Ads

Ibu Anak Rentung Kereta Dihempap Lori Tangki, Perjalanan Pulang Berakhir Dengan Tragedi

Ibu Anak Rentung
Ibu Anak Rentung

Sekelip mata ibu anak rentung dalam nahas jalan raya apabila kereta yang dinaiki dihempap lori tangki membawa kira-kira 32,000 liter petrol dan diesel. Sangat memilukan hati sesiapa sahaja yang melihat keadaan yang berlaku.

Ibu Anak Rentung Kereta Dihempap Lori Tangki

Ibu Anak Rentung Kereta Dihempap Lori Tangki, Perjalanan Pulang Berakhir Dengan Tragedi

Siapa duga, perjalanan dari Jerantut menuju Seremban bertukar menjadi tragedi apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak.

​Mangsa dikenal pasti sebagai Nur Fatima Abdullah, 39, dan anak lelakinya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, yang ketika kejadian dalam perjalanan dari Jerantut menuju ke Seremban, Negeri Sembilan.

Perjalanan Pulang Berakhir Dengan Tragedi

Ibu Anak Rentung Kereta Dihempap Lori Tangki, Perjalanan Pulang Berakhir Dengan Tragedi

Ads

Menurut laporan berita, lori tangki berkenaan dalam perjalanan dari Bera menuju Temerloh sebelum terbabas, terbalik dan menghempap kereta dinaiki dua beranak terbabit.

Lebih memilukan, kedua-dua kenderaan kemudian terbakar menyebabkan dua beranak itu tidak dapat diselamatkan. Akibat kemalangan, kereta dan lori tangki terbakar menyebabkan dua beranak itu rentung.

Walaupun ahli keluarga mangsa sudah tampil memberikan keterangan kepada polis, pengesahan identiti kedua-duanya masih perlu dilakukan melalui perbandingan DNA waris.

Ads

Pemandu lori tangki berusia 37 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Ibu Anak Rentung Kereta Dihempap Lori Tangki, Perjalanan Pulang Berakhir Dengan Tragedi

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 petang sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin dan Temerloh dikejarkan ke lokasi.

Ads

Setibanya pasukan bomba, kedua-dua kenderaan didapati sedang terbakar dan operasi memadamkan api mengambil masa lebih dua jam.

Anda mungkin berminat dengan

Perjalanan yang sepatutnya membawa seorang ibu dan anak menuju ke destinasi akhirnya menjadi perjalanan terakhir mereka.

Cukup menyayat hati, keluarga hanya mampu menanti pengesahan identiti dan membawa pulang dua insan tersayang untuk disemadikan. Kisah tragedi ini meninggalkan duka mendalam dan pastinya sukar dilupakan oleh mereka yang ditinggalkan.

Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Sumbangan Terakhir

Sumbangan Terakhir Allahyarham Muhammad Nicklos, Derma Empat Jenis Tisu Bantu Lapan...

Sumbangan terakhir Allahyarham Muhammad Nicklos Muhammad Nizam selepas mendermakan empat jenis tisu iaitu kornea mata, injap jantung, saluran darah femoral dan kulit.