Pening kepala bila memikirkan tentang hutang. Tiap-tiap bulan, bila dapat gaji, perkara pertama adalah menyelesaikan hutang-hutang azali seperti rumah, kereta dan keperluaan lain. Ini belum lagi termasuk hutang wajib yang telah diikat bertahun-tahun. Contohnya, pinjaman masa lalu. Walau apa pun itu semua adalah tanggungjawab yang perlu kita hadap dan tentunya setiap orang akan menghadapinya.

Berlainan pula untuk topik Mingguan Wanita Talkshow kali ini. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas. Hutang bila nak bayar? Kadang-kadang orang yang memberi hutang pula malu untuk meminta hutang sedangkan orang yang berhutang buat ‘dono’ sahaja.

Hutang, Bila Nak Bayar?

Pandai berhutang, pandailah bayar. Itulah pesanan dan ingatan bila berhutang dengan orang lain, baik kawan mahupun adik beradik sendiri.

IKLAN

Ikuti kupasan lanjut Hutang, Bila Nak Bayar dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari bersama Siti Elizad dan PU Taha serta tetamu jemputan Sasha Abdul Aziz dan pakar kewangan yang akan mengulas tentang topik menarik ini.

Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa jumpa esok ye semua!

IKLAN

#mingguanwanitatalkshow

#mingguanwanita

IKLAN

#temansetiapwanita

#AstroPrima105

#AstroPrimahd121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI