Sungguh pandemik Covid-19, memberi kesan besar buat ramai orang. Ada yang diberhentikan kerja, diberikan cuti tanpa gaji mahupun hilang sumber pendapatan. Dilihat makin ramai yang memulakan inisiatif dengan menjadi penjaja, peniaga jalanan malah peniaga kecil di tepi jalan dengan menjual pelbagai aneka makanan dan minuman, demi kelangsungan hidup.
Jika kita daripada golongan yang kurang terjejas, masih ada makanan dan minuman diatas meja untuk disuap, masih ada menanti gaji tetap setiap bulan, inilah masalah untuk kita membantu golongan yang terkesan ini.
Berikut antara luahan yang dikongsikan oleh Pendakwah Bebas, Imam Muda Asyraf yang turut bersedih dengan situasi ini.
Ada yang papan tanda pun pakai kotak saja. Tulisan iklan pula sebesar tapak tangan. Ada yang buat makan tak menjadi. Tapi terpaksa juga jual. Walau seorang pun tak kunjung.
Ada yang mula daftar jadi ejen. Siap tanya lagi, ‘Dropship tu apa?, Fb ads tu macamana? Telegram apa pulak? Broadcast? IG Story? Akhirnya diorang buka akaun tapi tak tahu untuk apa.
Ada yang memang tak pandai berniaga langsung. Nampak sangat kekok. Mereka dah bertahun kerja makan gaji, tiba-tiba terpaksa berniaga. Bukan mudah sebenarnya.
Bukan semua orang lahir-lahir terus pandai meniaga. Tak semua manusia skil kehidupan sama. Ada yang tak sempat belajar ilmu bisnes. Sebab kena buang kerja hari ini. Takkan esok dah bijak.
Ads
NAK SALAHKAN MEREKA?
TAK BOLEH… Harini ramai orang survive.
Ramai struggle. Anak di rumah kelaparan. Isteri menunggu kepulangan. Ibu ayah di kampung menanti kiriman. Apa sahaja punca rezeki yang halal, mereka sedaya upaya dapatkan.
Ada yang dah ada bisnes. Tapi tak dibenarkan beroperasi. Mereka tak mengemis duit menteri. Mereka hanya merayu simpati supaya keizinan beroperasi. Mereka tak tahu nak pusing modal macamana lagi.
Mereka tak meminta-minta. Mereka ada maruah. Mereka usaha sendiri. Mereka tahu, poket mereka tak siapa peduli. Nak luah. Ramai yg susah. Mereka tak reti letak gambar menangis dalam IG. Atau caption FB meraih simpati. Media sosial pun tak sempat. Mereka hanya tahu kerah keringat.
Ads
Sokong Orang Berniaga
Saya usaha beli apa saja yang mereka jual. Beli di setiap gerai. Di rumah tiada siapa yang makan. Tapi beli dan agih sedekah merata tempat. Saya tak sampai hati kalau ada peniaga yang panggil saya. Saya tahu. Bila saja kita melalui gerai mereka, wajah mereka penuh harapan.
Barang niaga yang tak habis. Itulah hidangan setiap hari. Lauk sama. Lauk baki niaga.
Saya merayu pada semua. Kita support mereka. Mereka tidak mengemis. Mereka berniaga. Saya tak lah pandai niaga. Tak juga sekaya mana untuk beli semua. Saya pun survive. Empat butik saya terpaksa tutup operasi. Walau sakit. Tapi InsyaAllah masih mampu berdiri.
Ads
Yang lebih saya simpati bagi mereka yang tak ada langsung tongkat. Kais pagi makan pagi. Hanya menanti rebah. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.
Baca Lagi Di Sini:
Supportlah Orang Berniaga Tepi Jalan Jangan HINA Mereka Cari Rezeki Untuk Keluarga!
BANTU Peniaga Jalanan, Ikhlaskan Hati Belajar ‘Memberi’ Walau Sedikit
MW: Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Imam Muda Asyraf ni. Ramai yang terkesan akibat pandemik covid-19 ini, menyebabkan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Buka payung meniaga tepi jalan salah satu ikhtiar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kita yang masih diberikan rezeki, sama-samalah sokong dan membantu para peniaga ini semampu kita.
Sumber: Imam Muda Asyraf
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zara Qairina simpan duit dua bulan demi beli kasut impian…Kini tinggal kenangan. Beberapa minggu ini media sosial dibanjiri rasa pilu dan marah apabila sebuah hantaran lama milik Zara Qairina kembali menjadi tular.
Zara Qairina Simpan Duit Dua Bulan Demi Beli Kasut Impian… Kini Tinggal Kenangan
Dalam perkongsian bertarikh 5 Disember 2024 itu, Zara meluahkan rasa gembira kerana berjaya memiliki sepasang kasut jenama ASICS hasil menabung daripada duit belanja sekolah selama dua bulan.
“Hasil ikat perut… simpan duit belanja sekolah selama 2 bulan, akhirnya dapat beli kasut ASICS berharga RM++,” tulis Zara sambil memuat naik gambar kasut berwarna merah jambu tersebut.
Namun, hantaran itu kini mengundang sebak apabila dikaitkan dengan berita pemergian tragis Zara yang sedang hangat diperkatakan. Ramai warga maya tidak dapat menahan emosi membaca kisah tersebut, malah ada yang turut berkongsi rasa simpati dan kemarahan terhadap nasib yang menimpa remaja itu.
Seorang pengguna Facebook, Ciperdy Azey memuat naik semula hantaran tersebut dengan kapsyen penuh emosi:
“Antara post Zara… terus meraung jiwa dalam hati. Percayalah jika saya abang kepada mangsa, you never meet me as a human anymore.”
Walaupun bukan ahli keluarga, luahan itu menggambarkan betapa dalamnya rasa simpati dan marah terhadap kejadian tersebut.
Ruang komen juga dibanjiri ucapan takziah, doa, dan janji untuk menuntut keadilan buat Zara. Seorang pengguna menulis, “Kasut ini bukan sekadar kasut tetapi simbol usaha, harapan, dan impian yang kini terhenti.”
Kisah ini menjadi peringatan penting untuk kita semua tentang betapa perlunya menjaga keselamatan anak-anak, menghargai setiap usaha mereka, serta menghindarkan sebarang bentuk buli atau penderaan.
Khas buat peminat petai, jika selalu petai dibuat sambal atau dimakan mentah begitu sahaja, apa kata kali ni cuba Nasi Goreng Petai yang dikongsikan oleh pelakon Datin Paduka Ainur Syakina Azman,23 atau lebih dikenali Eina Azman ni.
Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini memang gemar berkongsi resipi dan video masakannya didalam Instagram.Perkongsian resipi Nasi Goreng Petai ini antara yang paling banyak mendapat tontonan oleh para pengikutnya iaitu lebih 410 000 views.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Ayam (dipotong kecil)
2 Biji Bawang Merah
7 Ulas Bawang putih
Sedikit Belacan
2 Batang Cili merah
Segenggam Cili Padi
Sedikit Sos tiram
Sedikit Sos ikan
Sedikit Kicap manis
4 Biji Telur
Semangkuk Petai
Nasi Putih
Garam
Gula
Minyak Masak
Cara Membuat:
1.Gorengkan hirisan ayam dalam kuali.
2.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih,belacan, cili merah dan cili padi.
3.Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk didalam kuali sehingga naik bau/garing.
4.Masukkan sedikit sos tiram, kicap manis,sos ikan, garam dan gula.
5.Masukkan pula telur dan kacau sebati.
6.Masukkan petai yang telah dikopek kulit, kacau dan biarkan seketika.
7.Akhir sekali, masukkan nasi putih dan kacau rata.
Keinginan untuk merasai pengalaman seorang ibu pastinya menjadi impian bagi setiap wanita. Namun bukan semua wanita ‘bertuah’ berpeluang melalui. Pelbagai ujian terpaksa dilalui malah ada yang bertahun-tahun lamanya menjalani rawatan kesuburan untuk merasai ‘nikmat’ ini. Siapa sangka usaha tanpa berputus asa akhirnya dikurniakan rezeki zuriat kembar yang comel pada usia 50 tahun.
11 Tahun Cuba Hamil
Seorang wanita melahirkan sepasang bayi kembar perempuan pada usia 50 tahun setelah hampir 11 tahun mencuba untuk hamil dengan membelanjakan lebih £40,000 (RM 225,242) bagi rawatan kesuburannya, lapor laman berita Mail Online.
Manda Epton yang menetap di Sydney mula cuba untuk hamil pada usia 39 tahun sebagai ibu tunggal selepas hubungan jangka panjangnya renggang.
Jalani 23 Rawatan Kesuburan In-vitro (IVF)
Pereka Fesyen itu menjalani 23 rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dan tiga kali keguguran sebelum melahirkan bayi kembarnya pada 2018, Chloe dan Freya, yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini, Epton pernah menjalani tiga ujian IVF dengan satu daripadanya dibatalkan disebabkan mengalami hiperstimulasi ovari, satu tindak balas berlebihan terhadap hormon.
Dia mempunyai enam embrio yang dimasukkan dengan dua kehamilan yang berlangsung selama lapan minggu.
Pusingan terakhir rawatan kesuburannya di sebuah klinik di Cape Town dengan pemindahan embrio penderma berganda menyebabkan kehamilan kembarnya berjaya.
Mingguan Wanita: Usaha tanpa henti dan tidak pernah berputus asa, akhirnya rezeki wanita ini dikurniakan anak kembar meskipun pada usia 50 tahun. Tahniah! atas kelahiran cahayamata, semoga menjadi inspirasi buat pasangan yang sedang menanti zuriat.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.