Hutang Selepas Kahwin, Jangan Sampai Rumah Tangga Jadi Huru Hara

Kos hidup yang tinggi di bandar membuatkan pasangan berkeluarga terpaksa ‘menyekat’ keinginan yang diperlukan. Ada juga dikatakan perbelanjaan melebihi pendapatan sehingga pasangan suami isteri ini sanggup berhutang. Apabila terbeban dengan hutang yang banyak, hati tidak senang dan kadang kala boleh menyebabkan berlakunya pertengkaran dan pergaduhan pada suami isteri. Jadi, bagaimana nak pastikan suami isteri ini hidup lebih tenng tanpa beban hutang. Dr Hj Mohd Nor Mamat dari UiTM, Shah Alam mengatakan hukum berhutang asalnya adalah harus terutama apabila ada keperluan yang memerlukan modal ataupun harta untuk digunakan dalam kehidupan kita.

Hutang Selepas Kahwin, Jangan Sampai Rumah Tangga Jadi Huru Hara
Ustaz Hj Mohd Nor Mamat

“Malah Islam menggalakkan kita supaya bantu- membantu dan salah satunya adalah memberi hutang kepada mereka yang memerlukan. Walau bagaimanapun, berhutang untuk tujuan memenuhi keinginan tambahan seperti perhiasan atau semata-mata untuk bermewah-mewah, ia tidaklah digalakkan dan boleh menjadikan diri kita terbiasa dengan sikap berhutang. Akhirnya membebankan untuk kita membayar balik,” terangnya.

Apa Patut Suami Isteri Lakukan?

Pada sudut psikologi, isteri mencadangkan pembelian manakala suami membuat keputusan. Ia lebih seimbang kerana fitrah isteri mudah cenderung kepada keperluan perhiasan manakala suami pula lebih cenderung kepada keperluan asas.

IKLAN

Kalau isteri membeli, dibimbangkan terlanjur dengan perkara yang tidaklah menjadi keperluan tetapi lebih kepada tambahan dan aksesori. Jika suami pula yang membeli, dibimbangkan terlalu terhad dengan keperluan asasi semata-mata, tanpa ada variasi dan nilai tambah yang mewarnai kehidupan kita.

IKLAN

Sebaiknya, suami isteri bersinergi mengikut kekuatan fitrah ciptaan Allah. Kalau ke pasar, isteri yang memilih atau mencadangkan barangan yang ingin dibeli, suami pula mencadangkan mana-mana yang patut atau diketepikan dahulu.

IKLAN

Sebagai isteri:

  • Elakkan daripada suka meminta-minta kerana ini disebut dalam kitab Muhimmah sebagai sikap wanita yang buruk dan tidak disukai oleh suami. Malah Rasulullah s.a.w juga berpesan tentang larangan supaya isteri jangan suka meminta-minta sesuatu apatah lagi di luar kemampuan suami.

Sebagai suami:

  • Haruslah diutamakan harta yang da untuk mencukupkan keperluan keluarga terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi tujuan lain, sehingga keperluan keluarga pula yang terbeban dengan hutang. Rasulullah s.a.w pernah menyebut tentang pemberian yang paling baik oleh seorang lelaki adalah kepada isterinya.

Sebagai isteri:

  • Sarankan harta untuk membantu suami kurangkan bebanan hutang, bukannya menambah hutang dengan keinginan dan permintaan keperluan anda.

Sebagai suami:

  • Kadang kala anda tidak tersedar yang anda memikirkan logik keperluan semata-mata sehingga menafikan fitrah keinginan isteri anda yang Allah SWT ciptakan dengan kecenderungan kepada perhiasan. Inilah hikmah ketentuan Allah dalam Al Quran bahawa perhiasan itu hanya untuk wanita sahaja.

Hutang Selepas Kahwin, Jangan Sampai Rumah Tangga Jadi Huru Hara

Usah Terjerumus Dengan Masalah Hutang

  • Biasakan diri dengan kehidupan berpada-pada dan bersederhana (wasatiyyah) agar tidak terikut tabiat hidup bermewah-mewah.
  • Jangan biarkan hidup anda terikut-ikut atau meniru gaya hidup orang lain yang lebih kaya kerana ia menjadikan anda sentiasa tidak cukup dan keluh kesah.
  • Dalam hal ibadat, pandanglah mereka yang lebih banyak beribadat agar kita cemburu untuk memperbanyakkan ibadat tetapi dalam hal harta, pandanglah mereka yang lebih miskin agar kita lebih berpada dan bersyukur.
  • Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang risiko berhutang dan ingatan-ingatan tegas dalam Al Quran dan hadis. Tabiat suka berhutang kerana ingin memenuhi kehendak atau keinginan tanpa justifikasi keutamaan keperluan adalah satu tabiat buruk yang perlu dibendung. Rasulullah mengingatkan;

Tip Belanja Berhemah

  • Biasakan beli secara tunai dan tepat dengan kemampuan semasa.
  • Merancanglah untuk membeli agar dapat dipertimbangkan keutamaan berdasarkan kepada kemampuan kewangan.
  • Berbincang sekiranya membabitkan pembelian perkara besar ataupun dalam hal keperluan berhutang, supaya ada pro dan kontra.
  • Belilah sesuatu dalam kemampuan untuk membayarnya dan berhutanglah pada kadar yang mampu dibayar dalam tempoh terancang.
  • Elakkan berhutang dengan mengharapkan tuah masa depan untuk membayar balik, ataupun dengan mengharapkan perubahan keadaan ekonomi yang lebih baik. Islam tidak membenarkan kita bergantung kepada tuah, nasib ataupun kemungkinan semata.

Saranan Buat Suami Isteri

  • Mahirkan diri dengan skil pengurusan kewangan mengikut keutamaan (fiqh awlawiyyat), perkara dharuriyyat (sangat perlu), perkara hajiyyat (memudahkan) dan perkara tahsiniyyat (aksesori).
  • Jadikan amalan yang berterusan dengan berdoa setiap selepas solat agar dimurahkan rezeki, diberi keberkatan hidup dan dihindari daripada bebanan hutang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI