Iddah bercerai hidup dan mati kedua-duanya membawa maksud pembubaran perkahwinan dalam situasi berbeza. Iddah itu dalam Bahasa Arab maksudnya adalah tempoh menunggu; satu tempoh bagi seorang perempuan yang bercerai hidup atau kematian suami daripada bernikah semula.

Menurut Pegawai Syariah; Norhidayah Adzman iddah itu satu penghormatan buat wanita dan bertujuan bagi memastikan rahimnya bebas dari benih si suami (bagi mengelak timbulnya isu nasab anak yang dikandung itu nanti sekiranya berlakunya perkahwinan dlam tempoh terdekat) dan wanita yang bercerai perlu tiga kali suci iaitu tiga kali bersih dari kitaran haid.

Iddah Yang Perlu Dimengerti

Manakala wanita yang kematian suami pula perlulah melalui tempoh iddah dalam tempoh empat bulan 10 hari. Untuk perempuan yang sedang hamil pula, iddah untuknya tamat sebaik dia selesai melahirkan anak ataupun keguguran .

Dalam isu berhias dan juga keluar dari rumah untuk bertujuan mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan, Norhidayah menegaskan keperluan si isteri itu untuk keluar termaktub dalam had dan batas diperlukan sahaja. Contohnya keluar bekerja kerana dia perlukan pendapatan untuk menampung kehidupan, berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan keluar untuk membeli barang keperluan rumah dan juga peribadi.

Bagi mereka yang kematian suami, tiada dalil yang mewajibkan mereka berkabung lebih daripada tiga hari. Didalam tempoh itu mereka dilarang memakai solekan, bercelak,berinai, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terlalu menonjol warnanya. Disunatkan dalam tempoh berkabung itu, tidak terlalu berhias kerana dibimbangi ia boleh mengundang fitnah dan mendorong kepada berlakunya maksiat.

Hadir sama berkongsi pandangan mengenai pengalaman peribadi yang pernah melalui proses perceraian, bekas isteri kepada selebriti Fizo iaitu Mawar Abdul Karim. Menurut Mawar, sepanjang melalui tempoh iddah, beliau merujuk dan mendapatkan pandangan pakar berkenaan apa yang boleh dan tidak dilakukan sepanjang tempoh iddah.

Mawar mengakui sebagai wanita berkarier dan ibu tunggal, dia perlu keluar memandangkan mata pencarian utamanya adalah melalui perniagaan tudungnya. Mawar juga memilih untuk bersikap positif dan tidak pernah menceritakan satu pun kisah peribadinya di media sosial, demi masa depan satu-satunya anaknya, Wan Maryam.

Bagi yang ketinggalan kupasan menarik Jumaat ini dalam Mingguan Wanita TalkShow jam 12 tengah hari tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121. Diskusi berkaitan topik Iddah : Bercerai Hiduo & Mati dan dikelolan oleh Radin Amir Affendy dan Amin Idris.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI