Tidak dinafikan bukan mudah ‘menumbangkan’ seekor lembu untuk melakukan sembelihan bagi ibadah korban. Selain masa, tenaga yang banyak juga diperlukan bagi proses ini. Istimewa raya korban tahun ini, buat pertama kalinya inovasi baru sangkar sembelihan mudah alih telah dicipta bagi tujuan sembelihan.
Hasrat memudahkan urusan umat Islam, khususnya ketika melakukan sembelihan ibadat korban, mendorong seorang pengimpal mencipta sangkar sembelihan mudah alih.
Hanya Perlukan 10 Minit
Mengikut kaedah biasa, proses sembelihan seekor lembu mengambil tempoh kira-kira 30 minit serta memerlukan banyak tenaga manusia.Namun, penggunaan sangkar mudah alih ciptaan Hamzan Hashim, 47, tempoh itu mampu disingkatkan kepada hanya 10 minit, sekali gus memudahkan urusan penyembelihan.
Hamzan berkata, kesukaran menumbangkan lembu serta tempoh yang diambil terlalu lama mendorongnya mencipta sebuah sangkar khas memudahkan proses terbabit.
“Alat ini saya namakan sangkar sembelih mudah alih, direka berdasarkan pengalaman sendiri mengendalikan lembu korban setiap tahun sebagai jemaah Masjid Ar Raudah di Sungai Batu Pahat, Kangar.
“Tanpa peralatan khas ini, proses penyembelihan mengambil tempoh panjang. Bayangkan jika jumlah lembu korban banyak di sesebuah ke atas bagi satu-satu masjid, proses melapah dan membahagi-bahagikan daging korban juga akan menjadi lebih lama,” katanya.
Ads
Kurangkan Risiko Kecederaan
Sangkar berkenaan mulanya dikendalikan secara manual pada tahun 2011, sebelum ditambah baik Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menggunakan mesin hidraulik.Rekaan Hamzan juga terpilih menyertai pertandingan kelolaan YIM dan berjaya memenangi tempat pertama, dengan hadiah wang tunai RM20,000.
Susulan kejayaan itu, rekaannya menarik minat Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), agensi di bawah MOSTI untuk membantunya memajukan rekaan terbabit.
Bekas pelajar kimpalan Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak berkata, penggunaan sangkar berkenaan mengurangkan risiko kecederaan kepada manusia dan haiwan sembelihan.Katanya, ia juga mengurangkan ‘tekanan’ kepada haiwan sembelihan, terutama ketika hendak direbahkan sebelum disembelih.
“Sangkar sembelihan ini mengurangkan keperluan tenaga manusia untuk memegang lembu korban, berbanding kebiasaannya memerlukan empat atau lima orang.
Ads
“Dua atau tiga orang saja diperlukan untuk membawa seekor lembu korban masuk ke dalam sangkar sembelih hidraulik yang akan ‘memegang’ badan lembu itu. Teknologi hidraulik pada sangkar ini membolehkan lembu korban itu diturunkan secara mengiring seterusnya disembelih,” katanya.
Beliau gembira melihat ciptaannya itu memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya dalam pelaksanaan ibadat sembelihan korban yang dituntut dalam Islam.Tambah Hamzan, peralatan itu mudah digunakan kerana beroperasi secara hidraulik yang membolehkan sangkar diturunkan sehingga 180 darjah.
“Selain itu, ada lubang boleh laras yang sesuai dengan saiz kepala lembu untuk proses menyembelih dan dilengkapi empat tayar sebagai roda memudahkan pengguna menarik sangkar itu mengikut lokasi yang dikehendaki,” katanya.
Ads
Hamzan turut berhasrat mengkomersialkan sangkar ciptaannya ke pasaran luar negara bagi meluaskan penggunaan sangkar sembelihan mudah alih di negara Islam.
“Sangkar sembelihan mudah alih manual dijual pada harga RM12,000 seunit, manakala hidraulik pula RM30,000.
“Saya berharap, adanya produk inovasi ini, generasi muda akan berminat membabitkan diri dalam bidang penternakan, sekali gus mendorong mereka untuk mereka cipta produk baharu yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya umat Islam,”katanya.
Tahniah diatas rekaan inovasi ini.Semoga ia memudahkan lagi umat islam dalam melakukan sembelihan binatang ternakan setiap kali tibanya musim Hari Raya Qurban.
“Pernah Kata Nak Meninggal Masa Kecil Supaya Masuk Syurga” – Luahan Bapa Kanak-Kanak Lemas Dalam Lubang Kumbahan. Bapa kepada murid tahun tiga yang ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng berkongsi bahawa anaknya pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia ketika masih kecil agar dapat masuk syurga.
“Pernah Kata Nak Meninggal Masa Kecil Supaya Masuk Syurga” – Luahan Bapa Kanak-Kanak Lemas Dalam Lubang Kumbahan
Khairol Rizal Mustafar, 42, berkata anaknya, Allahyarham Abdul Fattah, 9, pernah bertanyakan soalan mengenai perkara itu sebelum ini.
“Sebelum ini Allahyarham Abdul Fattah, 9, pernah bertanya kepadanya sekiranya kanak-kanak boleh terus ke syurga apabila meninggal dunia.
“Saya jawab soalan dia, sebelum dia beritahu nak meninggal masa kecil, boleh terus ke syurga.
“Dah lama juga dia tanya soalan ini, tetapi rasanya dalam tahun ini juga. Itulah antara momen yang saya ingat mengenai arwah,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan mangsa maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kawasan sekolah sekitar jam 10 pagi.
