
Sebenarnya nak mulakan menyimpan duit anak itu, seseorang ibu cuma perlukan satu istilah iaitu istiqomah. Yang mana, jika ibu culas maka tak berhasillah impian ibu nak lihat tabungan anak penuh menggunung ketika anak menginjak remaja. Dan inilah yang dikongsikan oleh Dr Nur Izah tentang panduan istiqomah menyimpan duit anak dalam Tabung Haji.
Beliau memberikan 7 langkah mudah yang perlu diambil oleh mak ayah untuk memastikan anak ada simpanan lebih RM10, 000 dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun dan ke atas. Tak mustahil ada mak ayah akan merasakan cara ini kelakar malah mengambil masa yang terlalu lama.
Tapi, ianya lebih kelakar jika mak ayah cuma memikirkan ianya kelakar dan tidak bermula malah bertindak membuat simpanan. Seringgit sehari tidaklah membebankan. Mak ayah boleh sebenarnya pejam mata sambil menyimpan.
Ini Cara Simpan Duit Anak Di Tabung Haji Bermula RM1 Sehari
1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10K:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
Share jika bermanfaat.
Kredit :- Dr Nur Izah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suhaila & Faizal Hussein Ceria Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20, Masing-masing ‘Tak Makan’ Tua

Suhaila dan Faizal Hussein ceria sambut ulang tahun perkahwinan ke 20, masing-masing ‘tak makan’ tua. Sebut saja nama Faizal Hussein pasti peminat terkenangkan filem-filem box office lakonannya.
Suhaila & Faizal Hussein Ceria Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Tahun
Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang, Suhaila Sulaiman sentiasa dicemburui peminat.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Suhaila, suri hati Faizal Hussein ini berkongsi momen indah sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 20 tahun.
Masing-masing ‘Tak Makan’ Tua
“Alhamdulillah”- tulis Suhaila diruangan kapsyen berserta #20thanniversary #tillsyurga
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan peminat dan juga warga maya. Masing-masing mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn, 19 tahun dan Fazrick, 16 tahun.
Sumber: Instagram Suhaila Sulaiman
Baca artikel lain juga: Pasangan Sejoli, Semoga Berbahagia Hingga Jannah. Sam Syatilla Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Di Mekah
“Saya turunkan ego saya…
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tarik Hati Suami Untuk Layan Anak Isteri Bukan Hadap Telefon 24 Jam

Bila kita ke mana-mana baik pusat membeli belah, stesen bas mahu pun hospital, apa yang ada kat tangan masing-masing, sudah tentulah telefon bimbit. Baik suami atau isteri, masing-masing sibuk dok melayan telefon bimbit. Isteri dengan whatsapp, suami pula dengan gamesnya. Mana yang ada anak tu dibiarkan bermain sorang-sorang.
Itu sudah lumrah dengan keadaan semasa ini. Di luar atau di rumah, tidak akan sempurna tanpa telefon bimbit. Suami pula sibuk melayan dengan games sampai kerja-kerja rumah, semuanya isteri yang buat.
Menurut pandangan DR. (Cr.) Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, penggunaan gajet cara yang betul mampu memberi kebaikan khususnya kepada suami:
- Alat komunikasi
- Alat keselamatan
- Alat pencarian maklumat
- Alat bantu belajar
- Alat bagi penggunaan ibadah
Tetapi ia boleh beri kesan negatif gajet di kalangan suami bila:
- Memudahkan suami terlibat dalam skandal.
- Mengkhayalkan suami dari segi gambar danvideo yang tidak sepatutnya.
- Ketagih dengan aktiviti melayari dan menggunakan aplikasi whatsapp, keek, youtube, instagram, twitter dan facebook.
- Mengurangkan kemesraan suami isteri.
- Merosakkan minda dan jiwa suami.
- Menjadikan suami hidup dalam khayalan dan membazir masa dengan bermain gajet.
- Menjadikan suami cepat marah.
- Menjadikan suami bersikap pentingkan diri sendiri.
Keadaan inilah yang membawa kepada ketagihan gajet di kalangan suami kerana:
- Suami lemah dari segi ilmu disiplin pengurusan masa
- Tidak jelas peranan sebagai suami, ayah dan role model kepada seisi keluarga.
- Tidak matang dari segi memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai suami.
- Mementingkan hawa nafsu sendiri.
- Kurang penghayatan hidup dan mengamalkan ilmu agama, selari dengan tuntutan agama.
Kesannya Pada Isteri:
Apabila suami yang gila gajet, isteri di rumah akan berasa kekurangan dari segi:
- Sentuhan jasmani (Kemesraan akan kurang. Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri)
- Sentuhan rohani (Isteri kurang bimbingan rohani. Sebab hati suami dah menjadi keras. Tidak mampu memberi bimbingan kata-kata rohani kepada isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tidak betul dan kurang penghayatan rohani dalam jiwanya)
- Sentuhan emosi (Hubungan mesra dan kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stres kepada isu dan masalah yang ditumpunya pada bahan-bahan dalam gajet).
- Sentuhan intelek (Kurang majlis ilmu di dalam rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai sesuatu yang bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi bersama isteri dan juga anak-anak).
Jalan terbaik untuk isteri amalkan ialah:
Doa
- Berdoa dengan ikhlas agar isteri rasa lebih tenang dan bertawakal kepada Allah.
Takwa
- Berusahalah sehingga suami mendapat celik akal (kesedaran) dam kurangkan memegang gajet ketika berada di rumah.
Cakap Elok-elok
- Beritahu dengan suara dan intonasi yang paling lembut dan terbaik pada suami. Jangan lawan dan bercakap kasar terhadap suami. Ini untuk ingatkan suami supaya jangan asyik main telefon bimbit sama ada di dalam bilik tidur, majlis makan malam seisi keluarga, bersantai depan televisyen dan telefon bimbit sentiasa di dalam genggaman termasuklah ke dalam tandas.
Kembali Pada Fitrah
- Kena ingat sentiasa mengenai fitrah manusia. Misalnya adalah fitrah bahawa setiap manusia ada kelemahan. Setiap manusia berhak mendapat nasihat dan kasih sayang daripada sesiapa sahaja khususnya daripada seorang isteri kepada suami tercinta. Fitrah manusia sangat mudah tersentuh hati apabila mendapat nasihat dan layanan yang penuh kasih sayang, jauh daripada kata-kata berupa penghinaan dan marah-marah.
KESIMPULAN
Masalah suami gila gajet bukanlah masalah rumit untuk diperbaiki. Ia soal personaliti yang ‘matang’ atau ‘belum matang’. Matang adalah soal istimewa dalam nilai konsep kendiri seseorang suami. Isteri boleh memainkan peranan untuk mengubah sikap suami. Namun jika isteri tidak sanggup untuk berusaha keras bagi mengubah sikap negatif suami sendiri, maka pastinya orang lain tidaklah boleh diharapkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa Sebenarnya Perampas? Boleh Didakwa Di Mahkamah!

Siapa yang digelar perampas? Apakah pihak ketiga yang menganggu rumah tangga seseorang? Sebenarnya ia bukan sekadar itu.
Kes 1:
Seorang wanita berstatus isteri kedua setelah mengahwini seorang lelaki berstatus suami kepada seorang wanita dan empat orang cahaya mata di negeri jiran Thailand, mengadu dia tidak menikmati haknya sebagai isteri selepas perkahwinan mereka yang berusia tiga bulan diketahui oleh isteri pertama.
Sejak rahsia perkahwinan dimaklumi, isteri pertama mendesak agar suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya mengambil kira pengorbanan isteri yang sanggup menerima kehadiran madunya.
Akur kepada kehendak isteri yang banyak membantunya sebelum itu, suami tidak melaksanakan giliran, berjumpa hanya sesekali dalam sebulan itu pun secara sembunyi dan tidak memberikan sebarang perbelanjaan. Kejadian berlangsung hampir dua tahun sehingga kes diadukan kepada saya.
Kes 2:
Seorang wanita mengahwini lelaki berstatus suami orang. Sejak sembilan bulan perkahwinan, isteri kedua tersebut melarang suaminya daripada balik ke rumah isteri sedia ada malah suami tidak ambil peduli mengenai tujuh anak yang ada.
Kes 3:
Seorang ibu yang baru kematian suami meminta anak lelaki tunggalnya agar balik menetap di kampung bersamanya. Akur kepada kehendak ibu, si anak yang juga suami kepada seorang wanita dan lapan cahaya mata bertindak berhenti kerja dan balik ke kampung tanpa mengambil peduli lagi mengenai isteri atau anak-anak.
