Mungkin tak ramai yang tahu, iddah seorang isteri bermula sebaik nafas terakhir suaminya. Hal ini menjadi subjek utama, mengapa wanita yang juga merupakan seorang isteri itu dihalang daripada berada di kuburan ketika sesi pengebumian jenazah suaminya dilakukan. Semestinya akan ada cakap-cakap, yang mengatakan sejauh mana nilai kasih sayang seorang isteri terhadap sang suami…ada juga yang akan mempersoalkan ketiadaan si isteri di kuburan itu mengundang persepsi tiada rasa simpati ataupun tak punya keinginan untuk memberi penghormatan terakhir kepada suami.

Menurut PU Azman lagi lebih baik kita pentingkan redha Allah daripada kita mengusutkan kepala mendengar cakap-cakap orang yang membuat penilaian sendiri.Ada sebab mengapa Islam menegaskan had kepada wanita khususnya dari melawat kubur. Dibimbangi ketika itu dia tidak dapat berfikiran waras, beremosi, menangis hingga berlebih-lebihan dan melakukan perkara yang memudaratkan dirinya.

IKLAN

Menerusi topik “urus jenazah adat vs Agama” dalam Mingguan Wanita TalkShow hari ini, dua individu yang terlibat dengan pengurusan jenazah iaitu Ustazah Lasminah Dul Siraj dan penggali kubur berijazah; Mohamad Rashidi berkongsi cerita mengenai pengalaman mereka menguruskan jenazah. Ustazah Lasminah juga menekankan amalan sia-sia yang kekal di amalkan oleh orang Melayu Islam yang wajar ditinggalkan kerana ianya tidak membawa apa-apa manfaat. Begitu juga pengalaman mengalihkan mayat yang dilakukan oleh Mohamad Rashidi juga mempunyai kisah menarik buat anda hayati dan jadikan ia sebagai pedoman.

IKLAN
IKLAN

Jangan lupa saksikan kupasan selanjutnya dalam ulangan Mingguan Wanita Talk Show, jam 5 petang ini dalam topik “Urus Jenazah Adat VS Agama” di Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI