Rupanya bukan setakat influenza A&B sahaja, mak dan ayah perlu ambil tahu rupanya banyak lagi saudara-mara influenza ini. Oleh itu sebaik-baiknya perlu ambil peduli dan cakna pasal influenza hinggalah ia benar-benar reda.
Ikuti perkongsian Incik Fikry
INFLUENZA A KE B YANG POWER?
Gaisss abang tahu korang takut dengan influenza…
Untuk langkah utama belilah sanitizer, pakai bila keluar atau memegang benda yang berkongsi…
Dan elakkan bawa anak atau baby ke tempat awam yang sesak!
Ini hanya nasihat sahaja tau sebab abang ada pengalaman..
Dan influenza bukan A & B sahaja,
Dia ini banyak cabang dan banyak
“saudara-mara” (boleh google atau rujuk dengan doktor
Dan vaksin yang korang ambil itu hanya bertahan setahun sahaja!
Kemudian kau pergi inject semula,
Macam abanglah semalam “renew” kebas sampai sekarang ini
Dan mereka akan ubah strain setiap tahun
Dan lagi!
Mereka yang ambil vaksin itu tak akan dapat cover semua “ saudara-mara” Influenza
(strain berbeza)…
Takutkan?
sebab Haura dah ambil vaksin Influenza tapi still kena ( Parainfluenza type 3)*mungkin ni biras “DakZa “ kot
By the way aku doakan anak & baby kamu semua sihat,
Pergilah check doktor kalau demam lebih daripada tiga hingga 5 hari..
Bukan suruh memanjang update dalam Facebook
Tak buat apa-apa pun..
Just inform,
Bila kau lambat dapatkan rawatan,
Tak mustahil virus lain menyerang dalam masa yang sama..
.
Haura pernah kena :
1 . Influenza A
– paru paru infection teruk
2 . Adeno Virus
– dikomakan 2 minggu
3 . Parainfluenza type 3
– 1 minggu lepak general hospital (GH)
4 . RSV
– add on lepak GH 2 weeks raya haji lepas
.
“ Fiq aku nak ambik vaksin mana dulu?”
.
Jangan skip vaksin dari kerajaan bagi free tu,
Pergi ambil..
Kemudian pergi ambil dekat swasta seperti di bawah
(ikut nasihat doktor)
1 . pneumococcal ( empat kali sampai umur 2 tahun)
2 . Influenza ( renew setahun sekali)
Dua-dua vaksin ini penting
.
“Kenapa kerajaan tak bagi FREE?”
Cukup-cukuplah Allah SWT bagi anak itu PERCUMA,
rezeki amanah itu jagalah baik-baik..
Dan pergilah study lagi pasal vaksin,
Sebab kutuk orang antivaksin tak bermakna kita ada ilmu tentang vaksin
*aku pon noob lagi..
P/s : Doktor atau nurse, if saya ada salah taip di atas mohon sangat-sangat perbetulkan. Saya bukan nk bagi ilmu sesat tetapi atas dasar prihatin ntuk anak orang lain. Tak sanggup tengok baby mereka berselirat wayar macam ini.
Sumber: Incik Fikry
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan mak,ayah tidak terkejut pabila anak anda disahkan influenza dari jenis berlainan selain A&B. Paling penting bila anak sakit, terus bawa ke hospital dan ikut saranan doktor. Jangan memandai-mandai.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI