Ikan Cencaru Sumbat Tomyam, Menu Sesuai Bagi Yang Tengah Berdiet

Share

Bagi mak-mak yang tengah berdiet, ada masa jemu jugak jika makan menu yang sama setiap hari. Dalam tempoh berdiet sangat digalakkan mengambil makanan yang menggunakan kaedah sihat seperti rebus, kukus, bakar dan sebagainya.

Salah satu resipi kaedah bakar yang boleh dicuba seperti Ikan Cencaru Sumbat Tomyam yang sedap, garing dan pedas berdesing ini. Menu ni memang sesuai sangat untuk yang tengah berdiet dan nak buat pun mudah sangat.

Boleh rujuk perkongsian resipi oleh Puan Cheyah Saripuddin ini.

“Menu ini sesuai untuk orang yang tengah berdiet ataupun #eatclean #sukusukuseparuh tu. Tuan suami cheyah punya menu makan petang semalam. Jom tengok cara paling mudah.”

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT TOMYAM

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan cencaru di belah atas
1 peket pes tomyam adabi
1 batang serai
1 biji bawang merah
2 helai daun limau purut
2 biji cili padi
Sedikit garam

Cara Penyediaannya:

1. Tumbukkan serai dan bawang hingga lumat.

2. Kemudian masukkan cili serta daun limau purut.

3. Selepas itu, tambah pes tomyam.

4. Kemudian letak sedikit garam.

5. Kacau mesra sebati.

6. Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap.

7. Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit ataupun sehingga masak dan garing.

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Kobis Gulung Sedap Buat Kunyah-Kunyah, Sesuai Juga Bagi Yang Nak DIET
Jus Diet Sihat, Perut Kenyang Bagi Yang Tak Mahu Makan Malam!

MW: Menariknya, boleh cuba resipi ni nanti, sesuai sangat jika tengah berdiet.

Sumber: Cheyah Saripuddin

IKLAN