Ibu dan ayah janganlah leka dan beri tumpuan hanya pada kerjaya, sekali sekala tolonglah luangkan masa dengan anak-anak.

Memandangkan zaman moden ini pelbagai pancaroba yang harus ditempuhi terutamanya pada anak-anak Pensyarah Kanan, Perunding Psikologi Klinikal, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Dr Kartini Ilias sudi berkongsi empat tip buat ibu bapa bagi membendung masalah sosial di kalangan anak-anak.

Menurut Dr Kartini ibu bapa merupakan tunggak kepada anak-anak dan agen yang penting dalam membendung masalah sosial dan membentuk sahsiah dalam diri anak-anak.

1) Makan Malam & Bercerita Dengan Anak-Anak
Dalam kesibukan urusan harian dan pekerjaan ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Secara tidak langsung akan membuatkan mereka merasakan lebih dihargai dan disayangi. Cuba luangkan masa untuk makan malam bersama dan bercerita antara satu sama lain.

2) Displin & Awasi Pergerakan Anak
Ibu bapa juga haruslah mendisplinkan anak mereka. Ini kerana bagi membuatkan anak mereka sentiasa berkelakuan dengan baik. Tetapkan peraturan untuk semua ahli keluarga patuhi. Perlu ada ketegasan sekiranya ahli keluarga melanggar peraturan yang ditetapkan. Tidak semestinya hukuman, tetapi menggunakan teknik lain seperti “reinforcement” secara positif dan negatif.
Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak mereka. Ini kerana kita dapat menegur anak kita sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak betul. Ibu bapa perlu tahu siapa kawan anak-anak. Apa laman web yang selalu mereka layari, permainan dan aplikasi yang mereka gunakan. Perlu ambil tahu.

Ibu Ayah Sibuk Mana Sekalipun, Tolonglah Luangkan Masa Bersantai Dengan Anak-Anak
Sentiasa luangkan masa bersama anak-anak dan keluarga tercinta.

3) Didikan Agama
Ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang cukup kepada anak-anak. Ini dapat membuatkan anak mereka akan dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Seperti contoh, agama Islam, telah menggariskan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan panduan mengenai aurat bagi lelaki dan juga perempuan untuk menjaga hak dan kehormatan.

4) Role Model Terbaik
Bak kata pepatah, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Begitu juga kita ibu bapa, sekiranya kita tidak menunujukkan contoh dan teladan yang baik, mana mungkin anak-anak kita bisa berkelakuan baik. Ianya lahir dari kita ibu bapa. Ibu bapa juga perlu mempunyai ilmu yang cukup. Merekalah guru yang terbaik untuk mengajar anak-anak.

Ibu Ayah Sibuk Mana Sekalipun, Tolonglah Luangkan Masa Bersantai Dengan Anak-Anak
Hari keluarga antara ikatan terbaik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI