“Insiden itu dua minit tapi parut dan kenangan seperti sepanjang hayat di mana anak autisme saya kena maki pasal nak minum air,” itu luahan Penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim ketika diminta mengulas mengenai layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di dalam sebuah pusat membeli-belah terkemuka baru-baru ini.
Kata Edry, dia membuat pendedahan insiden menimpa anak istimewanya itu untuk masyarakat membuat perubahan serta memberi pengajaran kepada orang lain.
“Masyarakat kita juga kadang-kadang kurang peka kepada golongan istimewa ini”-Edry abdul Halim.
Mendidik Masyarakat
“Tujuan saya bukanlah nak memalukan kakitangan atau tularkan kedai itu. “Kerana RM12 dan dua minit itu, saya ada memori yang tak ‘pleasant’. Untuk melihat seseorang kena maki macam halau anjing, bagi saya ia bukanlah layanan yang sesuai untuk golongan istimewa ini,” katanya ketika ditemui pada majlis apresiasi media dan pengumuman istimewa Konsert GenKRU yang berlangsung di sebuah hotel di sini, petang semalam.
Minta Maaf
Mengulas kejadian itu, Edry berkata, bayangkan kebanyakan ibu bapa yang memiliki anak istimewa ini terpaksa meminta maaf pada orang terlebih dahulu kerana bimbang anak istimewa mereka melakukan kesalahan apabila berada di luar rumah.
“Tapi berapa kali nak minta maaf kerana saya mahu anak istimewa saya hidup macam orang biasa pergi kedai dan minum air. Saya bukannya nak marah tapi saya mohon kalau nampak golongan istimewa ini berilah mereka ruang sikit.
Ads
“Ia berbeza di luar negara. Ketika saya dan isteri naik tram di Manchester, Emery pula buat perangai dan ada seorang pakcik datang dan marah pada saya supaya jangan berkasar pada anak kami itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Edry melalui entri berbentuk video di Instagram (IG) memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal kerana ada kala mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
Untuk rekod, Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat anak iaitu Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Ads
Berbalik kepada kerjaya seni, KRU mencatat bukan hanya rekod peribadi tetapi sejarah industri hiburan tanah air pembukaan tahun 2025 apabila KONSERT GENKRU bukan dilaksanakan sehari atau dua tetapi tiga hari!
Ternyata KRU sebagai sebuah trio legenda tanah air yang tidak boleh dinafikan apabila agenda melaksanakan KONSERT GENKRU yang dijadualkan pada 3 Mei 2025 ditambah menjadi dua hari kerana sambutan hangat.
Penjualan tiket untuk konsert hari pertama langsai dalam masa satu jam manakala penjualan hari kedua habis dalam masa 45 minit sahaja!
Pihak penganjur, ICON ENTERTAINMENT menunaikan impian peminat yang ‘tewas berperang’ sewaktu mendapatkan tiket pada malam pertama kepada penganjuran malam kedua iaitu 4 Mei 2025 nampaknya ia masih belum menghentikan mereka untuk memburu peluang lolos menjadi salah seorang saksi hidup KONSERT GENKRU di AXIATA ARENA.
Ads
Demi memenuhi hajat peminat, penganjur bersama anggota KRU iaitu Dato’ Norman, Datuk Yusry dan Edry sebulat suara menganjurkan sehari lagi menjadikan KONSERT GENKRU pada 10 MEI 2025.
Penganjuran Konsert GENKRU di Axiata Arena yang bakal berlansung pada 3, 4 dan 10 MEI 2024 ini menyaksikan penampilan sulung KRU selepas enam tahun.
Tiket untuk Konsert GENKRU boleh didapati melalui laman www.ticket2u.com.my/kru3 harga bermula dengan kategori dan harga: reKRUed – RM258, Canggih – RM358, Relax – RM478, Kaset – RM508, KRUjaan – RM548 dan KRUnisme – RM588.
Untuk pemegang kad Maybank (MAYBANK CARDMEMBERS), pra-jualan tiket dibuka pada 7 Januari 2025 (Selasa sahaja) dari pukul 11 pagi. Tiket untuk umum pula akan mula dijual pada hari Rabu, 8 Januari 2025, pada pukul 3 petang.
Penyanyi popular Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin berkongsi rasa bahagia di hati apabila menantunya, Putri Eliya Sofea melahirkan anak pertamanya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Cucu sulungnya ini dilahirkan secara pembedahan dan diberi nama Ayden Johan.
Kata Nora, nama Ayden Johan itu sudah pun dipilih awal lagi oleh anak lelakinya, Syakir Iman dan isterinya, Eliya.
“Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.”
Akuinya, tentulah perasaannya cukup seronok dengan kehadiran cucu sulungnya ini. Malah, kedua anak perempuannya pun sama teruja kerana dapat anak buah.
Baca sini : Ada masa rasa down, anak-anak ceriakan saya.
Bahagia.. Hanya Allah Yang Tahu – Nora Ariffin
“Subhanallah…. MasyaAllah… Alhamdulillah… Segala puji hanya bagi Allah. I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini. Happy……hanya Allah yang tahu.
Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga. Pa….kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute & macam iman. Sama macam kita sambut Iman dulu. Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea. @mosyi.johan @eilyasofea
A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.
Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat. Allahuakbar….Allahuakbar..
Wan Doakan Ayden Ikut Jejak Langkah Arwah Atuk
Wan….happy dan sangat teruja. Wan nak Ayden jadi anak yang baik & soleh ye macam arwah atok… Johan Nawawi. Tq to all the staff from HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea. Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif We Miss you so much.
Menurut Nora lagi, menantunya itu akan menghabiskan tempoh berpantang di rumah keluarganya. Dan tentulah dia akan kerap menjenguk mereka kerana mahu bermain dengan cucunya itu.
MW : Tahniah! Buat Nora sekeluarga dengan kehadiran cucu yang dinanti-nantikan.
Mak beli seluar kesihatan RM800, anak personal “benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke.
“Saya macam bingung kejap apabila diberitahu seluar untuk kesihatan. Benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke?
Mak Beli “Seluar Kesihatan” RM800
“Hasil duit mak ini meniaga laksa tepi jalan, bukan senang nak dapat RM800 dan bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar ‘tight’ sahaja,” kata Musytaq Ashari yang kecewa apabila ibunya membuat pembelian seluar kesihatan pada harga tidak munasabah.
Menurutnya yang kecewa dengan harga tidak munasabah tersebut, syarikat pengeluar seluar kesihatan ini yang bertindak seperti pemasaran pelbagai aras (MLM) uga mensyaratkan untuk mencari tiga orang lain untuk masuk.
Menurutnya, ibunya membeli seluar berkenaan menerusi pemasaran pelbagai aras (MLM) selepas dimaklumkan mengenai manfaatnya.
Anak Kecewa Bukan Senang Kumpul Duit
Perkara itu dikongsikan, Musytaq Ashari menerusi hantaran di X sehingga ia tular baru-baru ini.
“Rasa nak marah bila dengar mak beli seluar ‘kesihatan’ berharga RM800 sehelai. Kawan dia promosikan suruh beli dan sertai kumpulan kemudian kena cari tiga orang lagi untuk masuk.
“Setahu saya, ini MLM dan maklumkan yang ia tak munasabah. Saya macam bingung kejap apabila diberitahu seluar untuk kesihatan. Benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke?
“Hasil duit mak ini meniaga laksa tepi jalan, bukan senang nak dapat RM800 dan bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar ‘tight’ sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut, Musytaq berkata, walaupun sudah dimaklumkan bahawa ia adalah sistem MLM, namun ibunya tetap bertegas tentang manfaat produk berkenaan.
“Ibu cuma balas, kita boleh cari duit poket dengan ini.
“Orang-orang tua mereka boleh la mahu tipu,” ujarnya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hijrah & istiqamah, Zizi jaga maruah suami serta keluarga. Sejak berhijrah dan kemudian mendirikan rumah tangga, penyanyi yang berasal dari Sabah, Zizi Kirana terus istiqamah.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk seorang wanita mengekalkan imej Islamik apatah lagi terdedah dalam dunia seni.
Paling membanggakan sewaktu bersua wajah dengannya di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura Zizi mengakui enggan menyanyikan lagu-lagu lama yang mempunyai lirik kurang bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.
Hijrah & Istiqamah, Zizi Jaga Maruah Suami Serta Keluarga
Bukan itu saja Zizi juga bertuah kerana penganjur tidak pernah memintanya menyanyi lagu-lagu lama yang dikatakan agak ‘daring’.
“Alhamdulillah mereka sendiri faham dan memudahkan kerja saya. Jadi saya tak perlu jelaskan kepada mereka kenapa saya tidak mahu menyanyi lagu-lagu lama.
“Dengan imej sebegini tak bersesuaian saya nak nyanyi lagu-lagu lama saya.
“Mesej-mesej di dalam lagu itu tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab seperti nak ajak orang lepak mamak semua,” kongsi Zizi yang turut mengakui tidak selamanya dia akan menyanyikan lagu berentak Hip Hop dan bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah serta lagu yang berentak ‘world music’.
Langkah Keluar Dari Rumah Bawa Maruah Suami & Keluarga
Mengusik tentang suaminya, Yusuf Bahrin, Zizi menerangkan sejak berkahwin dia perlu menjaga maruah suami dan keluarga.
“Sejak bergelar isteri, bila saya melangkah keluar dari rumah saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga.
“Itu yang saya kena jaga. Usia juga semakin meningkat.
“Jadi saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya lagi.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...