Kredit foto: Berita Harian

Tragedi letupan yang mengorbankan lima mangsa di Pengerang, Kota Tinggi, menarik perhatian ramai. Sudah tentu kematian yang mengejut dan menyayat hati sudah tentu meruntun hari ramai pihak terutamanya ahli keluarga terdekat. 

Salah seorang ibu mangsa, Rose Abang Din,54, yang terlibat dalam tragedi letupan ini berharap jenazah dapat diuruskan dengan segera. Di samping itu mendoakan yang terbaik untuk anaknya yang telah pergi buat selamanya.

Dapat Diuruskan Secepat Mungkin

KOTA TINGGI: “Sebagai ibu, saya cuma mahu uruskan jenazah anak secepat mungkin.”

Rose Abang Din, 54, masih menunggu proses ujian makmal bagi sampel DNA anaknya, Hadi Syafiq Jamil, 28, yang terkorban dalam tragedi letupan di Unit Diesel Hydro Treating (DHT), Kompleks Bersepadu Pengerang, malam kelmarin.

Selain beliau, waris dan ahli keluarga lima mangsa yang terkorban dalam kejadian itu turut berharap keputusan proses berkenaan dapat diperoleh segera.

Di mata Rose, anak sulung daripada empat beradik itu pergi sebagai syahid.

“Saya cuma mahukan yang terbaik buat anak saya dan berharap proses pengecaman cepat dilakukan supaya kami sekeluarga dapat uruskan jenazah untuk dibawa pulang untuk pengebumian.

IKLAN

“Dia pergi syahid, kami redha. Dia ada balik bercuti 10 hari masa bulan Disember lalu, itulah kali akhir kami berjumpa.

“Hadi ada merancang nak kahwin dengan gadis pilihannya berasal dari Kuching, Sarawak tapi semua itu tinggal begitu saja sekarang,” katanya.

Allahyarham bekerja dalam bidang gas dan petroleum sejak empat tahun lalu.

IKLAN

Harap Dapat Diselesaikan Segera

Nor Efendi Ismail, 39, abang ipar kepada seorang lagi mangsa, Norfazly Md Nor, 31 turut berharap segala urusan dapat diselesaikan segera.

Beliau menggalas tanggungjawab bagi membantu adiknya yang juga isteri Allahyarham.

IKLAN

“Adik saya dalam keadaan sedih dan berharap dapat menatap jenazah suaminya.

“Kita faham prosedur yang perlu dilakukan, cuma berharap semuanya segera selesai supaya dapat membawa pulang jenazah ke kampung halaman,” katanya.

Sumber: Berita Harian

MW: Semoga keputusan ujian makmal dapat diketahui secepat mungkin dan jenazah dapat dikebumikan segera. Paling penting segalanya mengikut prosedur dan jenazah dapat diuruskan oleh keluarga masing-masing sebagai penghormatan terakhir. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI