Irma Hasmie sah bercerai 6 bulan lalu, rakan baik kongsi status terkini. Kontroversi pergolakan rumah tangga pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama suaminya, Redza Syah Azmeer akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bercerai sejak enam bulan yang lalu.
Irma Hasmie Sah Bercerai 6 Bulan Lalu
Menerusi satu pautan di Instagram Story (IGs) milik rakan Irma, Reen Emran, perkara tentang status sebenar Irma Hasmie dimaklumkan atas kebenaran Irma sendiri.
Rakan Artis Kongsi Status Terkini
“Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).
“Untuk pengetahuan.. Mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas,” tulisnya.
Jelasnya lagi, meskipun berdepan dugaan cerai, namun keadaan Irma dan kedua-dua anaknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja
“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya.
Ads
“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja.
“Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah,” katanya lagi.
Di akhir status tersebut, sahabat selebriti itu memohon doa orang ramai untuk mempermudahkan segala urusan Irma untuk mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
“InshaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya.
“Terima kasih semua…,” tulisnya.
Terdahulu, hantaran suami Irma iaitu Redza Syah Azmeer mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita bernama Nur Hafiza Mohd Salim.
Ads
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Irma bagaimanapun dilaporkan, enggan bercerita lebih mengenai berita itu sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika selalu nasi beriani daging lembu, kambing dan ayam, rupanya boleh juga dimasukkan hidangan laut seperti ketam. Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Yana Samsudin ada memuat naik perkongsian video memasak bersama mak tersayang. Resipi yang dikongsikan didalam video tersebut merupakan air tangan mak yana sendiri dan dinamakan cukup mencuit hati iaitu ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Bawang Putih
Bawang merah
Halia
(*ditumbuk)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Kayu manis
Bunga Lawang
3 sudu besar Minyak sapi
2 sudu besar serbuk kurma beriani
3/4 ekor ketam segar
serbuk perasa ajinomoto
sedikit garam
4 cawan Beras
4 cawan air
1 Sudu besar kordial sanquick oren
2 sudu besar santan kotak
Cara Membuat:
1.Masukkan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
2.Masukkan pula serai, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang, biarkan sehinggan naik bau.
3.Masukkan pula serbuk kurma beriani dan masukkan ketam kacau sebati.
4.Masukkan sedikit garam, serbuk perasa ajinomoto dan masukkan 4 pot beras.
5.Masukkan pula 4 cawan air dan kacau sebati.
6.Masukkan 2 sudu besar santan kotak dan 1 sudu besar kordial sanquick oren.
Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Pertambahan Kos Ibadah Haji
Kos bagi pelaksanaan ibadah haji dijangka meningkat sekurang-kurangnya sebanyak sembilan peratus berikutan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang dikenakan Arab Saudi berkuat kuasa Julai tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu kesan daripada pandemik Covid-19.
Justeru katanya, SOP baharu nanti dijangka memberi impak terhadap pertambahan kos bagi ibadah haji.
“Kos bagi ibadah haji bagi 2019/2020 adalah sebanyak RM22,900 bagi setiap jemaah. Dengan kenaikan 15 peratus VAT, kita jangka kos meningkat kepada RM25,000.
“Bagaimanapun sehingga kini TH belum menerima sebarang kepastian mengenai ibadah haji tahun ini. TH menjangkakan SOP dan protokol musim haji yang ketat akan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Jadi sebarang pertambahan kos melibatkan perkhidmatan atau cara pengendalian baru belum dapat dijangkakan buat masa ini,” katanya pada sidang media di Menara TH, pada Jumaat.
Bayaran Peningkatan Kos Belum Diputuskan
Ditanya sama jemaah perlu menanggung bayaran peningkatan kos tersebut, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan berikutan tiada perincian SOP yang diterima daripada Arab Saudi setakat ini.
“Oleh sebab belum ada kata putus, kita belum tetapkan lagi (ditanggung atau tidak). Apabila sudah ada (SOP) kita akan umumkan bayaran haji,” jelas beliau.
Mingguan Wanita: Diharap pihak kerajaan dan tabung haji dapat memberi subsidi dan menanggung peningkatan kos haji ini sekaligus tidak membebankan para jemaah untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini.
Pelakon Shima Anuar mengesahkan dia dijangkiti virus Covid-19. Dia yang mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak Jumaat lalu menerangkan keputusan ujian calitan yang dilakukan kelmarin, mengesahkan dia dijangkiti virus berkenaan.
Malah pelakon yang juga ibu kepada dua orang anak itu, cukup risau tatkala memikirkan anak-anak yang sudah dihantar menjalani ujian calitan, pagi semalam.
Sesak Nafas, Sakit Kepala Shima Anuar Sangka Perut Kosong & Masuk Angin
Shima yang sepatutnya kembali ke lokasi penggambaran bagi projek filem Albab Ding Ding mengaku terkejut dengan keputusan diterima.
Keputusan ujian calitan.
“Saya tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif COVID-19. Cuma, sejak Jumaat lalu, saya mula sesak nafas dan sakit kepala.
“Saya beritahu suami dan dia menyangka mungkin perut saya kosong dan masuk angin.
“Namun, saya buat keputusan melakukan ujian calitan sebagai sebagai langkah berjaga-jaga menyedari virus ini ada di mana-mana,” tulisnya menerima hantaran di akaun Instagramnya.
Suami Negatif Dari Virus
Kongsi Shima lagi, suaminya juga turut membuat ujian calitan dan keputusannya negatif.
“Suami juga melakukan ujian calitan selepas saya mendapat keputusan. Namun, suami saya disahkan bebas daripada virus berkenaan, pagi semalam.
“Saya jadi tidak keruan dan hilang punca sekejap. Saya asyik memikirkan anak yang turut menjalani ujian calitan pagi semalam.
“Saya berdoa anak-anak tidak dijangkiti. Saya tidak boleh bayangkan keadaan mereka jika sebaliknya,” kongsinya lagi.
Asingkan Diri Dari Bilik
Shima juga berharap individu yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak minggu lalu agar dapat melakukan ujian saringan COVID-19.
“Saya sedang menunggu perkembangan daripada Kementerian Kesihatan. Sejak semalam, saya mengasingkan diri di bilik bawah dan tidak keluar.
“Saya tidak mahu memberi risiko kepada orang lain,” tegasnya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...