Ads

Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Sukar Kawal Emosi, Dilihat Menangis Saat Tunggu Jenazah Di Unit Forensik

Ibu tertinggal anak dalam kereta sukar kawal emosi, dilihat menangis saat tunggu jenazah di unit forensik. Tiada kata-kata mampu menggantikan perkara yang telah terjadi. Inilah yang berlaku kepada seorang ibu yang tanpa sengaja tertinggal anak kecilnya yang berusia dua tahun di dalam kereta dalam satu kejadian di Seremban hingga membawa kepada asbab anak kecilnya meninggal dunia semalam.

Hari ini, tangisan dan kesedihan mengiringi suasana di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, apabila  ahli keluarga kepada kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta petang semalam menunggu proses bedah siasat selesai dijalankan.

Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Sukar Kawal Emosi, Dilihat Menangis Saat Tunggu Jenazah Di Unit ForensikPaling terkesan pastinya kedua ibu bapa anak syurga ini kerana keduanya dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya tangisan mungkin mampu melegakan perasaan tatkala diuji dengan kejadian sedih begini.

Kedatangan ahli keluarga dan kenalan yang memberikan kata-kata semangat buat ibu bapa kanak-kanak yang meninggal ini menambahkan lagu suasana pilu.

Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Sukar Kawal Emosi, Dilihat Menangis Saat Tunggu Jenazah Di Unit Forensik

Ads

Memetik laporan Harian Metro, ahli keluarga dilihat tiba di unit berkenaan jam 11.45 pagi namun pihak media difahamkan bedah siasat dijalankan jam 2 petang.

Pihak media cuba mendapatkan ahli keluarga, namun mereka kelihatan tidak bersedia untuk ditemubual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan bedah siasat bermula jam 2 petang di Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Ads

Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Sukar Kawal Emosi, Dilihat Menangis Saat Tunggu Jenazah Di Unit Forensik

Beliau berkata, pihaknya belum memutuskan jumlah saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan dan pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk menunggu keputusan punca kematian.

“Buat masa ini, siasatan menjurus kepada kewujudan pengabaian ibu bapa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya hari ini.

Ads

Sebelum ini, media melaporkan ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah bank di Seremban hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta ketika mahu pulang ke rumah pada jam 5 petang.

Mangsa dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi apabila ibunya terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.

Polis turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

8 Kali Mengandung Anak Luar Nikah Dari Lelaki Berbeza, Gadis Jual...

Sebuah rumah perlindungan wanita, Baitus Solehah mendedahkan kes gadis mengandung tanpa nikah yang agak luar biasa.Bukan sekali tapi lapan kali dan hampir kesemua kehamilannya melibatkan lelaki berbeza selepas individu berkenaan mendapatkan perlindungan ketika kehamilan kelapannya.