
Setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan seperti diduga, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April akan datang. Dalam ucapannya Perdana Menteri sempat meluahkan rasa bimbangnya kepada cucunya yang bersekolah.
Beliau merasakan tentu orang lain juga berperasaan sedemikian dan ingin PKP diteruskan demi keselamatan anak-anak. Sekurang-kurangnya bila tempoh PKP yang telah memasuki fasa ketiga dilanjutkan, anak-anak berada di depan mata dan di bawah pengawasan ibu bapa.
Langkah melanjutkan PKP adalah mengikut saranan WHO dan pihak berwajib tidak mahu kes meningkat semula jika PKP ditamatkan lebih awal seperti yang berlaku di negara-negara lain.
PKP Dilanjutkan Ikut Saranan WHO
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.
Pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.
Katanya, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan memerangi penularan wabak.
“Tindakan ini juga adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal.
“Seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan,” katanya.
PKP Fasa Ketiga
Malaysia menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.
Muhyiddin berkata, meskipun unjuran dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang PKP hampir sebulan lalu menyaksikan pengurangan kebolehjangkitan Covid-19, situasi itu tidak boleh diambil mudah.
“Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.
“Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Jika PKP berakhir sekali pun pasti mak, ayah masih mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang dengan keselamatan anak-anak. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama menjaga kebersihan diri dan patuh dengan arahan PKP untuk tempoh empat belas hari akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Air Mata Rohingya! Kalau Tak Nak Bantu Pun Tak Apa, Tapi Amat Zalim Jika…

Rohingya ini kelompok minoriti Islam di Myanmar. Ketika anda membaca tulisan ini ada sekujur tubuh tanpa dosa sedang dizalimi, dibakar hidup-hidup, wanitanya dirogol tanpa belas sebelum dibunuh dengan kejam. Air mata kesengsaraan Rohingya kembali menyentak hati kita yang belas.
Anda yang masih belum faham sepenuhnya. Jangan cepat menghukum, apa yang berlaku ke atas kaum Rohingya sama seperti apa yang berlaku ke atas kaum Muslim Bosniak di Bosnia (1995). Ini petikan tulisan Ayman Rashdan Wong, PTD at Federal Government of Malaysia. Lanjutkan pembacaan anda agar lebih jelas dan sedar betapa kroniknya isu berkaitan Rohingya ini.

