Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah. Lebih-lebih lagi pada hari yang cukup istimewa iaitu hari lahir.
Dalam video ringkas yang dikongsikan di TikTok syifaa_rzk, ibunya Rozita Abdul Majid sedang duduk dalam kapal terbang dan mulai rasa ‘cemas’ apabila nama dipanggil oleh krew kabin.
Kejutan Ucapan Hari Lahir Dalam Kapal Terbang
Rupa-rupanya ia merupakan kejutan pengumuman khas daripada krew kabin menyampaikan ucapan istimewa hari lahir daripada anak-anaknya buat ibu tersayang.
“Terima kasih untuk semua pengorbanan dan kasih sayang kepada kami selama ini. Kami doakan semoga mama terus kekal sihat, happy dan umur yang panjang. We will always be by your side.Jasamu akan kami kenang dan hargai selamanya. We love you mama, ikhlas dari Auf, Fateen, Tini dan Ifa.
Bukan itu sahaja, krew kabin turut menyampaikan hadiah hari lahir yang diberikan oleh anak-anak wanita ini buat ibu tersayang. Seluruh penumpang bersorak, bertepuk tangan dan turut terharu gembira dengan ‘kejutan’ manis tersebut.
Ads
Rozita yang juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris, tak sangka kejutan ucapan hari lahir di dalam kapal terbang tersebut merupakan rancangan daripada anak-anaknya yang tersayang. Malah turut berterima kasih kepada anak-anak serta krew penerbangan yang terlibat.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, pastinya terharu dengan kejutan sebegini daripada anak-anak. Ucapan hari lahir di awan biru, di dalam kapal terbang bersama para penumpang yang lain.
Apa juga amalan diet pemakanan pastikan ia seimbang dan janganlah sampai menyeksa diri hingga boleh meragut nyawa.
Seorang pempengaruh media sosial pengamal diet sayur dan buah segar Zhanna Samsonova,39 atau lebih dikenali Zhanna D’Art menemui ajalnya baru-baru ini. Wanita tersebut tidak minum air kosong selama enam tahun dan hampir tidak boleh berjalan sebelum mati kerana ‘kebuluran dan keletihan’ gara-gara diet pemakanan yang diamalkan.
Wanita kelahiran Rusia ini dilaporkan meninggal pada 21 Julai. Ibunya melaporkan kematian anak perempuannya disebabkan jangkitan bakteria kolera yang menyebabkan cirit birit.
Walaubagaimanapun laporan perubatan mendakwa Zhanna mengalami kekurangan zat makanan yang menyebabkan dirinya kebuluran dan keletihan melampau.
Kawannya berkata, Zhanna menderita anoreksia dan menjadi sangat lemah pada minggu-minggu terakhir sebelum kematiannya akibat diet ekstrim yang diamalkan. Dia hanya mampu terbaring dan memerlukan beberapa minit untuk dirinya berdiri dan berjalan di tangga.
Malah keadaan Zhanna juga sangat ‘lemah’ dan tetap enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.Malah tetap percaya dengan amalan diet sayur dan buah segar yang diamalkan selama ini.
Zhanna dilaporkan mengamalkan diet “buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, ‘smoothie’buah-buahan dan jus” ini selama 10 tahun.
“Saya melihat badan dan minda saya berubah setiap hari. Saya suka melihat perubahan diri saya yang baru dan takkan kembali semula kepada tabiat pemakanan dahulu,” kata Zhanna.
Zhanna turut mempromosikan pendirian dalam amalan dietnya, termasuk resipi untuk orang ramai mencuba. Bagaimanapun, menurut New York Post, rakan-rakannya didakwa percaya dietnya harus dipersalahkan atas kematiannya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Apa pun sebelum mengamalkan apa juga jenis diet pemakanan, pastikan ia selamat dan seimbang. Jangan sampai menyeksa diri hingga boleh meragut nyawa.
Bunyi dentuman kuat yang disangka kilang terbakar rupanya pesawat ringan yang terhempas dan terbakar di laluan masuk kawasan kediaman Elmina, di Seksyen U16, di sini sebentar tadi.
Menurut saksi yang berada ditempat kejadian menyedari keadaan pesawat yang senget disusuli bunyi dentuman kuat.
“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas berhampiran kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.
Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.
“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.
“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Menurutnya, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan merempuh penunggang motosikal yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
Terdahulu, video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.
Salah seorang mangsa insiden pesawat dipercayai terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang.
Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Difahamkan pesawat itu membawa enam penumpang dan dua kru terhempas menyebabkan seorang penunggang motosikal turut terkorban.
Ibu Shila Amzah dedah pengalaman rumahtangga disondol BFF anak sendiri, penuh drama & penipuan. Ramai yang tahu penyanyi popular ND Lala telah pun bernikah dengan kawan baik anaknya sendiri hinggakan tindakannya itu mengecewakan hati isterinya, Fauziah Sarman.
Dan rumahtangga yang dibina 34 tahun dengan tiga orang cahayamata runtuh selepas hadirnya orang ketiga dalam perhubungan mereka. Bahkan dirinya telah diceraikan melalui Whatsapp baru ini.
Di sebalik ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam hal ini, Fauziah Sarman melalui instagramnya @mamazie sebentar tadi telah berkongsi luahan rasanya, semua penderitaan dilaluinya ketika suaminya bermain cinta dengan kawan anaknya termasuklah berkonsgi anaknya pernah ditahan polis kerana dituduh mencuri kereta isteri terbaru ND Lala. Begitu juga kejutan terjumpa beg pakaian bercampur lelaki dan perempuan di saat mereka masih menjadi suami isteri suatu ketika dahulu. Ia dipenuhi drama dan penipuan, jelasnya.
Assalammualaikum semua.
Pertamanya dengan rasa rendah diri saya ingin mengucapkan seikhlas terima kasih di atas segala sokongan, perhatian dan kasih sayang yang terlalu banyak dianugerahkan Allah kepada saya menerusi kalian,baik anak-anak, keluarga,kenalan jauh dekat serta yang mengenali saya dari jauh sejak kisah rumahtangga saya diketahui semua.
Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun. Saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu buat empat orang anak Saya. Tidak pernah langsung saya terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.
Mahu atau tidak kerana kerjaya anak sulung saya, tempiasnya terkena kepada saya – apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini dilakukan dengan cara yang bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami yang bukanlah muda malah kami sudah punya 2 orang cucu.
Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati – mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya – Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi airmata. Tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri. Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita – yang pernah menjadi isteri, rasa jiwa seorang ibu ingin saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua.
Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya – malah lebih tepat memjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.
Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri – makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil atau besar yang kami adakan di mana-mana dia pasti ada.
Saya masih ingat, pada 2019 – anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.
Beberapa hari selepas dapat tahu saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah Anak2 saya dan bertanya sendiri – jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’.
(Bersambung 👇👇)
Tiba2 Anak saya dapat panggilan dari polis pada bulan 2 ketika itu mengatakan perempuan itu buat report polis kata anak saya curi kereta. Perempuan ni mengarahkan Abah Anak2 saya supaya Anak saya sendiri kena pulangkan kereta itu kepada perempuan ini sendiri.
Abah Anak2 saya hanya ikut arahan perempuan ini. Yang paling menyedihkan ketika menyerahkan kembali kereta ini anak saya ‘DiPaksa’ mengaku kesilapan dan kena mintak maaf secara bertulis dan perlu menandatangani surat di depan bapa kandungnya sendiri!.
Abah anak saya turut menyuruh anak saya ikut apa saja perempuan ni suruh dan Sambil Abah Anak2 saya disuruh record guna hp perempuan ini dengan Arahan perempuan ini tanpa rasa bersalah.
Saya menerima takdir yang tertulis buat saya apabila 34 tahun usia perkahwinan kami dinoktahkan secara kiriman WhatsApp suara (voice note) pada 8 Ogos lalu – dan lafaz dibuat pada 2 Ogos lalu sebelum anak sulung kami dinikahkan sendiri oleh abahnya pada 5ogos lepas.
Cuma, coretan ini saya kongsikan supaya wanita-wanita di luar sana agar lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin kita anggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat. Janganlah memberi ruang yang terlalu luas hingga mata kita menjadi kabur melihat drama yang akan diciptakan manusia seperti ini.
Menjadi baik dan bersangka positif itu jelaslah perlu dalam limit yang sangat kita jaga kerana tak semua manusia akan memikirkan lumat jiwa manusia lain – malah mereka tidak akan kisah mengisar halus emosi kita untuk meraih kemenangan dalam drama sebabak ini.
Hakikatnya ketika itu mereka telah pun berkahwin.
Saya juga mendapat info dari ahli keluarga perempuan ini yang dia sudah menghilangkan diri dari keluarga sejak 2016 lagi. Sepanjang tempoh inilah ikatan perkahwinan kami yang pernah melalui kehidupan yang susah dari segi ekonomi mula bergolak.
Abah Anak2 saya ini sudah beberapa Kali keluar rumah dan kadang2 pada awalnya berminggu tidak balik. Ketika masih tinggal bersama juga kerap outstation dan hari2 selama beberapa tahun keluar pagi balik malam..Malah ketika banjir besar pada Disember 2021, tiada pertolongan dari ketua keluarga (Langsung tak ambik tahu) banyak harta benda musnah dalam tragedi banjir ini.
Abah Anak2 saya menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022 – Call mesej tak jawab tapi tiba-tiba muncul Di Semifinal n Final bila puteri sulung kami bertanding dalam Gegar Vaganza tahun berkenaan. Saya sangkakan keadaan akan jadi normal tetapi berkat doa, kebenaran yang selama ini cuba dia sembunyikan akhirnya terkeluar satu demi satu. Yang paling mengejutkan bukan setahun dua..rupanya bertahun2 penipuan..
Segalanya bermula apabila anak lelaki saya tolong ambil kereta yang tertinggal di Kedah sebab Abah Anak2 saya dikatakan sakit. Kawan2 dia terpaksa hantar Abah anak2 saya dan perempuan ini ke Ipoh. Orang kedah terpaksa Cari Anak saya untuk ambik Kereta sebab Abah Anak2 saya tak dapat dihubungi.
Pada awalnya Anak saya sangka kereta itu milik Abahnya tetapi dari sinilah kami sangat yakin cerita perkahwinan mereka ini sangatlah benar. Bagaimana rasanya jiwa seorang isteri apabila menemui beg pakaian yang bercampur antara baju suami dan perempuan lain dalam satu luggage.
Kereta bagai kan rumah..pakaian dobi n lain2 barang penuh satu Kereta. Saya tak perlu nyatakan detail. Semua ini saya lalui dan anak-anak menjadi saksinya.
Yang Paling melumatkan jiwa, Anak lelaki saya dituduh melarikan kereta atas nama perempuan ini. Kereta ini Ada dirumah saya Dari bulan December dan ketika itu Abah Anak2 saya Ada tinggal dengan kami.
Abah anak saya balik 23jan hingga 1April lepas dan Kereta yang anak saya ambik sentiasa Ada depan rumah.
Simpati dengan apa yang berlaku, niat murni pencinta haiwan nak selamatkan kucing jadi tragedi apabila dia terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir empat meter.