Menurut Khairol Rizal yang juga seorang guru Kafa, beliau berada di sekolah berkenaan ketika kejadian kerana memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Hari ini ada hari sukan, masa di pentas ada dengar kecoh mengatakan seorang murid terjatuh ke dalam lubang tetapi belum pasti betul atau siapa yang terjatuh. Saya kemudiannya mencari arwah dan adiknya.
“Dalam masa sama sekolah juga memeriksa kehadiran murid. Saya jumpa anak ketiga, namun tidak menemui arwah, dan selepas itu seorang rakan arwah beritahu Abdul Fattah terjatuh, sebelum seorang guru turut maklumkan perkara sama.
“Saya bergegas ke lokasi dan dapati dia sudah dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan,” jelasnya.
Ditanya lanjut, Imam 2 Masjid Kariah Lenggeng itu berkata, beliau tidak mengetahui secara tepat bagaimana anaknya boleh terjatuh ke dalam lubang tersebut dan menyerahkan siasatan penuh kepada pihak polis.
Tambahnya lagi, beliau belum memutuskan sebarang tindakan terhadap pihak berwajib kerana masih dalam keadaan terlalu sedih dan memerlukan masa untuk bertenang terlebih dahulu.
Minum air basuhan kaki jemaah baru balik haji, adat jiran tetangga ambil berkat dikecam warganet. Memang betul-betul adat pelik kerana perlu minum air basuhan kaki jiran tetangga.
Jika minum air basuhan kaki seorang ibu pun tidak dibenarkan sama sekali kecuali mencium kaki ibu yang melahirkan kita ke dunia, apa tah lagi minum air basuhan kaki jiran tetangga atas alasan ambil berkat.
Tular di media sosial perlakuan ibu-ibu yang minum air kaki rendaman suami isteri yang baru balik dari Tanah Suci Makkah.
Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Baru Balik Haji
Dilihat mereka minum air basuhan kaki suami isteri yang baru pulang dari Makkah sebelum memeluk pasangan ini untuk mengambil berkat. Alasan minum air basuhan kaki pasangan ini adalah adat dan juga kerana kaki mereka sudah sampai di Makkah. Masa yang sama mereka mengharapkan dengan minum air berkenaan, mereka juga dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah satu hari nanti.
Menjawap satu komen selepas video ini tular, pemilik video asal dari Banjarmasin Indonesia ini memaklumkan, ia adat kampung mereka.
“Loh, kan mereka baru pulang dari Tanah Suci, Kakinya tu suci loh kak. Jadi berkahnya di ambil supaya siapa tahu bisa ikutan ke Tanah Suci nantinya”
Dan kerana jawapan-jawapan sebegini, ramai warganet menyerang dengan memberi komen di video tersebut. Dan sejak 16 jam lalu, pemilik video meminta agar orang ramai berhati-hati dalam memberi komen, takut berbalik pada diri sendiri. Mungkin dirinya tidak boleh menerima komen-komen dinyatakan di videonya.
Isu minum air kaki ini sememangnya tidak ada dalam agama. Jika minum air basuhan kaki ibu yang juga syurga kita tak dibenarkan, apa tah lagi minum air tapak kaki jiran tetangga, lagilah tak ada kena mengena.
Menurut ulama sohor Indonesia, Buya Yahya melalui channel YouTube pada 22 Januari 2018, mencium kaki ibu itu dibenarkan tetapi untuk meminum air bekas basuhan kaki ibu tidak dibenarkan sama sekali.
“Mencium kaki ibu adalah dibenarkan tapi bukan meminum air bekas basuhan kaki ibu. Gak ada itu dari mana cerita itu,” ujarnya.
Lebih lanjut, Buya Yahyah menjelaskan bahwa selama ini tidak ada pendidikan yang mengajarkan untuk meminum air bekas kasuhan telapak kaki ibu. Sebab, air itu kotor.
Jadi, jangan kerana adat, jadi merepek dan islam dipandang sinis.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Siapa yang tidak kenal dengan keluarga selebriti popular, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan puteri tunggal mereka, Lara Alana. Keletah comel, anak kesayangan pasangan ini sering berjaya menarik perhatian ramai dan ada sahaja aksinya yang mencuit hati.
Baru-baru ini, keluarga bahagia ini ada meluangkan masa bercuti di Tokyo, Jepun. Ia juga bersempena menyambut dan meraikan hari ulangtahun kelahiran Awal Ashaari yang ke 37 tahun pada 6 Ogos.
Malam tadi, Awal Ashaari ada memuat naik video comel mereka sekeluarga didalam IG.Video tersebut memaparkan perbualan antara Awal dan anaknya Lara Alana,4. Apa yang menarik perhatian ramai apabila video tersebut dirakam secara amatur oleh Lara sendiri dengan gaya tersendiri sambil menyanyikan lagu ulangtahun hari lahir buat Awal.
Awal juga ada mengusik Lara apa hadiah yang akan dia akan belikan buat dirinya.Jawapan spontan Lara, ‘pensil warna’ cukup mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur dengan ‘hadiah ikhlas’ tersebut dari hati seorang anak.Comel sungguh Lara ni.
Berikut antara perkongsian video tersebut;
Video ini istimewa bukan sebab ‘subjek’ (orang yang diambil gambar) tapi kerana orang yang mengambil gambar disebalik kamera. Boleh tahan bagi seorang amatur.
Terima kasih atas ucapan harijadi. Jumpa di KL nanti.
Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Awal Ashaari, semoga bertambah dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan terbaik dan diberi kebahagiaan dalam kehidupan bersama keluarga tersayang!.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!