Isu Rohingya Ini Sebenarnya Rumit
Sangat rumit. Tapi ramai yang main bedal saja mengulas isu ini tanpa membuat penyelidikan secara menyeluruh.
Ilmu yang sedikit membawa kepada fitnah. Aidil Adha dan hari-hari Tasyriq yang patut menyatukan kita menjadi hari berbalah dan menyebar dusta. Apa benda.
Ada tulisan tular yang kata Rohingya ini tidak “deserve” bantuan kita kerana mereka berperangai buruk.
“Kalau etnik lain boleh hidup aman damai di Myanmar kenapa Rohingya tak boleh? Mesti perangai Rohingya sendiri yang suka duduk dalam kepompong sendiri menolak asimilasi kan? Cuba tengok perangai mereka dekat Selayang!”
Benda ini bukan boleh pakai logik sahaja bang.
Rohingya dibenci pun bukan kerana faktor agama atau Islamo-fobia semata-mata. Bukan hitam vs putih. Bahaya jika isu ini dibahaskan melalui kerangka konflik agama.
Isu Rohingya adalah contoh klasik kegagalan ethno-nasionalisme yang membawa kepada kegagalan “nation-building”. Rohingya merupakan kumpulan yang dikambinghitamkan dalam masalah ini dan mereka menghadapi penghapusan etnik atau “genocide”.
Rohingya bukanlah pendatang Bangladesh yang sombong seperti yang didakwa. Keadaan Rohingya dan Bangladesh ada persamaan dengan Alam Melayu juga.
Pada asalnya negeri Rakhine (atau Arakan, tempat duduk orang Rohingya) dan Bengal (Bangladesh hari ini) dekat dari segi geografi dan politik, maka berlaku interaksi budaya. Selepas tahun 1785, Arakan ditawan oleh Burma (Myanmar) dan kekal berada di bawah Burma selepas Burma merdeka daripada Britain pada tahun 1948, maka Muslim Arakan dipisahkan daripada Muslim Bengal.
Muslim Arakan atau Rohingya ini pada asalnya boleh hidup dengan etnik Rakhine yang menganut Buddhisme. Namun dasar British yang membawa masuk buruh Bengali menyebabkan Rakhine rasa terancam. Malah semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), Rakhine menyokong Jepun dan Rohingya setia dengan British. Maka berlakulah permusuhan dan episod bunuh-membunuh seperti 14 hari pemerintahan Bintang Tiga di Tanah Melayu.
Rohingya pernah menuntut kemerdekaan agar disatukan dengan Bangladesh. Mereka berjuang secara bersenjata di bawah nama Mujahideen (1947-1961), Rohingya Liberation Party (1972-1974), Rohingya Patriotic Front (1974-1982), Rohingya Solidarity Organization (1982-1998), Arakan Rohingya Islamic Front (1986-1998) dan Arakan Rohingya National Organization (1998 sehingga kini).
Dan bukan Rohingya saja yang tak mahu berasimilasi, berpuluh-puluh etnik yang lain seperti Karen, Mon, Shan, Kachin dan Wa telah mengangkat senjata menentang dasar asimilasi “Burmanization” yang bermula sejak 1960-an selepas kudeta tahun 1962. Nama saja Burmanization tapi pemerintah tentera berat sebelah kepada budaya etnik Bamar dan agama Buddhisme.
Untuk mengambil hati Rakhine (salah satu daripada 4 etnik penganut Buddhisme bersama-sama orang Bamar, Shan dan Mon), Jeneral Ne Win memberi taraf autonomi kepada Rakhine dan tidak mengiktiraf Rohingya sebagai penduduk Rakhine. Malah, sejak tahun 1982 Rohingya dilucut kewarganegaraan di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan. Rohingya menjadi “stateless people”.
Pendemokrasian Myanmar sejak tahun 2011 tidak mengubah nasib Rohingya. Parti yang anti-Rohingya, Rakhine Nationalities Development Party (RNDP) memenangi majoriti kerusi di Rakhine. Presiden Thein Sein tiada pilihan selain mengambil hati RNDP dengan membuat cadangan agar orang Rohingya ditempatkan semula, satu cadangan yang ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) kerana menzalimi hak orang Rohingya sebagai penduduk asal.
Thein Sein disokong oleh gerakan sami pelampau seperti Ashin Wirathu, pemimpin Gerakan 969 yang menyebarkan sentimen Islamo-fobia. Gerakan 969 inilah tukang penyebaran propaganda bahawa orang Rohingya adalah pendatang Bangladesh dan menghasut orang Rakhine membunuh orang Rohingya.
Sejak itu pembantaian ke atas Rohingya berlaku pada Jun 2012, Mac 2013 dan Oktober 2016 sehingga kini. Semakin ramai yang meninggalkan Rakhine dan semakin banyak tragedi kemanusiaan yang dilaporkan. Kebanyakan mereka samada mati lemas di tengah laut, atau dirogol dan dibunuh oleh pedagang manusia di Chittagong Hill Tracts di sempadan Rakhine-Bangladesh.

Apa yang berlaku ke atas orang Rohingya menepati ciri-ciri “genocide” yang sistematik: ia bermula dengan “classification” (identiti Rohingya diasingkan daripada rakyat Myanmar), kemudian “dehumanization” (969 panggil Rohingya sebagai anjing), “organization” dan “polarization” (orang Rakhine dihasut dan diberi senjata), “extermination” (bantai) dan “denial” (penafian berlakunya pembantaian).
Apa yang berlaku ke atas Rohingya sama seperti apa yang berlaku ke atas kaum Muslim Bosniak di Bosnia (1995), kaum Darfur di Sudan (2003-kini), Tutsi di Rwanda (1994), Yahudi dan Gypsy di Jerman (1942-1945) dan Armenia di Turki (1915-1917).
Situasi ini berbeza dengan Selatan Thailand atau Selatan Filipina di mana genocide tidak berlaku. Keadaan Rohingya berada di tahap kritikal, di ambang pembinasaan (annihilation).
Bermula tahun 2016 Rohingya menubuhkan tentera mereka sendiri, Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) untuk melindungi mereka. Maka bertambah kukuh lah dakyah 969 bahawa Muslim Rohingya ini golongan teroris. Lagi senang tentera Myanmar dan militia Rakhine menjalankan kerja mereka. Pada 25 Ogos 2017 baru-baru ini, ARSA diisytiharkan sebagai kumpulan teroris oleh kerajaan Myanmar dan itu menjadi antara punca kemarahan orang Rohingya baru-baru ini.
Siapa kata Rohingya tak berusaha untuk mengubah nasib sendiri? Tapi mereka ni tak lawan mati, lawan pun mati. Nasib orang Rohingya baru betul-betul tersepit.
Fakta-fakta ini boleh diperolehi daripada dokumen-dokumen UN, UNHCR, Amnesty International, Human Rights Watch dan banyak lagi. Jenayah terhadap Rohingya dibentangkan dalam sesi demi sesi di UN.
Tan Sri Razali Ismail, wakil Malaysia di UN adalah antara sosok yang aktif dalam aktiviti ARNO yang berpangkalan di London. Jadi, apa yang cuba dinafikan tentang genocide ke atas Rohingya di Myanmar? Ada ke patut mangsa genocide dipersalahkan?
Kenapa dunia tidak mahu bersuara membela Rohingya?
Kerana Myanmar ini negara yang sensitif. Kedudukannya strategik dari segi geo-politik. Myanmar pro-China, jadi kuasa-kuasa Barat (US, EU) dan India cuba kurangkan kritikan terhadap Myanmar agar ia berpaling tadah daripada China. Tapi kalau semua kuasa-kuasa besar termasuk China hatta ASEAN kutuk Myanmar sekali pun, Myanmar boleh saja tutup pintu dan amalkan dasar isolasi. Masalah tetap tidak selesai malah lagi mudah mereka nak bantai Rohingya sampai habis.
Keadaan ini berbeza dengan krisis di Bosnia atau Sudan di mana kerajaan mereka lebih “vulnerable” dengan kecaman kuasa-kuasa besar.
Nak harapkan Bangladesh yang “serumpun” dengan Rohingya? Bangladesh antara negara termiskin di dunia. Kecil dari segi ekonomi dan ketenteraan. Tak mampu nak melindungi Rohingya secara infiniti.
Dan kita pun tak mampu untuk membantu pelarian Rohingya buat selama-lamanya. Mereka yang menyuarakan keresahan tentang kehadiran Rohingya pun tidak salah sepenuhnya. Tak salah juga kalau nak mendahulukan kepentingan negara lebih daripada kemanusiaan. Tak salah.
Pada asalnya tak timbul isu pun. Orang Rohingya tak minta bantuan tambahan. Orang Rohingya tak minta nak jadi warganegara Malaysia. Orang Rohingya cuma membantah kekejaman ke atas mereka di hadapan Kedutaan Myanmar. Keadaan hilang(kawal sedikit, tapi tak seteruk perhimpunan yang dibuat oleh rakyat tempatan.
Ia menjadi asu apabila ada orang cuba menghasut agar membenci Rohingya. Kalau tak nak bantu pun tak apa, tapi amat zalim jika “whitewash” jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas Rohingya dengan “half-knowledge”.
Kalau betul-betul prihatin dengan isu ini, baik consult pakar seperti Dr. Jatswan Singh (guru saya) di Universiti Malaya yang lebih 20 tahun mengkaji politik Myanmar dan masalah Rohingya.
Kalau setakat mengulas dengan emosi dan “half-truth”, atau nak mengaitkan pengalaman “saya dan Rohingya” masing-masing, sampai kiamat pun tak selesai.
(malas nak tulis lebih panjang dan teliti. Orang bukan nak baca pun, yang penting saya #macai makan #dedak yang tak pernah duduk dengan orang Rohingya)
Bacaan Lanjut
— United Nations High Commissioner for Human Rights, “Situation of Human Rights of Rohingya Muslims and other Minorities in Myanmar” (20 Jun 2017)
— United Nations Human Rights Office of the High Commissioner, “Report of OHCHR Mission to Bangladesh: Interviews with Rohingyas Fleeing from Myanmar since 9 October 2016” (3 Februari 2017)
— Azeem Ibrahim, “The Rohingyas: Inside Myanmar’s Hidden Genocide” (2016).
— Human Rights Watch, “All You Can Do is Pray: Crimes Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya Muslims in Burma’s Arakan State” (2013)
— Su-Ann Oh, “Rohingya or Bengali? Revisiting the Politics of Labelling” (Insitute of Southeast Asian Studies, 2012).
Jika Anda Masih Ada Perikemanusiaan, Bertindaklah!

Sumber/Foto: FB Ayman Rashdan Wong, CBC.co via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Tak aib mana-mana pihak. Teater Di Sebalik Topeng Cermin Realiti Hidup Masyarakat”-Ogy Ahmad Daud

Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan dia tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini.
“Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita.
“Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?
“Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya pada majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, di sini, semalam.

Menurut Ogy, dia berharap mesej yang disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif komen atau kritikan yang dilemparkan di media sosial.
“Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.
“Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
“Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” katanya.
Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP bakal menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.

Melalui sesi terapi kumpulan, wanita berkenaan tidak bersendirian, sebaliknya ditemani beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan bebanan hidup.
Singkap Kisah Setiap Watak
Di Sebalik Topeng menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan menyingkap kisah setiap watak yang penuh adegan rahsia.
Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami kesakitan emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.
“Masyarakat kita masih lagi canggung dan kurang faham kepentingan merawat masalah itu sendiri, dalam dialog monolog pembuka ada menyebut “aku sihat, aku tak sakit” dan itu sendiri menunjukkan dia sendiri tidak sedar dirinya perlu dirawat.
“Saya berharap teater ini juga dapat membantu masyarakat kita ini memahami kepentingan sistem sokongan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan emosi” katanya.

Sementara itu, pengarahnya Zainorhisyam Samudin berkata, dia berharap pementasan ini dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.
“Teater ini adalah sebuah experimental kepada situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita.
“Dalam teater ini kita persembahkan pelbagai latar kehidupan yang membawa kepada gangguan mental itu sendiri yang mana ada sosok narsisitik, penagih dadah, scammer, wanita yang melalui dugaan dihina dan dikecam, pemerdagangan manusia dan mangsa penderaan.
“Semua ini berlaku di sekeliling kita dan kita tekankan pada pengakhirannya kepentingan sistem sokongan dari semua pihak” katanya.
Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.
Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Tiada Penduduk Kelaparan…” BERSEDEKAH, Cara Pemerintah Dubai Sediakan Vending Machine Roti Percuma, Boleh Contohi!

Sediakan vending machine makanan percuma kepada penduduk. Mungkin kita merasakan Dubai sebuah negara yang kaya raya dan sudah tentu semua rakyatnya pun mewah.
Jangan fikir begitu, tak semua orang banyak duit dan kaya raya. Masih ada yang mempunyai tangga gaji rendah dan mungkin juga ‘kais pagi, makan pagi…’. Bagaimana mereka nak teruskan kelangsungan hidup di sebuah negara yang kaya raya ini.
Inilah inisiatif seorang pemerintah yang begitu bertanggungjawab terhadap rakyatnya yang kurang berkemampuan. Pemerintah yang patut dicontohi oleh negara-negara lain.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Salah Cari Kekayaan Tapi JANGAN Disimpan Koleksi, Barang Tak Dipakai, Takut Dihisab, Sedekahlah!
Penerima Lebih Gembira, BEZA Bersedekah Bagi Duit Cash & Transfer Online!
Vending Machine Makanan Percuma
Masih kita ingat, semasa pandemik covid 19, kita ambil inisiatif dengan menyediakan makanan percuma (food bank) yang diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan untuk membantu meringankan keluarga yang terjejas.
Malangnya tak semau dapat dan rasanya mereka yang berkemampuan turut mengambil kesempatan. Sedihnya.
Sebaliknya, bagi pemerintah Dubaii, beliau ada cara tersendiri untuk membantu golongan miskin dan inilah patut dicontohi oleh negara lain.
Orang KAYA ambik ROTI percuma!
Inilah yang dilakukan oleh pemerintah Dubai untuk bantu golongan miskin.
Baru-baru ini, beberapa vending machine “Bread for All” muncul di beberapa lokasi di Dubai. Yang bestnya, vending machine ni bagi roti percuma! seperti
roti canai ada, nan ada, capati ada, roti Arab ada (tapi orang sini tak panggil la roti Arab) dan lain-lain.
Ini adalah initiatif pemimpin Dubai, Sheikh Mohamad bin Rashid Al Maktoum.
Dengan alasan “Tak mahu melihat orang Dubai lapar”, tekan satu butang je (touch screen), roti panas keluar – machine ni auto panaskan.
Kat Dubai, bukan semua kaya. Ada juga gaji bawah RM1500.
Tapi apa yang bijaknya vending machine ni adalah…
Bukan hanya beri makanan percuma kepada mereka yang tak mampu, tetapi ianya juga adalah tempat untuk orang yang mampu, bersedekah.

Mesin ni boleh ambik cash dan juga kad kredit/debit untuk tujuan derma. Bagi kita yang mampu, tak perlu la ambik roti tapi vending machine ni peluang untuk tinggal derma.
Bijak kan?

Jadikan Idea Di Malaysia
Baru la ianya sustainable. Mungkin idea vending machine ni boleh dilakukan di Malaysia kan? Yang tak mampu boleh dapat makanan, yang mampu tinggalkan sedekah di mesin yang sama.
Tapi ada yang tanya. Kalau orang tu dah kaya, boleh tak dia ambik roti tu. Sebab free. Jawapannya, memang la boleh ambik. Tapi tak terjadi di Dubai ni.
Apa pendapat anda?
Pernah viral tahun lepas keadaan food bank di mana terjadi pengambilan yang tak bertanggungjawab. Sampai licin disapu oleh sorang je.
Dalam keadaan ekonomi dan harga meningkat kini, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata.
Kos hidup semakin meningkat is REAL. Tapi tanggunjawab kita untuk bijak wang dan tambahkan lagi pendapatan.
Tak semestinya nak jadi jutawan atau kaya raya, tapi kalau perniagaan sambilan dapat extra RM500 – RM1000 pun pastinya membantu kan?
Mingguan Wanita : Bayangkan kalau ada vending machine makanan percuma kat Malaysia, mesti best kan..
Sumber: Irfan Khairi

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

