Ini Cara Belah Buah Zuriat, Buat Air Rebusan Dan Minum Suami Isteri, Bacalah Surah Ali Imran Ayat 38 & 200 Untuk Ikhtiar Hamil

Ini Cara Belah Buah Zuriat, Buat Air Rebusan Dan Minum Suami Isteri, Bacalah Surah Ali Imran Ayat 38 & 200 Untuk Ikhtiar Hamil

Buat mana-mana isteri yang sedang dalam ikhtiar untuk hamil meminum air rebusan buah zuriat pun antara petua yang disarankan. Bagaimanapun, buah zuriat itu sendiri kulitnya keras dan begitu susah hendak dibelah.

Sebab itulah, ada cara-caranya bagaimana untuk pasangan suami isteri yang mahu memulakan usaha ikhtiar hamil dengan amalkan minum air rebusan buah zuriat. Puan Sarah Faizaah Bt Mohd Yusof (Kak Sarah) berkongsi panduan tip menghasilkan air rebusan buah zuriat.

Buah Zuriat ini sebenarnya dari Tanah Arab. Kat sana dikenali dengan nama buah Doom. Di Malaysia saja kita panggil dia Buah Zuriat.”

5 Tip Hasilkan Air Rebusan Buah Zuriat

1. Belah Buah Zuriat

Belah buah zuriat (rujuk pada video cara-caranya) dan keluarkan isi dalamnya. Mindset kena POSITIVE! Buah ni memang keras, tapi bila kita setkan mind kita yang buah ni senang untuk dibelah, in shaa Allah mudah untuk kita belah.

Orang Arab kata, betapa susahnya belah buah ini, begitulah payahnya ikhtiar kita untuk mendapatkan zuriat. Jadi teruskan ikhtiar dan jangan putus asa

 

2. Rebus Isi Sahaja Sebab..

Ambil isi buah zuriat (yang warna putih) dan rebus sehingga air bertukar warna seakan-akan warna teh. Cara kak Sarah, hanya rebus isi sahaja, tak perlu sekali dengan kulit sebab ada yang perut sensitif dan akan cirit-birit. So, ambil isinya sahaja ya.

Cara minum air rebusan buah zuriat

1 cawan pagi

1 cawan malam

* minum bersama suami dan isteri

Macam mana rasa air buah zuriat

Air rebusan buah zuriat ini rasanya seakan-akan payau. Ada sesetengah orang tak tahan dengan rasa airnya. Saranan Kak Sarah, campurkanlah dengan pati delima atau pati kurma. Boleh juga kedua-duanya.

Ini kerana, campuran ini tadi akan hasilkan rasa manis-manis kurma dan masam-masam delima. Taklah rasa tak sedap dekat tekak. Pati kurma ini pun bagus untuk meningkatkan tenaga. Macam sekarang Kak Sarah sedang breastfeed baby, jadi pati delima tu pekatkan susu badan.

Untuk isteri : Masa haid boleh stop minum dulu ya. Sambung minum semula selepas habis haid tapi kalau haid tak lawas atau sangkut-sangkut, boleh teruskan minum sehingga period lancar.

 

Ini Cara Belah Buah Zuriat, Buat Air Rebusan Dan Minum Suami Isteri, Bacalah Surah Ali Imran Ayat 38 & 200 Untuk Ikhtiar Hamil

3. Boleh Ulang Rebus, Tukar Bila Warna Dah Jernih

Suami Isteri boleh buat stok air rebusan buah zuriat dalam fridge supaya air kekal fresh. Buah zuriat ini boleh diulang rebus selagi airnya masih kekal warna teh. Jika air bertukar warna jernih, bolehlah tukar dengan buah yang baru.

Ini contohnya :

Nak buat stok untuk 3 hari

So 1 hari = 4 cawan ( pagi dan malam / suami dan isteri )

3 hari x 4 cawan = 12 cawan

Letak dalam 12 cawan dan rebus air tu untuk stok 3 hari

Nota : Lebihkan sikit air sebab bila rebus, kuantiti air akan berkurang.

4. Amalkan Sampai 44 Hari Atau Sehingga Mengandung

Disarankan minum setiap hari sehingga 44 hari atau sehingga hamil. Jangan ikhtiar separuh jalan ya.

 

5. Baca Selawat Dan Amal Surah Ini

Sebelum minum bersama suami dan isteri, niat dengan sejelas-jelasnya untuk ikhtiar hamil tahun ini. Contohnya, “Ya Allah, aku ikhtiar minum air buah zuriat ini untuk aku hamil tahun ini tahun 2018. Amin.”

Kemudian, bacalah Bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan diikuti surah Ali Imran, ayat 38 dan 200.

 

Khasiat Buah Zuriat

Ikhtiar mendapatkan zuriat bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, insyaallah dengan izinNya jika meminum dan mengamalkannya. Allah SWT akan mudahkan.

√    Meningkatkan kesuburan seseorang

√    Menguatkan rahim

√    Merawat masalah keputihan

√    Melancarkan peredaran darah

√    Meningkatkan kualiti sperma

√    Melawaskan keluarnya darah haid

√    Haid teratur – Merawat tiub tersumbat

√    Mengandungi elemen zat besi yang tinggi mempunyai kadar antioksidan yang tinggi dan ianya mungkin menjadi penyebab dalam menyumbang kesuburan seseorang.

Sumber/Foto : Aura Kesuburan by KakSarah