Isteri yang tidak bekerja merayu agar turut dibawa balik ke kampung tetapi ibu mentua enggan terima. Bila menantu mengingatkan ibu mentua mengenai tanggungjawab anaknya yang telah bersuami, menantu diherdik dan dicaci maki kerana lupa, darjatnya sebagai ibu berikannya hak yang lebih berbanding isteri.
Kes Yang Benar Berlaku
Kes-kes dikongsikan di atas adalah tiga kes yang benar-benar berlaku dan sampai ke pengaduan saya. Berdasarkan kes, siapakah yang anda fahami sebagai perampas? Perampas biasanya dilabelkan kepada mana-mana gadis atau wanita yang bercinta atau mengahwini lelaki yang telah pun beristeri. Realitinya, bukan semua gadis atau wanita yang mengahwini suami seorang wanita yang lain adalah perampas.
Sukar dipercayai? Analogi mudah, apakah yang dimaksudkan dengan perampas dalam kejadian melibatkan kapal terbang? Pastinya perampas kapal terbang ialah individu yang berjaya mengambil alih matlamat atau tujuan perjalanan kapal terbang daripada juru terbang walau kapal terbang tersebut masih dikendalikan oleh juru terbang yang sama. Ambil alih yang menjadi sebab individu tersebut menjadi perampas.
Siapa Yang Menafikan Hak Orang Lain
Sama dengan isu yang bakal dibincangkan kali ini. Perampas yang sebenarnya menurut kefahaman syariat Islam dan Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di seluruh Malaysia ialah mereka yang dengan sengaja menghalang seseorang yang lain daripada menikmati hak yang disediakan oleh syarak dan undang-undang.
Perampas tak semestinya isteri kedua atau isteri ketiga atau isteri keempat malah perampas boleh juga adalah isteri pertama. Bukan saja isteri malah perampas juga boleh berupa ibu mentua malah sesiapa sahaja yang menjadi dalang dalam menafikan hak seseorang yang lain.
Isteri Pertama Dan Mentua
Merujuk kes dikongsi, dalam kes pertama, isteri pertama adalah perampas. Dalam kes kedua, isteri kedua adalah perampas dan dalam kes ketiga, ibu mentua adalah perampas. Kenapa? Isteri pertama dalam kes yang pertama bertindak menafikan hak isteri kedua.
Walaupun isteri pertama telah berkorban segalanya bukan bermaksud isteri pertama tadi boleh menyekat suaminya memberikan hak yang ditetapkan oleh syariat dan undang-undang kepada madunya. Isteri kedua dalam kes kedua pula adalah perampas kerana menafikan hak isteri pertama dan anak-anak suaminya. Baru atau lebih muda bukan alasan untuk isteri kedua memonopoli si suami.
Dalam kes ketiga pula, ibu mentua adalah perampas kerana menafikan hak menantu. Bagi seorang lelaki, jika telah berkahwin, kewajipan sebagai suami tetap perlu dilaksanakan dan sebagai ibu, anda wajib menyuruh anak lelaki anda melaksanakan tanggungjawabnya, bukan hanya mementingkan kepentingan diri semata.
Bergurau Dengan Isteri Berpada-pada, Jangan Sampai Dia Terasa Hati
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Siapa Perampas Boleh Didakwa
Jika belum berkahwin dan si gadis atau wanita bercinta dengan suami orang, apakah mereka ini juga perampas? Bagi golongan ini, mereka hanya menjadi perampas jika hubungan yang wujud antara mereka bersama suami orang tadi menyebabkan suami orang tersebut lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami malah sebagai bapa jika telah mempunyai anak.
Lalai bukan hanya bermaksud tidak memberi nafkah atau perbelanjaan bagi keperluan tetapi juga tidak memberi perhatian, layanan dan kasih sayang yang sewajarnya. Jika hanya berhubungan tanpa mengabaikan semua tanggungjawab yang perlu maka mereka bukan perampas.
Jika berdepan dengan perampas, apa yang perlu dilakukan? Perampas boleh didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Enakmen Jenayah Syariah malah menurut peruntukan penalti dalam Undang-undang Keluarga Islam.
Artikel: Suzana Ghazali, Perunding Kaunseling Keluarga Dan Guaman Syariah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI