Leona kongsi gambar berbusana pengantin, laman sosial dibanjiri ucapan tahniah. Ramai seakan tak percaya apabila pempengaruh Kasih Iris Leona memuat naik dirinya mengenakan busana kahwin di laman sosialnya.
Perkongsian anak kepada pelakon Azhar Sulaiman mengenakan busana pengantin berwarna putih mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen. Ditambah dengan suasana majlis bertemakan ‘garden’, ramai tertanya-tanya sama ada Leona sedang memang sudah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya atau sedang menjalani penggambaran MV.
Ads
Ramai juga yang berteka-teki siapa lelaki pilihannya kerana Leona sebelum ini dilihat sibuk dengan pelbagai tawaran iklan. Hanya memaparkan tanda Love berwarna putih di instagramnya,@kasihirisleona laman sosialnya dibanjiri rasa tak percaya rakan-rakan dan peminat namun ramai mengucapkan tahniah.
Ads
Dalam pada itu komen dari seorang rakannya, @gretchene di instagram storiesnya berkongsi wajah Leona termasuk dirinya yang berada di majlis tersebut yang turut mengenakan busana putih.”Finally! So happy for you Leona! Can post the wedding picture already! Yeay!😍.
Sementara itu, rakan artis Mimi Lana menulis “Heyyy don’t play playyy haaaa…
Sama ada benar Leona berkahwin hari ini atau sekadar konten namun dirinya pernah menyuarakan hasrat mendirikan rumah rumah dan bergelar isteri tahun lalu kerana berasa cemburu melihat kebanyakkan rakannya sudah mendirikan rumah tangga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu tertinggal anak dalam kereta sukar kawal emosi, dilihat menangis saat tunggu jenazah di unit forensik. Tiada kata-kata mampu menggantikan perkara yang telah terjadi. Inilah yang berlaku kepada seorang ibu yang tanpa sengaja tertinggal anak kecilnya yang berusia dua tahun di dalam kereta dalam satu kejadian di Seremban hingga membawa kepada asbab anak kecilnya meninggal dunia semalam.
Hari ini, tangisan dan kesedihan mengiringi suasana di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, apabila ahli keluarga kepada kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta petang semalam menunggu proses bedah siasat selesai dijalankan.
Paling terkesan pastinya kedua ibu bapa anak syurga ini kerana keduanya dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya tangisan mungkin mampu melegakan perasaan tatkala diuji dengan kejadian sedih begini.
Kedatangan ahli keluarga dan kenalan yang memberikan kata-kata semangat buat ibu bapa kanak-kanak yang meninggal ini menambahkan lagu suasana pilu.
Memetik laporan Harian Metro, ahli keluarga dilihat tiba di unit berkenaan jam 11.45 pagi namun pihak media difahamkan bedah siasat dijalankan jam 2 petang.
Pihak media cuba mendapatkan ahli keluarga, namun mereka kelihatan tidak bersedia untuk ditemubual.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan bedah siasat bermula jam 2 petang di Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya belum memutuskan jumlah saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan dan pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk menunggu keputusan punca kematian.
“Buat masa ini, siasatan menjurus kepada kewujudan pengabaian ibu bapa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah bank di Seremban hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta ketika mahu pulang ke rumah pada jam 5 petang.
Mangsa dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi apabila ibunya terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.
Polis turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini kerana, tak semua wanita sanggup berkongsi suami sementelah yang menjadi madu adalah rakan sendiri.Berkongsi pengalaman bermadu dengan rakan, Shuhadah berkata, jujur di awal berita itu diterima, dirinya sukar menerima situasi itu bahkan berasa sedih.
Memetik laporan Harian Metro, jelas Shuhadah, dia dan Nor Azura berkenalan selepas membuat tempahan baju di butik yang sama, pernah keluar berdua dan bertemu di beberapa acara namun tidak kerap.
“Jadi (saya) terkejut selepas suami luahkan hasrat berkahwin dengan wanita yang saya anggap kawan. Lagi pun, isteri mana yang nak dimadukan, malah saya sendiri ambil masa berfikir serta pertimbangkan perkara itu.
“Tapi akhirnya saya terima kerana suami beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi bukan kerana nafsu tapi kebaikan memandangkan dia menguruskan perniagaan bersama isteri keduanya.
“Saya pun kasihan dengan madu kerana dia pun ada kisah sedih yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini,” katanya.
Menurut Shuhadah, keputusannya memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lagi dibuat selepas mempertimbangkan keadaan dan perasaan semua pihak. Dia menganggap langkah itu lebih baik berbanding membiarkan perkara yang boleh menimbulkan konflik pada masa hadapan.
Katanya, apabila perasaan sudah wujud antara suami dan rakannya itu, soal hati bukan sesuatu yang mudah untuk dipaksa. Justeru, dia memilih untuk reda dan memberi keizinan agar hubungan tersebut berlangsung secara sah dan terbuka.
Shuhadah turut menjelaskan, pendedahan mengenai perkahwinan itu dibuat di media sosial bagi mengelakkan salah faham serta fitnah selain mahu memberi peringatan kepada lelaki yang berniat berpoligami supaya berlaku jujur terhadap isteri pertama.
Dia juga berharap hubungannya bersama suami dan madu dapat dipelihara dengan baik serta saling bertolak ansur demi memastikan keharmonian rumah tangga. Pada masa sama, Shuhadah berharap masyarakat tidak melabel isteri kedua sebagai perampas kebahagiaan orang lain.
Menurutnya, layanan baik yang diberikan oleh madu terhadap dirinya serta anak-anak memudahkan mereka membina keserasian malah hubungan mereka kini semakin rapat.
Sementara itu, Muhammad Azizi berkata, perasaannya terhadap isteri kedua hadir tanpa dirancang dan bukan dengan niat merosakkan persahabatan antara dua wanita tersebut. Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, dia mengambil keputusan untuk berkahwin mengikut saluran yang sah.
Sebagai suami, dia mengakui terharu dengan sikap bertolak ansur isteri pertama yang bukan sahaja memberi keizinan malah bersungguh-sungguh memohon kepada mahkamah bagi meluluskan perkahwinan tersebut.
Muhammad Azizi berkata, dia memilih untuk berterus terang dan tidak mengambil jalan pintas kerana percaya kejujuran dan komunikasi adalah asas penting dalam perkahwinan. Malah, majlis akad nikah isteri kedua turut berlangsung di rumah mereka atas persetujuan isteri pertama.
Mengulas tanggungjawab selepas bergelar suami kepada dua isteri, Muhammad Azizi mengakui dia berasa sebak dan sedar amanah untuk berlaku adil bukan perkara mudah.
Dia turut menafikan perkahwinan kedua dilakukan atas dasar nafsu sebaliknya menegaskan niatnya adalah untuk membimbing serta memberi perlindungan, selain mengingatkan lelaki di luar sana supaya tidak menyembunyikan hasrat berpoligami kerana ia hanya akan memudaratkan hubungan rumah tangga. Kredit :- Harian Metro.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah tujuh beranak pernah viral tidur dalam kereta berbumbungkan langit kini berubah, bapa bangkit dengan gaji lebih RM5000 sebulan. Setahun lalu, kisah keluarga ini pernah viral di media sosial.
Dengan anak-anak yang masih kecil, mereka sekeluarga seramai tujuh orang tidur berhimpit-himpit di dalam sebuah kereta Bezza berbumbungkan langit. Tidak hanya berbumbungkan langit, cermin belakang kenderaan yang pecah hanya mampu ditampal dengan plastik sekaligus tiada jaminan keselamatan saat mereka melelapkan mata di taman-taman awam.
Penghijrahan dari Kelantan ke Pulau Pinang dengan membawa impian besar hanya tinggal harapan apabila menjadi mangsa penipuan termasuk rumah sewa meruntun perasaan ramai. Si bapa, Hilmi, yang datang dari Kelantan bersama isteri dan lima anak kecilnya, kehilangan wang simpanan serta tempat tinggal, memaksa mereka bertahan hidup di tepi jalan dalam serba kekurangan.
Keadaan keluarga itu kemudiannya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Steven Sim Chee Cheong yang kini menjawat jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) tampil menghulurkan bantuan bagi membantu keluarga ini keluar daripada situasi sukar tersebut. Melalui sokongan awal termasuk bantuan kebajikan dan usaha mencarikan peluang pekerjaan, Hilmi diberi ruang untuk bangkit semula dan memulakan kehidupan baharu bersama keluarganya.
Dalam hantaran terkini di facebooknya, YB Steven berkongsi keadaan terkini Hilmi dan keluarga yang sudah jauh berubah dari setahun lalu.
“Hangpa ingat lagi tak setahun lalu kisah Hilmi yang merantau dari ke Kelantan ke Bukit Mertajam untuk bina hidup baru bersama keluarganya tapi malang tak berbau, mereka kena scam dan akhirnya 7 sekeluarga terpaksa tinggal dalam kereta usangnya.
Hari ini, masing-masing ada bahagian sendiri. Ada air teh dalam jag, ada peti ais di dapur. Isteri Hilmi, Yani, senyum berseri-seri sambil mendukung anak bongsu mereka. Ya, kini mereka sudah berlapan, bukan tujuh lagi, tapi lapan sekeluarga. Anak keenam lahir beberapa bulan lalu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!