Ingat! Jangan Memandai Bawa Barang 'Orang' Di Lapangan Terbang, Walau Atas Dasar Simpati

Ini peringatan untuk mak ayah yang nak travel ke luar atau dalam negara, yang berada di lapangan terbang. Jangan ada rasa simpati dekat orang tak dikenali yang minta bawakan barangan peribadinya.

Walau dengan APA ALASAN SEKALIPUN, sebab kita takkan tahu apa sebenarnya yang terkandung di sebalik barangan itu. Berkemungkinan besar ianya DADAH.

Cerita betul yang dialami ibu ini, Latifah Mohamad boleh mak ayah jadikan pengajaran yang boleh selamatkan keluarga mak ayah. Seterusnya bercuti dengan tenang.

Awas! Jangan Bawa Barang Orang Lain Di Lapangan Terbang

Sekarang musim orang bercuti, ada yang holiday kat dalam Malaysia saja dan ada yang kat oversea.

Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2. Ketika itu, saya bersama anak perempuan saya.

Kami berdua berlegar-legar sementara masuk ke balai pelepasan.

Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati-hati daripada menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa.

 

Ingat! Jangan Memandai Bawa Barang ‘Orang’ Di Lapangan Terbang, Walau Atas Dasar Simpati

Wanita 30-an Minta Pegangkan 2 Bungkus Milo Besar..

Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira-kira beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba-tiba seorang wanita dalam usia 30-an menegur anak saya dengan ramah.

Dia nak minta tolong katanya.

Di tangannya ada satu beg kertas. Nampak berisi dua bungkus milo besar. Katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana.

IKLAN

Anak saya bersangka baik. Angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen.

Konon katanya, barangnya melebihi berat 7kg. Jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain.

Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. Selain beg kertas tu jer!

Saya cakap dengan tegas, “Awak bawa sendiri barang awak. Awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer ‘milo’ tu.”

Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport. Kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.

 

Anak Rakan Ditahan Bawa Anak Patung Diberi Orang Di Airport

Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu.

Dia masuk tandas cuma 8 minit. Bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama-sama nak naik flight di KLIA.

IKLAN

Kerana bersangka baik, dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen.

Igauan ngeri pun berlaku.

Ada dadah dalam patung itu, dan wanita yang bertanggungjawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau ditahan, dibawa ke bilik pemeriksaan, disiasat sampai pagi. Kena tanya macam-macam.

Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian-sekian banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu. Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak. Kalau tak tali gantunglah jawabnya.

Berhati-hati…. jangan jadi seperti pelanduk yang sering kali melupakan jerat.

Kalau dah terkena, Allah saja yang tahu. Silap-silap, tak pasal masuk lokap hanya kerana sikap cuai!

Jangan sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi ya!

Ingat, jangan memandai-mandai tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali.

IKLAN

Simpan sedikit prasangka tu. Ia kadang-kadang perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!.

 

Ingat! Jangan Memandai Bawa Barang ‘Orang’ Di Lapangan Terbang, Walau Atas Dasar Simpati
Gambar hiasan : Walaupun orang minta bantuan bawakan barang sampai pemeriksaan imigresen, jangan sesekali mak ayah layan. Kredit foto : bnsokmo.blogspot.com

 

Dihubungi Polis Keselamatan Lapangan Terbang KLIA

Selepas cerita ibu ini viral, dia dihubungi polis keselamatan lapangan terbang KLIA.

Petang semalam pun saya dihubungi oleh polis keselamatan airport KLIA untuk dapatkan maklumat berkenaan wanita itu.”

Saya sendiri pun tak pula jangka kisah saya tu akan jadi viral sehingga di share hampir 32k. Terkejut juga. Tujuan saya hanya untuk beri peringatan kepada org lain supaya berwaspada.”

Sebenarnya kisah yang saya tulis itu betul-betul terjadi pada saya dan juga betul-betul berlaku kepada kawan saya pada tahun 2015.”

Sekiranya tulisan saya itu boleh mendidik masyarakat supaya tidak cuai ketika berada di airport, boleh lah di kongsikan.”

Saya pun hairan rupanya begitu ramai orang di luar sana tidak tahu perkara sedemikian boleh terjadi di lapangan terbang. Saya memang sangat alert hal-hal seperti itu.”

Sumber/Foto : Latifah Mohamad

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI