oat

Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, mak-mak lah paling sibuk di dapur untuk menyediakan hidangan sahur dan berbuka buat keluarga. Bersahur amat penting untuk membantu menambah tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur pula digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu Imsak.

Selalunya menu yang menjadi pilihan ketika bersahur adalah hidangan yang ringkas disediakan, menepati selera seisi keluarga dan paling penting mestilah boleh tahan kenyang ketika berpuasa di siang hari. Bonus tambahan buat mak-mak jika menu tersebut mampu menurunkan berat badan! Bahagia sungguh.

5 Sebab Quaker Oat Pilihan Terbaik Waktu Makan Sahur

Tak perlu ragu, Quaker oat adalah hidangan sahur yang tepat dan berkhasiat, mudah disediakan dan sedap buat seisi keluarga yang mak-mak patut jadikan pilihan.

1. Lambat Dicerna

Ketika bersahur amat digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti oat.Makanan jenis ini memerlukan masa lama untuk dicerna, sekaligus mengurangkan rasa lapar dan boleh kenyang waktu yang panjang.

IKLAN

2. Kekal Bertenaga

Quaker oats kaya dengan serat, protein dan beta glucan. Ia membantu menjalani ibadah puasa di bulan ramadan dan melakukan aktiviti harian agar kekal bertenaga sepanjang hari.

3. Variasi Menu Oat

Oat juga boleh dipelbagaikan.Terdapat macam-macam hidangan istimewa boleh disediakan dengan oat dan amat sesuai dihidangkan ketika makan sahur seperti Patti Oat, Bubur Ayam,Sup Bebola, Omelet Oat dan sebagainya. Boleh layari www.quaker.com.my untuk dapatkan resipi-resipi menarik ini.

IKLAN

4. Baik Untuk Kesihatan

Banyak kajian menunjukkan, pengambilan oat setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol jahat didalam badan tanpa memberi kesan pada kolestrol baik. Ia juga boleh menurunkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. Malah ia juga membantu untuk menjaga sistem penghadaman sihat. Oleh itu, pengambilan oat di awal pagi, sewaktu makan sahur amatlah baik untuk kesihatan.

5. Turunkan Berat Badan

Kebanyakan diet sihat, memerlukan oat didalam hidangan harian kerana mempunyai nilai kalori yang lebih rendah berbanding karbohidrat yang lain. Pengambilan oat secara konsisten mungkin mampu menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal.

Jadi buat mak-mak yang masih tercari-cari hidangan lengkap penuh berkhasiat buat keluarga bulan puasa ni, boleh sediakan menu oats ketika sahur nanti.Memang paling senang disediakan, menepati selera seisi keluarga dan paling penting mestilah boleh tahan kenyang ketika berpuasa di siang hari.

IKLAN

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my