Hubungan mak mentua dan menantu: Jauh-jauh bau minyak wangi, dekat-dekat bau tahi ayam. Hubungan antara mentua dan menantu, khususnya mentua perempuan dan menantu perempuan, sering menjadi perbincangan dalam masyarakat kita.
Hubungan Mak Mentua dan Menantu
Ada pepatah yang menyebut, “Jauh-jauh bau minyak wangi, dekat-dekat bau bunga tahi ayam,” yang membawa maksud hubungan kekeluargaan akan lebih harmoni jika tidak terlalu rapat secara fizikal. Jarak boleh memainkan peranan dalam menjaga keharmonian keluarga.
Cabaran Tinggal Berdekatan
1. Konflik Kehidupan Seharian
Apabila mentua dan menantu tinggal berdekatan, peluang untuk salah faham menjadi lebih besar. Perbezaan latar belakang, gaya hidup, dan cara menguruskan rumah tangga sering kali menjadi punca ketegangan. Misalnya, mentua mungkin terbiasa dengan cara memasak tertentu, tetapi menantu pula mempunyai gaya sendiri. Jika kedua-dua pihak tidak fleksibel, hal kecil seperti ini boleh mencetuskan konflik.
2. Privasi yang Terbatas
Tinggal berdekatan sering kali mengundang situasi di mana privasi pasangan muda terganggu. Sebagai contoh, mentua mungkin sering datang tanpa diberitahu, atau menantu mungkin merasa diawasi setiap masa. Perasaan ini boleh menimbulkan tekanan emosi dan akhirnya mencipta jurang dalam hubungan.
Jauh-jauh Bau Minyak Wangi, Dekat-Dekat Bau Tahi Ayam
Hikmah Jarak dalam Hubungan Keluarga
1. Mengelakkan Konflik Kecil
Dengan tinggal berjauhan, kedua-dua pihak boleh mengelakkan perkara-perkara kecil yang berpotensi menjadi punca salah faham. Misalnya, mentua tidak akan terlalu terlibat dalam urusan rumah tangga menantu, manakala menantu pula tidak akan merasa terbeban untuk memenuhi jangkaan mentua secara berterusan.
2. Mencipta Ruang Untuk Rindu
Rindu adalah elemen penting dalam hubungan kekeluargaan. Dengan jarak yang wujud, setiap pertemuan akan menjadi lebih bermakna. Kunjungan yang sesekali, diiringi senyuman dan suasana gembira, mencipta kenangan manis yang boleh mengukuhkan kasih sayang antara mentua dan menantu.
Ads
3. Fokus kepada Kehidupan Sendiri
Pasangan muda memerlukan masa untuk membina keluarga mereka sendiri tanpa campur tangan yang terlalu kerap. Dengan tinggal berjauhan, mereka boleh belajar untuk berdikari dan membuat keputusan bersama tanpa merasa terlalu banyak tekanan daripada pihak mentua.
Tip Menjaga Hubungan Harmoni
1. Komunikasi Yang Baik
Meskipun tinggal berjauhan, pastikan komunikasi tetap berjalan dengan baik. Gunakan teknologi seperti panggilan telefon atau video untuk bertanya khabar dan menunjukkan keprihatinan.
2. Hormat-Menghormati
Rasa hormat harus wujud di kedua-dua belah pihak. Mentua harus memahami bahawa menantu mempunyai cara tersendiri dalam mengurus rumah tangga, manakala menantu pula perlu menghormati pengalaman dan nasihat mentua.
Ads
3. Menjaga Batasan
Mentua dan menantu perlu tahu batasan masing-masing. Jangan terlalu mencampuri urusan peribadi, dan pada masa yang sama, jangan terlalu menjauh sehingga hubungan menjadi dingin.
Dalam konteks hubungan mentua dan menantu, jarak boleh menjadi alat yang efektif untuk menjaga keharmonian. Namun, jarak fizikal sahaja tidak cukup; sikap saling menghormati, komunikasi yang baik, dan usaha untuk memahami satu sama lain adalah kunci utama. Dengan cara ini, hubungan kekeluargaan akan terus kekal harmoni, meskipun jarak memisahkan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Para suami, layanlah suami baik-baik berbanding orang lain. Isteri berhak untuk mendapatkan layanan terbaik daripada suami. Mengapa pula suami perlu layan orang lain baik tetapi dengan isteri acuh tak acuh sahaja.
Selalu kita dengar, suami cepat betul berubah. Bila sudah kahwin terus jadi pendiam tapi bila layan orang lain bukan main peramahnya. Ada juga sesetengah suami, sebelum berkahwin bukan main banyaknya dia bercakap, kadang-kadang sampai tak terlayan. Tapi bila sudah berkahwin terus jadi pendiam. Peliknya, dengan kawan atau orang lain boleh layan dengan baiknya.
Suami Layanlah Isteri Baik-baik
Inilah yang membuatkan isteri terasa hati. Seolah-olah isteri pula ‘orang lain’ dan layan orang lain lebih daripada isteri sendiri. Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dalam rumahtangga. Isteri patut dilayan lebih daripada orang lain, waima kawan sendiri pun.
Tak perlulah suami berubah personaliti. Layan orang lain lebih baik berbanding isteri sendiri. Sedangkan dia tak tahu, isterilah yang sanggup berkorban apa saja dan sentiasa ‘hadap’ dengan peel suami.
Jangan jadi hipokrit atau munafik moden, bak kata Firdaus Shakirin dalam perkongsiannya ini.
Layan Orang Lain, Isteri Terasa Hati
Bila suami dengan orang luar boleh bercakap baik-baik. Tapi dengan isteri sendiri ditengking-tengkin. Itulah yang buat isteri terasa hati.
Malah, bila dengan orang lain boleh pula suami gelak ketawa dan bergurau senda. Tapu dengan isteri sendiri serius dan muncung sedepa, itu yang buat isteri terasa.
Bila suami boleh habiskan masa bersama kawan-kawan, tapi dengan isteri sendiri suami tak ada masa. Itu yang buat isteri terasa.
Selain itu, bila suami boleh online, like dan komen sana sini tapi dengan isteri, watsap sepatah pun tak dijawab. Inilah yang buat isteri terasa.
Kalau suami memang jenis pendiam, kurang bercakap, isteri faham. Waima, kalau suami jenis jarang bercakap, selalu serius, isteri faham. Kalau suami memang sibuk, dengan kawan-kawan pun tak sempat, anak isteri pun tak sempat. Itu pun isteri faham.
Tapi kenapa dengan orang lain selain isteri, suami jadi ‘orang lain. Bila dengan isteri, suami ‘orang lain’.
Sebab Dia Lebih Berhak Berbanding Orang Lain
Bukan Hilang Hormat
Tak hilang hormat dan taat seorang isteri kalau suami layan dia sama macam suami layan orang lain. Tak jatuh kedudukan kau sebagai suami kalau kau cakap baik-baik dengan isteri. Guna nada yang rendah, boleh bergurau senda dan ketawa bersama-sama.
Isteri lagi hormat suami yang macam ini
Sepatutnya, isteri kena dapat lebih daripada orang sekeliling kerana dialah yang mengandungkan zuriat kita, bagi keturunan dan banyak urusan suami dipermudahkan isteri.
Balik kerja, sampai rumah, makan, tengok tv dan tidur.
Kerja-kerja rumah tak perlu fikir. Esok bangun pagi, terus ke tem[at kerja. Ulanglah setiap hari seperti itu.
Jadilah orang yang sama sebagaimana kita jadi pada orang sekeliling kita. Jangan ada dua personaliti. Depan orang kau lain dan depan isteri lain pula.
Depan orang lidah tak bertulang, dengan isteri lidah bercabang. Dalam Islam kata munafik, bahasa moden kata hipokrit.
Layanlah isteri lebih daripada orang lain. Isteri anda juga bukan orang lain pun.
Suami yang baik dan disayangi isteri, apabila dia tak kedekut nak belanja isterinya makanan sedap. Isteri akan lebih menghargai, silap-silap isteri pula nak balas kebaikan suami, belanja suami makan makanan sedap pula. Lagi-lagi bila suami tiada duit tunai di tangan.
Macam BroOhsem, Akhtar Syamir ini. Suatu ketika dulu, pernah tak ambil kisah pun pasal kewangan isteri. Tak nak ambil tahu isteri ada duit atau tak. Dia juga tak peduli sama ada isteri dapat beli apa yang dia idamkan atau tak.
Sampailah datang kesedaran, tak kedekut dengan isteri. Barulah dia nampak.. murah rezekinya selepas itu. Makin berganda-ganda.
Kebetulan Saya Memang Tak Ada Tunai
“Sayang teringin nak makan kek Indulgence kat Secret Recipe. Tolong belikan boleh? Untuk anak-anak sekali, kakak suka Chocolate Fudge. I belanja, I bagi kad ye“. Kebetulab saya memang tiada tunai. Sekarang dah jarang sangat bawa duit tunai. Semua pakai e wallet.
Bila nak masuk parking tu, ternampak ada kedai bakeri baru bukak. Sementara diorang tunggu dalam kereta, saya ke kedai bakeri tu dulu.
Kebetulan saya belum makan tengahari lagi, diorang dah makan kat rumah ipar tadi. Kedai bakeri tu ada ayam grill. Tengah offer pulak sebab baru bukak. Roti, egg tart dan donut pun tengah offer. Dengan senang hatinya saya pakai kad bank dia kat situ.
Lepas tu baru pergi beli kek kat Secret Recipe dekat je dengan kedai bakeri tu. Siap je beli kek, bila bukak je pintu kereta untuk masuk, saya terus tergelak besar sambil cakap “hahaha… Bestnya belanja pakai kad orang lain”. Muka bangga semacam. Perasaan dia lain betul. Seronok semacam.
Menjerit orang tu kena scam. “Padan mukeee” kata saya. Selalu saya je yang kena scam. “Takpelah abang, sayang ikhlas” katanya. Tapi muka dia macam tak ikhlas je?
Tapi bila pikir-pikir balik, syukurnya rasa. Dulu isteri saya sampai terlupa nak guna ATM macam mana. Punyalah lama akaun dia takde duit. Memang sedih betul bila terkenangkan.
Saya tak malu mengaku, dulu kurang kesedaran. Saya letak benda sebegini di tangga terbawah keperluan dalam keluarga. Kalau ada, adalah.
Sebenarnya janganlah buat macam tu. Letak kepentingan dia di atas. Barulah selesaikan yang lain. Sebabnya, bila kita bagi pada isteri, kita akan dapat berkali-kali ganda lagi. Dulu letak di bawah sebab takut duit tak cukup. Tapi bila letak keperluan dia di atas, cukup pula nak buat semua benda.
Magik kan?
Inilah namanya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain terutamanya isteri kita. Jangan kedekut dengan isteri. Bila kita tak kedekut, rezeki tu akan datang dengan lebih banyak lagi.
Bila dah sampai kat rumah, saya pun masukkan semula duit yang digunakan tadi. Jadi, isteri saya dapat, saya pun dapat. Best kan?
Sekadar perkongsian kegembiraan. Semoga mendetikkan sesuatu. Kongsikan untuk manfaat semua.
Jemput follow saya, Akhtar Syamir dan isteri, Nora Azni Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa. Jom joi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak besarkan anak, bukan senang. Salah cara didik, kelaut jadinya. Pendek kata, apa yang kita buat dekat masa kecil, itulah yang akan ‘dituangkan’ balik pada kita.
Sebab itu kena bentukkan anak-anak masa dia kecil, nanti sampai ke besar dia akan bawa ajaran yang diterima. Cuba flashback sendiri, agak-agak cukup ke kasih sayang dan layanan kita bagi pada anak-anak?
Sebelum terlewat, renungkan pengisian daripada saudara Firdaus Shakirin ini sejenak.
Apa Yang Kita Ajar Anak
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita?
Keluar pagi buta, bila balik dah malam, anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah.
“Bising je la, pergi duduk sana.”
Baru jumpa je, dah kena marah.
Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone. Tengok Facebook, tengok WhatsApp, taip balas komen, tersenyum sendiri. Lepas itu anak-anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi. Maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.
Tengok Muka Anak Tidur
Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya.. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi, teringat yang kita tak layan dia, buat tak tahu kat dia. Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan. Kemudian macam tu sepatutnya kita layan dia?
Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita, tunggu lagi 10-20 tahun. Agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?
Salah Didikan Ke?
Kita yang didik dia macam tu.
Kita tak luang masa dengan anak-anak kita, pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak nak cakap, nak cerita, main dengan diorang. Ajar diorang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibubapa.
Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak akan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita.
Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka. Berubahlah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...