Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap, di sini, meninggal dunia awal pagi Khamis dipercayai akibat Influenza A.
Memetik Sinar Harian mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.
Polis Sahkan Kematian Murid Akibat Influenza A
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama.
“Pihak polis menerima laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Meru pada awal pagi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Muhammad Syeikhu Azri disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A. Foto Ihsan PPKI SK Meru
Tindakan Kawalan Kesihatan Di Meru
Menurutnya, pihak kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.
Ads
Langkah Pencegahan Influenza A
Pihak berkuasa kesihatan turut menasihatkan ibu bapa agar memantau gejala anak-anak seperti demam, batuk, dan sakit tekak, serta segera mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan Influenza A.
Kematian murid akibat Influenza A ini diharap menjadi peringatan kepada masyarakat agar meningkatkan kesedaran tentang langkah pencegahan wabak terutama dalam kalangan kanak-kanak sekolah.
Tragedi ragbi pelajar SBP: maut akibat koyakan otot pinggul. Punca kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor) yang rebah ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pada Jumaat lalu, dikenal pasti berpunca daripada pendarahan dalaman akibat koyakan otot di bahagian pinggul kanan.
Mangsa, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 11.18 pagi selepas menerima rawatan kecemasan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB mendapati kematian pelajar berkenaan berpunca daripada kecederaan dalaman tersebut.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati Muhammad Fauzan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum perlawanan berlangsung, dan laporan polis telah dibuat oleh jurulatih pasukan sekolahnya.
“Pelajar berkenaan tiba-tiba rebah di hadapan khemah pasukan dan pemeriksaan awal oleh petugas perubatan mendapati mangsa disyaki mengalami sawan kerana badannya menggigil dan menjadi keras.
“Pasukan perubatan kemudiannya melakukan bantuan pernafasan kerana nadinya lemah sebelum dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Abang Zainal Abidin memaklumkan, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika pasukan SMS Johor bersedia untuk memulakan separuh masa kedua perlawanan menentang Sekolah Menengah Sains Rembau.
Kejohanan berprestij yang menghimpunkan pasukan ragbi dari sekolah berasrama penuh seluruh negara itu diadakan di padang STAR, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan untuk membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 susulan kejadian tragis yang menimpa pelajar tersebut pada Jumaat.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambiltanggungjawabpenuhkeskematianseorangpelajar yang menyertaiKejohananRagbi 7 SepasukanSekolahBerasramaPenuh (SBP) PeringkatKebangsaan di SekolahTuanku Abdul Rahman (STAR), di sinisemalam, kata menterinya, FadhlinaSidek.
Muhammad FauzanMohdSulaiman, 16, dariSekolahMenengah Sains (SMS) Johor disahkanmeninggal dunia jam 11.18 pagisemalamakibatpendarahandalamanototpinggulkanan.
“Kita ambiltanggungjawabpenuh. Setiap kali adapertandingansebeginimakasemuapersiapanuntukkecemasanitukitasudahambilkira dan memangmenjadisebahagianbesartanggungjawabkitamemastikankeselamatananak-anak (murid) di ataspadang.
“Kejadiansepertiini sangat tidakdiduga. Sebabitukeputusanmembatalkankejohananini sangat pentinguntukkitabersamamemberikansokongankepadakeluargaketikaini,” katanyaselepasmenghadiri Majlis Bacaan Yasin dan TahlilAllahyarham Muhammad Fauzan STAR, di sinihariini.
Beliauturutmenzahirkan rasa sedih dan simpatikepadakeluargapelajaritu di sampingmemberijaminanakanmemberikansokonganpenuhkepadamereka dan pihaksekolah.
“Hari ini juga kita buat keputusanuntukmembatalkansemuakejohanan dan pertandingan (ragbi) inibagimenghormati dan memberisokongankepadakeluargaAllahyarham,” katanyasambilmengesahkaniaditundakepada 28 hingga 31 Januaritahundepan.
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun, dalam kejadian di Kampung Rampangi, Santubong, di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata laporan berhubung kejadian itu diterima semalam (Rabu), daripada seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun.
“Pengadu menyatakan beliau telah dimaklumkan oleh kawannya bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia pada Selasa kira-kira 9.45 malam. Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah didera sehingga mati.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan suspek di kawasan Kampung Krian, Jalan Padawan pada 11 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Alexson berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Alexson turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.
Beliau turut menggalakkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching menerusi talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Chris Olsen Ramlee menerusi talian 013-8607572 bagi membantu siasatan.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor yang ditemukan maut di puncak Gunung Liang, Perak berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.
Ibunya, Rohani Saad, 65, berkata, mereka reda dengan kematian Mustaqqeem, namun berasa curiga dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu.
“Mak cik dimaklumkan, rakan-rakan yang mendaki bersama Mustaqqeem beritahu mereka cari lebih enam jam tapi tak jumpa. Bila pihak bomba naik cari, dalam tiga jam terus jumpa Allahyarham di puncak gunung itu dan katanya dia (Mustaqqeem) memang ada di situ (puncak) sahaja.
“Kami bukan (pertikai) pasal anak mati, anak mati kami reda dan ini ketentuan-Nya (ALLAH), yang kami tak puas hati pasal apa hampa (mereka) tinggalkan dia (atas gunung) dan langsung tidak buat laporan polis atau maklumkan kepada bomba,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut di sini pada Sabtu.
Jenazah Allahyarham Mustaqqeem selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu selepas solat Subuh dengan dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung.
Rohani berkata, menantunya yang juga isteri Allahyarham, Nur Faratin Mohd Othman membuat laporan polis kehilangan Mustaqqeem di balai polis di Sungai Petani sebelum terus ke Perak bagi mengetahui keadaan arwah.
Beliau berkata, Nur Faratin mengetahui mengenai kehilangan Mustaqqeem melalui rakan-rakan Allahyarham sebelum beliau memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan membuat laporan polis.
“Allahyarham baru dikebumikan dan kami ahli keluarga akan berbincang selepas ini, antaranya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya, sambil menambah Mustaqqeem mesra dengan panggilan Qeem.
Beliau berkata, kali terakhir berjumpa dengan Mustaqqeem ialah sehari sebelum anaknya mengikuti aktiviti mendaki itu, dengan dia yang tinggal di Sungai Petani datang ke rumahnya di Lahar Tabut di sini memaklumkan mahu pergi mendaki gunung.
“Dia datang di rumah, dia panggil mak, mak, mak dan mak cik kat dapur sebelum buka pintu dan nampak dia… dia kata saya datang nak tengok mak sahaja sebelum peluk-peluk mak cik sambil beritahu nak pergi naik gunung.
“Mak cik kata hati-hati lah naik gunung dan mak cik tunjuk telefon mak cik rosak, Qeem kata kalau Qeem balik nanti Qeem tengok. Sebelum balik arwah berulang kali beritahu dia dah nak pi ni, ya ALLAH rupanya Qeem nak bagitahu dia nak ‘pergi’ (meninggal dunia),” katanya, yang beberapa kali menahan sebak dan menangis.
Sementara itu, adik mangsa, Muzammeer, 33, berkata, abangnya yang bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat memang seorang yang aktif dalam sukan dan mula menjalankan aktiviti mendaki sejak awal tahun ini.
Beliau berkata, abangnya itu telah mendaki sekurang-kurangnya lima gunung di Malaysia sebagai persiapan untuk ‘menawan’ Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut.
Muzammeer berkata, abangnya telah berkahwin dengan Nur Faratin kira-kira lima tahun lepas dan setakat ini belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata.
Mustaqqeem ditemukan meninggal dunia pada 3.30 petang Khamis di puncak Gunung Liang selepas memulakan pendakian bersama 10 rakan-rakannya pada 10 Oktober dari Bukit Fraser, Pahang dan kali terakhir dilihat pada 14 Oktober.
Jenazah mangsa dibawa keluar dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189 oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad dilaporkan berkata, hasil bedah siasat oleh pakar patologi forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian disebabkan hipotermia (kesejukan melampau).
Hijab Uniqlo cetus perdebatan netizen selepas iklan produk itu dipersoalkan kerana cara pemakaian model. Ini pandangan kedua-dua pihak mengenai isu berkenaan.