Anda yang sempat menyaksikan YB Nurul Izzah Anwar ‘Datang Konti Rumah’ FBI Live semalam tentu dapat lihat betapa santainya YB menjawab setiap persoalan yang diajukan dua DJ terkenal, Faizal Ismail FBI & Fara Fauzana serta pertanyaan pendengar.
Memang santai habis sesi tersebut. Sweet betul lihat sisi humor YB Nurul Izzah dengan rakan sekolahnya, Fara Fauzana. Kedua-dua ‘Assuntarians’ yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya ini turut berkongsi cerita-cerita santai tentang YB Nurul Izzah.
Satu hal yang menarik perhatian dalam sesi live selama 2 jam, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkongsi kenapa tudung bawal setia menjadi pilihannya. Puas jugalah Fara Fauzana memujuknya untuk mencuba walau sekali tutorial pakai shawl. Pujukannya ternyata gagal.
Dan YB yang manis ini tetap takkan berganjak dengan pilihan tudungnya sejak 20 tahun itu. Haa. nak tahu apa yang istimewa sangat tudung bawal dimata YB. Ini antara yang MW temui jawapannya.
Kenapa Tudung Bawal Jadi Pilihan YB Nurul Izzah
1. Tudung bawal ini senang menyerap peluh. Jadi ia lebih memudahkan tugasan YB yang sentiasa bergerak aktif. Kalau mengenakan shawl, akan ada peluh yang akan meninggalkan kesan.
2, Kebanyakan koleksi tudung bawal, termasuk yang terkini YB Nurul Izzah adalah dari Bawal Exclusive. “Tapi saya beli yang paling simple dan harga paling rendah.”
3. Ada juga tudung bawal yang disimpan sejak dari tahun 1998. Yang menjadikan koleksinya itu bawal klasik.
4. Ada sebab kenapa memakai tudung bawal menutupi dagu. Tujuan itu untuk memudahkannya bersolat.
5. Bukan tak pernah memakai shawl. YB Nurul Izzah pernah mencubanya sekali. Tapi dalam masa 20 minit, shawlnya jadi lagi teruk senget. Sebab itu, dia balik kepada bawal semula.
6. Ketika diminta Farah Fauzana berbahas dengannya tentang pemakaian tudung bawal, ini kata YB Nurul Izzah, “Kalau kita tak teruskan akan pupuslah nanti. Kita kena hargai setiap wanita yang ada citarasa dan pilihan sendiri. Mereka yang memakai bawal ini akan merasa sangat selesa, tenang dengan gaya mereka yang lama.”
7. YB Nurul Izzah juga tak kisah sekiranya ada produk tudung yang akan menggunakan jenama Tudung Bawal YB Nurul Izzah, dengan syarat setiap jualan itu boleh diperuntukkan untuk tujuan amal. Itu juga sebahagian dari sedekah.
8. Mudah sangat nak pakai tudung gaya YB Nurul Izzah ni rupanya. Tutorialnya ada dikongsi dalam FBI Live tu. Stepnya : Lipat tudung bawal 1/3. Biarkan yang berlabuci dibelah luar. Pinkan tudung pada tepi dagu (ikut keselesaan). Tarik bahagian bawah tudung dari sisi sebelah dan naikkan ke atas. Memandangkan YB sentiasa mengejar masa, tutorial tudung bawal dengannya pun ekspress sungguh.
Panjat Tembok Nak Tengok Konsert Micheal Jackson
Cerita Fara Fauzana, semasa di sekolah menengah, YB Nurul Izzah ada cerita bukan saja nakal malah lucu. Waktu itu, akan berlangsung konsert Micheal Jackson namun kumpulan anak-anak sekolah yang ada di antaranya Nurul Izzah ini tiada tiket untuk menyaksikannya.
“Masa itu dalam form 4 ke form 5, tak ada tiket jadi nak ke konsert itu kenalah panjat tembok. Ada juga kawan-kawan minta YB gunakan saja nama ayahnya. Tapi sememangnya dah jadi pendirian YB dari kecil dia takkan guna nama ayahnya. Katanya kalau nak enjoy, sendiri punya pasal. Maka mereka pun panjatlah tembok nak ke konsert itu.”
“Samalah jika di sekolah, jika ada guru-guru memanggil namanya ‘Nurul Izzah Anwar’ dia akan tegak tak berganjak.” Sambung Farah Fauzana lagi.
Kalau Kita Memang, Maka Akan Bebas
Ketika ditanya pemanggil tentang siapakah di antara adik beradiknya yang rapat dengan , Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Adik beradik saya, Nurul Izzah, Nurul Nuha, Mohd Ehsan, Nurul Ilham, Nurul Iman, Nurul Nuha dan Nurul Hana. Hana bekerja di luar negara dan baru-baru ini pulang untuk buat surprise pada papa. Ketika itu, Nurul Hana baru 6 tahun waktu papa ditangkap.”
Semasa kempen pilihanraya baru ini, Nurul Izzah bukan saja mendapat sokongan penuh daripada para penyokong malah dua orang adiknya, Nurul Iman dan Mohd Ehsan berkampung untuk membantunya berkempen.
Kempen pilihan raya kali ini lebih lagi merapatkan hubungan mereka. Ia benar-benar meninggalkan kesan yang amat dalam. “Mereka (dua adiknya itu) membuat yang terbaik untuk pastikan kita menang. Sebab pada mereka bila menang, maka akan bebas.”
Ada Cerita Dengan Rumah Di Segambut
Rumah keluarga YB Nurul Izzah di segambut. Bagaimanapun, dia juga berulang alik ke Seberang Jaya, memandangkan dirinya juga wakil rakyat untuk Permatang Pauh.
“Di Segambut Dalam itu rumah arwah ayah papa. Sejarahnya, masa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di rumah dekat Bukit Damansara dan bila papa keluar dari penjara, niat papa mahu memastikan kami sekeluarga bersama-sama.”
“Jadi dia pilihlah tapak rumah lama yang sudah terbina sejak tahun 70-an. Yang dilihat sekarang itulah struktur rumah asal sejak 35 tahun yang lalu.
“Saya sentiasa hargai warga Segambut.” Beliau berpandangan walau semoden mana pun satu-satu tempat itu, nama asalnya perlulah dikekalkan.
“Kita kena sentiasa hargai nama asal sesuatu tempat kerana di situlah sejarah dan kebanggan kita.” Misalnya, Bangsar South itu biarlah ia kekal dikenali Kampung Kerinchi. Di Singapura pun ada sesetengah tempat yang tak menukar nama asal tempat itu walaupun telah melalui pemodenan.
Sumber/Foto : Instagram therealfafau, FBI Live, Pinography, Instagram Nurul Izzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI