Mashed potato, hidangan yang biasa ada bagi sesetengah kedai makanan segera atau makanan barat. Ia juga menjadi pilihan untuk anak-anak jika tak nak makan nasi. Ini pun dah cukup kenyang.
Peliknya, bila rasa mashed potato yang mak-mak beli dengan buat sendiri memang tak sama. Padahal bahan yang digunakan tetap sama. Apa rahsia yang digunakan.
Rupanya, boleh saja mak-mak buat di rumah dan kalau nak tahu ada banyak resipi yang boleh digunakan untuk membuat mashed potato. Mungkin salah satu tak sedap dengan yang mak buat ialah salah teknik.
Apa yang dikatakan salah teknik tu, Nana Ismail, ada jawapannya. Nanti bila dah tahu, kena buat dan tentu mak-mak tahu perbezaannya sebelum ini.
Zaman sekarang semuanya di hujung jari je. Taip google nak resipi itu ini kompenn bersepah-sepah.
Sayangnya ada yang ikut resepi sepenuhnya dah betul, TAPI SALAH TEKNIK plak dah.
Nak masak biar berseni sikit bukan asal campak-campak tak kena gaya.
1. Salah Guna Kentang
Terdapat dua jenis kentang – Waxy dan Starchy. Yang menjadikan kentang putar sedap adalah bila anda menggunakan kentang jenis Starchy. Waxy (seperti kentang putih atau berkulit merah) boleh menjadi kusam apabila dilecek dan tidak menyerap sebilangan besar rasa lemak butter. Gunakan kentang Starchy (kentang kuning yang biasa) seperti Russet atau Yukon Gold.
Ads
2. Potong Terlalu Kecil
Potongan kecil boleh memasak lebih cepat, tetapi ia mengambil terlalu banyak air, mencegah penyerapan mentega dan krim. Begitu juga jika potongan tidak sekata (besar @ kecil), kentang tidak masak pada kadar yang sama – tidak cukup matang bila dilenyekkan. Jadi, potong semua kentang dalam saiz sederhana yang sama.
3. Tak Letak Garam
Caranya letak garam terlebih dahulu dalam air. Jadi kentang akan menyerap garam ketika masak dan menjadikan ia lebih beraroma dan enak. Berbanding jika anda masak kentang tanpa meletakkan garam atau menunggu bila kentang masak baru ditaburnya garam. Keadaan itu akan membuatkan kentang tidak mempunyai rasa dan tidak sedap.
4. Kentang Terlebih Masak
Ads
Kentang yang terlebih masak membuatkan kentang putar berair. Apa yang perlu dilakukan? Masak kentang sehingga betul-betul masak. Anda tahu mereka sudah masak bila anda mencucuk garfu atau lidi dalam kentang dengan baik tanpa sebarang halangan.
5. Guna Mentega Dan Krim Yang Sejuk
Mentega dan krim adalah bahan penting untuk membuat kentang putar kaya dengan rasa. Jika anda menambahnya terus dari peti sejuk, ia menyejukkan campuran dan mengelakkan molekul kanji kentang menyerap sepenuhnya. Jadi sebaiknya anda panaskan mentega dan krim (secara berasingan dalam satu minit) sehingga mentega dan krim mencair. Jadi, bila digabungkan kesemua kentang putar akan lagi sedap!
6. Letak Krim Dan Mantega Serentak
Kebanyakan orang meletakkan mentega dan krim pada masa yang sama. Jangan kerana ia hanya akan membuatkan kentang putar terasa pelik. Apa yang perlu dilakukan, masukkan mentega cair secara berasingan dan kacau rata. Kemudian tambahkan krim dan kacau lagi, hasilnya rasa kaya dan tekstur berkrim.
Ads
7. Overmixing
Jika anda asyik kacau kentang putar, terlalu banyak kanji dikeluarkan. Kentang putar akan menjadi terlalu gebu, berlemak dan langsung tidak menyelerakan. Apa yang perlu dilakukan ialah kacau secara lembut dan kalau boleh gunakan tangan supaya anda tahu setiap tekstur kentang. Kalau nak cepat boleh guna food mill atau old-fashioned hand masher ikut pilihan mana ada.
Mingguan Wanita : Rupanya salah teknik ye, walaupun dah guna resipi 100% yang diberi. Kali ini mesti jadi kalau tengok pada sebab mashed potato yang mak-mak buat tak sedap atau tak jadi. Selamat mencuba!
Sedapnya dapat makan cendawan yang segar. Boleh dibuat sup, digoreng, masak lemak cili padi, tumis cili dan macam-macam lagi. Mak-mak yang suka berkebun boleh cuba tanam cendawan jerami atau Volvariella. Tabur benih cendawan atas batas tandan sawit, selepas 9 hari dah boleh tuai hasilnya.
Boleh rujuk perkongsian tip tanam Cendawan Volvariella oleh Puan Ieyta Rizal ini sebagai panduan;
“Alhamdulillah..Rezeki hari ni, satu batas dapat 2kg Cendawan Volvariella. Pada yang tanya cara tanam saya kongsikan tipsnya.”
Cara-Caranya:
1. Beli tandan sawit yang fresh (Dah buang buah) dekat kilang.
2. Kumpul dekat tempat lapang dan panas, tutup dengan plastik canvas
biar selama 2 minggu.
3. Basuh setiap tandan dan susun buat batas sebanyak 3 lapisan.
4. Tabur benih setiap lapisan.
5. Tutup tandan guna plastik canvas or plastik biru macam saya guna tu.
6. Buat perlindungan/bumbung cahaya matahari @ tempat redup sikit.
7. Selepas 9 hari ditutup, Cendawan mula tumbuh. Masa ni setiap hari boleh tuai hasil. Alhamdulillah.
Info Ekstra!
Boleh juga kalau tak nak guna benih. Cendawan akan tumbuh sendiri. Tapi perlukan masa yang lama untuk keluar cendawan.
Benih saya beli di Thailand.
Pejabat Pertanian Kedah mungkin ada jual benih (boleh try tanya mereka).
MW: Nak rasa keenakan cendawan jerami atau Volvariella ini bolehlah ikut tips yang dikongsikan. Mudah tumbuh dan memang berbaloi hasilnya, jimat belanja dapur tak perlu beli cendawan lagi. Malah boleh juga dijual dan dapat duit sampingan.
Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.
Namun, bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kesum. Walaupun orang kata cucuk, siram ikut aturan dan tinggal. Tetap juga kering layu dan mudah mati sebelum naik pucuk mudanya.Cuma tip asas, daun kesum ni perlukan kawasan yang lembap dan berair serta redup.
Ada macam-macam cara nak tanam pokok kesum. Perkongsian tip tanam pokok kesum daripada Puan Rosnah Ramli ini antara yang paling mudah. Daunnya jadi segar dan subur tak perlu risau, pokoknya mati kering.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya nak share petua tanam kesum jadi segar”
Bahan Diperlukan:
Bekas Bertutup
Air Secukupnya
Baja AB
Batang Kesum
Pisau
Caranya:
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
2. Cucuk-cucuk jer batang kayu kesum tu kat penutup tu.
3. Air dicampur sedikit dengan Baja AB.
4. Tutup bekas, letakkan kat tempat redup. Tak yah tengok-tengok. Nak guna baru gi tengok.
Untuk permulaan tanam: Petik daun-daun kesum tinggalkan batang je. dan daun-daun kecil pi bawa ke dapur masak Asam pedas.
Untuk tebuk lubang: Tip tebuk lubang bakar hujung pisau tajam dekat api dapur dan cucuk kat penutup bekas…siap! Tebuk lubang agak-agak boleh masuk batang kesum je.
MW: Mak-mak yang selalu tak berjaya tanam daun kesum tu, cuba tanam kesum cara begini, ia lebih mudah. Tak gunakan tanah pun, dan tak perlu risau jika tak sempat nak siram pokoknya. Yang penting kena selalu pastikan bekas berisi air. Selamat Mencuba!
Rupanya ramai yang masih tak tahu bahawa pemegang kad, waris mahupun mak ayah yang mempunyai anak OKU (Orang Kelainan Upaya) boleh memohon cukai jalan atau ‘roadtax’ secara percuma di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Hanya perlu bawa dokumen asal dan salinan yang diperlukan serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Baca perkongsian daripada Encik Akhi Akmalini sebagai rujukan;
Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma. Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.
Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku. Bukan untuk OKU sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.
Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu. Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.
Cara Mohon Roadtax Percuma Di JPJ
Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya. Bawa dokumen original dan salinan 1 keping.
Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya OKU tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.
Syarat-Syarat:
1.Ada lesen memandu.
2.Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3.Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
Mingguan Wanita: Jadi buat pemegang kad OKU, waris mahupun mak ayah yang ada anak OKU, bolehlah rebut peluang ini. Mohon cukai jalan percuma di JPJ ikut syarat dan bawa dokumen yang diperlukan.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...