IFA HADIAHKAN Anak BMW. Penyanyi, pelakon, pengacara wanita penuh kontroversi, Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, sebuah kereta jenis BMW.
Perkongsian menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Ifa menyatakan kereta mewah itu sempena ulang tahun kelahiran Aqili yang ke-17.
Malah menerusi kapsyen juga Ifa mendoakan agar anak lelakinya diberikan umur yang panjang serta menjadi anak soleh kepada kedua orang tua.
IFA HADIAHKAN Anak BMW
Menerusi video yang tersebut memaparkan reaksi Aqili yang tersenyum gembira selepas memiliki kereta idaman. Malah Ifa juga turut berpesan agar Aqili memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Untuk rekod, Ifa pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun kedua-duanya berakhir dengan penceraian. Pada tahun 2004, Ifa berkahwin buat kali ketiga dengan Mohd Yani Abdul Rahman dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Shakir Aqili. Selain itu, Ifa juga mempunyai anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.
“HADIAH BMW 🚗 BUAT AQILI @aqili1911
Genaplah usia Anakku ke 17 tahun.❤️
HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD SHAKIR AQILI BIN MOHD YANI
“Buah hati Mama & Papa yg tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
Ads
“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW .. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 Aqili ..
Semoga Aqili Menjadi Anak Yang Soleh
Barakallah fii umrik, anakku yg tersayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkahan dalam hidupmu. Tidak lupa, semoga selalu dilimpahi rezeki yang berkah dan hati yang selalu bersyukur, semoga aqili menjadi anak yang soleh didunia dan diakhirat .”Aamin Ya Rabbal Alamin,” luah Ifa.
“Semoga Berjaya, Tumpang Happy”
Mnerusi ruangan komen ramai yang mendoakan anak Ifa berjaya dalam SPM.
Ada pelbagai jenis diet yang menjadi amalan untuk menurunkan berat badan.Antara jenis diet yang cukup popular terutamanya buat golongan wanita adalah jenis Diet Rendah Karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan sebagainya.
Meskipun kesan penurunan badan dapat dilihat dengan cepat, rupanya amalan diet jenis ini adalah membahayakan kesihatan, tidak selamat dan boleh meningkatkan kadar kematian.
Perkara ini didedahkan oleh Dato Dr. Rushdan Noor, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, menerusi kajian yang diperolehi daripada Medical University of Lodz.
Berikut antara perkongsian beliau;
AMARAN : DIET RENDAH KARBOHIDRAT (“LOW CARB DIET”) ADALAH TIDAK SELAMAT
Ramai yang mengamalkan diet rendah karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan lain-lain lagi untuk menurunkan berat badan. Ada juga yang percaya diet ketogenik boleh mencegah dan merawat kanser.
Tingkatkan Risiko Kematian
Satu kajian prospektif yang besar telah dilakukan ke atas beribu-ribu orang oleh Professor Maciej Bonach daripada Medical University of Lodz mendapati individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kematian pramatang (“premature death”). Risiko kadar kematian juga lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari (51%), angin ahmar (50%) dan kanser (35%). Hasil kajian ini baru sahaja dibentangkan semasa Kongres ESC* 2018 pada 28hb Ogos 2018.
Satu meta-analisis yang lebih besar ke atas 7 kajian prospektif cohort melibatkan hampir 45 ribu orang peserta mendapati berlaku PENINGKATAN RISIKO KADAR KEMATIAN iaitu 15% bagi keseluruhan penyakit, 13% bagi penyakit jantung dan 8% bagi penyakit kanser oleh individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.
Elak Diet Rendah Karbohidrat
Walaupun untuk jangkamasa pendek, diet rendah karbohidrat berkesan menurunkan berat badan, tekanan darah dan gula darah tetapi kesan jangkamasa panjang sangat membimbangkan. Ia juga mempunyai kesan negatif kepada kesihatan untuk jangkamasa pendek. Jadi pada pandangan Ahli Sains Perubatan diet rendah karbohidrat lebih baik dielakkan.
Bagi pesakit kanser, saya menasihati supaya jangan mengamalkan diet ketogenik ataupun mengamalkan pengambilan gula/karbohidrat yang terlalu rendah bersama dengan diet tinggi lemak dan protin. Tiada bukti saintifik yang mengesahkan ianya dapat membantu pesakit kanser samada mencegah ataupun merawat penyakit mereka. Kemudaratannya lebih besar, jangan terpedaya dengan pendapat pengamal rawatan alternatif ataupun petua-petua yang palsu ini. Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor yang berkelayakan jika ingin mengamalkan diet tertentu.
Dato Dr. Rushdan Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ahli Medical Mythbusters Malaysia
31hb Ogos 2018
Jadi buat golongan wanita yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini untuk menurunkan berat badan, seeloknya hentikanlah. Tukar kepada gaya hidup dan amalan pemakanan yang seimbang demi kesihatan jangka panjang.
Perpisahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura pada awal Oktober tahun lalu sememangnya menjadi sorotan umum. Perpisahan mereka turut dan pastinya anak mereka, Nur Fatima Aisya turut terkena tempiasnya.
Ramai yang melahirkan rasa simpati dengan Fatima yang terpaksa melalui perpisahan orang tuanya pada usia yang masih muda.
Pelakon Fattah Amin menepis dakwaan segelintir pihak menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya kerana mengutamakan kerjaya seni yang kini sedang meroket.
Jadual Kerja Bukan Halangan
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, dia tidak pernah mengabaikan kewajipan sebagai bapa walaupun jadual kerjanya padat.
“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.
“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui. Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.
“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya kepada Mingguan Wanita pada majlis pelancaran butik Amber baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Fattah menegaskan sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk Fatimah kerana itu tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Alhamdulillah saya dan Fazura sudah bersetuju dalam perjanjian sebelum ini, jadi saya dan Fatima dapat berjumpa.
“Sudah tentu sekarang saya tinggal berasingan dengan anak tetapi tanggungjawab sebagai ayah tetap ada dan memang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Fatima,” ujarnya.
Fattah turut menegaskan Fatima tetap memerlukan dirinya meskipun dia dan Fazura tidak lagi bersama.
“Kita kena faham situasi dan emosi anak kita, adakalanya mungkin dia mahu meluangkan masa dengan mommy dia. Walaupun mommy dan daddy tidak lagi bersama, dia tidak boleh rasa kehilangan.
“Saya tidak boleh salahkan situasi itu atau menghalang masa dia bersama mommy dia dan faham perkara itu.
“Kami ada berunding, macam ada masanya Fazura sibuk dan kadang-kadang dia mahu meluangkan masa dengan Fatima, jadi kita capai persefahaman tersebut.
“Fatima baru berusia empat tahun. Hanya ikut cakap apa yang dia faham. Dia pun kata sayang mommy dan daddy, jadi kita faham benda itu. Insya-Allah lama-kelamaan dia akan faham situasi sebenarnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia tidak dapat menahan sebak apabila Fatima mengakui pernah bermimpi dirinya disebabkan terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy.
“Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” jelasnya.
Baru-baru ini, Fattah mencuri tumpuan apabila memuat naik foto bersama Fatima dan meminta anak perempuannya itu untuk tidak bersedih kerana bertemu untuk tempoh singkat.
Dalam perkongsian foto tersebut turut kelihatan Fatima mencium pipi bapanya.
Terdahulu, Fattah dan Nur Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Jika selalu dodol dimasak atas kawah dan perlukan masa yang lama untuk memasaknya. Namun berbeza dengan sejenis kuih yang dinamakan dodol kukus hanya perlukan 10 minit waktu memasak dah siap dan boleh terus dimakan. Menurut perkongsian oleh pemilik resipi Anas Hafizullah, dodol kukus ni merupakan kuih tradisi di sebahagian daerah Negeri Pahang serta banyak dijual di Pekan Sari, Temerloh.
Berikut perkongsian dodol kukus yang dikongsikan oleh lelaki ini.
“Dodol Kukus sedap menikmatinya tak kira di hari biasa atau bulan puasa. Biasa terdapat banyak jual di Pekan Sari Temerloh, kuih tradisi di sebahagian daerah Negeri Pahang.”
Bahan A
1 cawan santan pekat utk buat taik minyak
* Cara membuat tahi minyak, santan dimasak hingga pecah minyak. Yang ni je dalam 1/2 jam nak buat sebab lama nak masaknya. Jangan kacau sangat nanti kurang taik minyaknya – api sederhana.
Bahan B
Daun pisang dilayu agar lembut supaya tidak pecah ketika dijadikan alas dodol.
Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
* satukan dalam periuk dimasak hingga hancur semuanya dan sejukkan.
* Campur semua bahan D, gaulkan hingga sebati dan boleh masukkan bahan C. Kemudian tapis bila bahan dah bersebati semua.
Cara Membuat:
1.Panaskan periuk kukus.
2.Minyak dari tahi minyak tadi disapu pada daun pisang dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang tadi.
3.Kemudian letakkan dalam periuk kukus, nak tau dah masak ia cantik lucin dan tak melekat di jari dan warna kehitaman mengikut warna gula.
4.Dah siap, sejukkan bolah lah ditabur tahi minyak di atas dodol kukus.
Selamat Mencuba!
Tips Ekstra!
1. Kalau tak letak tahi minyak dan diismpan dalam peti sejuk boleh tahan sampai 3-4 hari. Tapi kalau dah letak tahi minyak kena makan cepat, sebab tak tahan tahan lama.
2.Waktu Mengukus ikut pada tebal atau nipis adunan.Kalau nipis dalam 10-12 minit, kalau tebal lama sikit lah kukus.
Kalau nak tahu rasanya macam mana, mak-mak bolehlah cuba sendiri resipi ini dirumah untuk hidangan berbuka petang nanti.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.