Ibu kongsi detik cemas beri anak ubat demam luput tarikh, muka bengkak & muntah. Bila anak sakit, hati ibu memang cepat risau. Bimbang jika kesihatan anak semakin tidak sihat. Kebiasaannya kita akan memberikan anak ubat demam seperti paracetamol untuk meredakan demamnya.
Satu perkongsian dari seorang ibu di Tik Tok @msrs30 mengenai keadaan anak gadisnya yang separa kritikal akibat diberi ubat demam hampir tarikh luput mungkin boleh memberi ingatan kepada ibu di luar sana agar memeriksa dahulu tarikh luput ubat-ubatan sebelum diberikan kepada anak.
Ibu Kongsi Detik Cemas Beri Anak Ubat Demam Luput Tarikh
Menurut ibu ini, dia berdepan dengan detik cemas apabila anak perempuannya mengalami alahan pada ubat yang sudah mencapai tarikh luput.
Kongsi ibu ini,anak gadisnya balik dari sekolah dan mengadu demam.
“Saya suruh dia makan ubat paracetamol tapi anak sejenis susah makan ubat. Jadi apabila nak makan ubat tu dia punya drama tak mahu makan ubat, jangan cakaplah. Memang stres, tapi dia makan juga apabila dipaksa,” luahnya menerusi TikTok.
Namun selepas memakan ubat demam tersebut, anaknya mengadu sakit dada dan ingin muntah. Dan memaklumkan badannya terasa gatal.
Ads
Kata ibu ini lagi, mulanya dia tidak endah perubahan anaknya dan berfikir tindakan anak sengaja ingin menarik perhatian.
“Saya ingat dia overreacted and just nak perhatian, jadi saya ignore.
Muka Bengkak & Muntah
“Kemudian dia jerit pula, mulut sakit. Apabila saya tengok, mulut dia dah bengkak, muka penuh ruam. Dia lembik, tak larat dan terus tumbang. Saya angkat dia ke katil dan terus muntah… banyak,” ujarnya.
Lebih mengejutkan apabila mulut anaknya mula berbuih.
“Lepas tu dia batuk dan keluar buih penuh kat mulut. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia tapi dia tak sedar, pengsan. Nasib masa tu suami baru balik. Terus dukung bawa ke bahagian kecemasan hospital. Sesampai di Hospital Batu Gajah, doktor mengatakan tahap oksigen anak dah turun” tambahnya.
Ads
Dalam pada itu, ibu ini turut berkongsi rasa terima kasih kepada jirannya yang merupakan pembantu perubatan yang banyak membantu di saat kecemasan itu terjadi.
“Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital. Selepas kakak sedar, terus minta maaf sebab tak percaya dia sakit masa tu.
“Kakak warded satu malam dan sembuh macam biasa. Terima kasih Hospital Batu Gajah,” luahnya yang tinggal di Ipoh, Perak.
Dalam pada itu dirinya turut meminta ibu-ibu di luar sana agar memerhatikan tarikh luput ubat yang disimpan di rumah. Bahkan dirinya sudah mula menyisihkan ubatan yang dirasakan sudah dibuka dan membuangnya.
Ads
Ya, mak-mak memang kena berhati-hati dengan tarikh ubat sebelum beri pada anak. Selain tarikh luput, kena pastikan anak-anak juga tidak alergik dengan ubatan dimakan.
Syamsul lantik peguam buat Ira Kazar? Seperti yang diketahui semua, Mahkamah Sesyen sebelum ini telah membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Stories Puteri Sarah kembali menarik perhatian ramai apabila memuat naik posting rakannya yang menggunakan akuan di Instagram bernama Emi Anvepa yang mendakwa Syamsul telah melantik peguam buat isteri keduanya.
Syamsul Lantik Peguam Buat Ira Kazar?
Malah Emi yang juga dikatakan merupakan pengurus Puteri Sarah itu beranggapan tindakan Syamsul tersebut bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Aduhai, boleh pula dia lantik peguam untuk ‘backup’ isteri kedua daripada masuk penjara. Macam Megatron lawan Optimus Prime. Sedih la, kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan labu.
“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab.
“Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul). Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” tulisnya.
Difahamkan terdahulu, Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi perlu menjawab kepada mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.
Berbaki kurang dua minggu lagi, Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding berkenaan rumah tangga mereka. Jika Syamsul memberikan kerjasama yang baik dan setuju melafazkan talak pada 7 Mac nanti, maka perpisahan itu akan terjadi.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mas kahwin atau mahar wajib diberikan oleh pihak suami kepada isteri sebagai pemberian hadiah ketika akad nikah. Nilai serta jenis pemberiannya pula bergantung pada persetujuan bersama. Tidak semestinya kena bagi wang ringgit atau barang kemas, apa yang penting ia tidak membebankan.
Surah Al Ikhlas & Cendol
Uniknya mas kahwin yang menjadi pilihan pasangan dari Indonesia ini. Pasangan ini memilih hanya Surah Al-Ikhlas dan segelas cendol sebagai pemberian mas kahwin di hari perkahwinan mereka.
Video pernikahan pasangan ini menjadi viral di media sosial apabila ia dikongsikan oleh Bagus Yudhistira di laman Facebooknya pada 30 Januari lalu. Berwalikan bapa pengantin, pasangan ini sah diijabkabulkan dengan surah Al-Ikhlas dan segelas cendol.
Selepas selepas akad nikah, pengantin lelaki telah menyerahkan segelas cendol kepada pengantin perempuan. Sebagai tanda ‘terima’, pengantin perempuan meminum cendol tersebut.
Simbolik ‘Motosikal Cendol’
Lebih istimewa lagi, sebagai simbolik pada perkahwinan ini, pengantin lelaki telah menunggang sebuah motosikal yang telah diubah suai untuk kelengkapan jualan cendol menuju ke rumah pengantin perempuan. Pasangan pengantin diraikan dalam majlis serba sederhana bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
MW: Selamat Pengantin Baru buat pasangan ini. Perkahwinan itu memudahkan, apa yang penting bersederhana dan ikut kemampuan diri.
Masih segar diingatan, paparan berita melaporkan Adam Raykal Mohd Sufi Naeif bayi berusia lima bulan ditemukan meninggal dunia dalam peti sejuk pada 3 Julai lepas. Setelah dua minggu kejadian menyayat hati tersebut berlaku,Farah Madihah Othman, 28, ibu kepada anak syurga ini, tampil berkongsi rintihan dan luahan perasaannya. Wanita yang bertugas sebagai jururawat di wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur berkata beliau tidak pernah menjangkakan tragedi hitam itu akan menimpa keluarganya dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan mereka.
“Saya jaga bayi di wad, saya tidak pernah buat anak orang, bila orang buat Adam begitu saya tidak boleh terima,” katanya.
“Saya rasa terlalu sekejap bersama anak. Adam baru berusia lima bulan, memang asyik teringat dia (Adam Raykal) bila di rumah… saya tidak boleh bayang macam mana Adam menangis ketika kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Amaniah, Batu Caves di sini pada Rabu.
Asyik Menangis Teringatkan Adam Raykal
Menurutnya, beliau kini reda dengan insiden yang menimpa anak sulungnya itu meskipun pada awalnya asyik menangis teringatkan Adam Raykal. Pada awalnya beliau mengakui agak sukar untuk mempercayai pengasuh berkenaan, namun wanita itu berjaya meyakinkannya dengan berjanji menjaga Adam Raykal sebaik mungkin.
“Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia (pengasuh) beri keyakinan dan menjaga anak OKU (Orang Kurang Upaya) sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya kepadanya,” katanya.
Menceritakan detik kejadian, Farah Madihah berkata pengasuh berkenaan menghubunginya dan mendakwa suaminya Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, telah mengambil anak mereka.
“Saya memang betul-betul ingat anak dilarikan, tak terfikir dia (pengasuh) bertindak sedemikian,”katanya.
Farah Madihah berkata beliau kini bercuti dan masih menunggu keputusan permohonan pertukaran ke Terengganu.Terdahulu, Farah Madihah menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad.
Pendarahan Otak & Retak Tempurung Kepala
Pada 3 Julai lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis di bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian. Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala.
Noraini ketika ditemui pemberita mencadangkan kerajaan mengambil tindakan drastik susulan insiden berkenaan antaranya dengan menguatkuasakan undang-undang.Menurutnya, kerajaan harus mewajibkan semua pengasuh sama ada yang mengasuh di kediaman sendiri atau pusat asuhan supaya berdaftar dengan kementerian berkaitan.
“Kementerian boleh paparkan kepada umum pengasuh yang berdaftar dengan mereka supaya dapat meyakinkan ibu bapa…selain itu kami sarankan supaya satu pusat latihan untuk melatih pengasuh diwujudkan supaya mereka dapat menjalankan tugas secara profesional, ” katanya.
Mingguan Wanita mendoakan agar Farah Madihah diberikan kesabaran dan kecekalan hati dalam menghadapi ujian yang telah ditakdirkan ini. Semoga terus kuat dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...