani saya di sana.
Kebetulan anak lelaki tu muka macam saya.
So, terubatlah rindu isteri saya bila melihat wajah anak saya.

Menurut Eddie, dia dah isteri berkeputusan mengambil anak angkat perempuan. Semasa perjanjian hendak mengambil anak angkat itulah isterinya disahkan mengandung.

Anak angkatnya itu dah dianggap macam anak sendiri malah penyeri hidup mereka. Dan itulah yang dimaksudkan anak-anaknya ‘kembar’ tahun.

Nampak tak,
Allah lahirkan mereka berdua disaat dan waktu yang diperlukan.
Dan disebabkan itulah saya juga sanggup berkorban demi membesarkan mereka dengan penuh kesempurnaan.

Isteri Cuma Minta Semangat Dan Sokongan Dari Kita..

InshaAllah..
Apa yang saya cuba nak sampaikan dekat sini.
Jika isteri anda tidak boleh mengandung sekalipun,
jangan ejek dia,
jangan jatuhkan semangat dia,
kerana sepanjang kami tiada anak,
Hari-hari isteri saya akan tanya,
Bila kita nak ada anak..”
Orang sana sini semua dah ada anak..”
Yang itu baru kahwin dah ada anak..”
Yang ini baru kahwin dah ada anak..”

Perempuan ni tak mintak banyak,
dia cuma mintak semangat dan sokongan dari kita.
Apa yang saya katakan pada isteri,
Sabar, Allah lebih tahu bila dan ketika kita akan ada anak.. kalau kita tak ada anak sekalipun,
kasih sayang dan cinta saya kepada awak takkan pudar.. jangan risau.”
Kata-kata semangat macam tu yang isteri mahukan.

Sumber/Foto : Eddie Dieana

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI