Asyik beli yang dah siap, apa kata kali ini mak-mak yang gemar sangat makan tom yam buat sendiri pes tom yam.
Oang kata kalau buat lagi puas hati dan selamat, sebab kita nampak apa bahan-bahannya. Dan kelebihan buat sendiri ni, nanti boleh buat duit. Untung ke tidak?
Haaa.. resepi dan cara yang Puan Shamliah Ibrahim buat ini, mak-mak boleh rujuk pada gambar yang dikongsi.
Cara Buat Pes Tom Yam
Buat siap nanti senang nak masak. Ok pes tom yam ini juga sesuai untuk:
Ads
Tom yam seafood dan ayam Nasi goreng tom yam Macaroni tom yam Dan semua jenis masakkan yang menggunakan pes tom yam.
Bahan banyak ni boleh dapat 3 botol kecil. Tetapi kalau nak buat sikit ÷ 3 setiap bahan
Buat lebih boleh simpan. Boleh juga ganti belacan dengan udang kering.
Tumis cili kisar dulu.
Ads
Sos ikan dan asam jawa, rasa tertanya kenapa tak guna limau nipis?? Boleh juga ganti dengan jus limau nipis.
Gaul sebati semua bahan.
Masak lebih kurang 45 minit ke 1 jam sehingga pecah minyak.
Api perlahan kalau tidak jenuh sental dapur terpercik minyak serata alam.
Ads
3 botol stok puasa. Kot sampai puasa lah.
Nak masak hanya perlu tambah seafood atau ayam dan sayuran tapi bahan asas tomyam jangan dilupakan serai, lengkuas, ketumbar dan daun limau purut wajib ada.
Selamat mencuba mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resepi ikan cencaru belah belakang ini dari orang-orang lama. Orang dulu-dulu, kalau tiba bab masak mereka sungguh-sungguh dan teliti dengan hasil air tengan mereka.
Nak menyediakan pun taklah sesukar mana. Bahan masakannya pun jimat. Yang penting, sedap.
Resepi ikan cencaru belah belakang ini dikongsi oleh Azizah Zainudin yang diambil dari Mak Tok nya di Pulau Pinang. “Antara menu wajib atas meja, apabila berada di kampung Permatang Pauh, Pulau Pinang.”
“Saya belajar buat ikan ni secara tidak formal dari mak tok melalui pemerhatian sahaja. Juga dari tunjuk ajar mak su.”
Mak tok tidak pernah suruh anak cucunya memasak sebaliknya hanya dia dan mak su sahaja yang akan memasak untuk kami.
Kerja kami di dapur hanya membantu menyediakan bahan dan melayan mak tok menyembang, kemudian makan. Basuh pinggan pun kadang-kadang ditegah.”
“Janggal pulak rasanya, untuk saya yang memang gemar memasak. Masa mula-mula jadi cucu menantu dulu memang terasa sangat pelik. Lama-lama sudah terbiasa.”
Kebaikan mak tok yang satu ini tidak mungkin dilupakan. Menyantuni anak cucu dengan baik terutamanya bab makan.
Begitulah.
“Baru ini sahaja ketika pulang ke kampung, saya berpeluang untuk memasak. Itu pun kerana mak su sibuk menguruskan tok ba yang tidak sihat.”
“Saya kongsikan resepi ikan belah belakang mak tok yang super sedap ini. Semoga manfaat resepi ini mengalirkan pahala buat mak tok di sana.”
Bahan yang diperlukan untuk 4 hingga 5 ekor ikan cencaru sederhana besar adalah;
5 Tangkai cili merah
5 Ulas bawang putih
1/2 Biji bawang besar
Belacan
Garam
Kunyit serbuk
Cara membuatnya adalah seperti berikut;
1. Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakang dan hadapan iaitu di bahagian perut. 2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Cili merah dipotong, dibuang biji dan kemudian ditumbuk sehingga lumat. Kalau rasa tak rajin macam saya, boleh blender sedikit dan kemudian baru ditumbuk.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah dan belacan. Tumbuk sebati dan perasakan dengan garam.
5. Kemudian sumbat bahan-bahan tersebut di belakang dan depan ikan sehingga penuh.
6. Ikat ikan dengan daun pandan. Kalau tak mahu pun tak mengapa. Ini cara mak tok yang memang sangat teliti dan mementingkan kekemasan. Daun pandan digunakan supaya bahan sumbatan tidak terkeluar ketika digoreng disamping menaikkan aroma ikan tersebut.
7. Panaskan kuali, dan goreng ikan sehingga garing. Sedia untuk dihidangkan!
Ikan cencaru adalah ikan kegemaran saya. Memang terangkat habis makan dengan nasi panas-panas!
Nak guna ikan lain pun boleh, terpulang pada selera masing-masing.
Walaupun saya sudah kerap kali buat, rasa ikan belah belakang ini tak sama dengan ikan belah belakang yang mak tok sediakan.
Sungguh, saya rindu dengan masakan mak tok.
Semoga mak tok tenang di sana. Al-Fatihah buat mak tok.
MW : Teliti kan orang dulu dulu bila tiba bab memasak. Sebab mereka tahu, hasil kerja yang penuh kasih sayang itulah nanti akan bahagiakan perut seisi keluarga. Barulah hati pun makin berbunga-bunga mesra.
Sumber/Foto : Azizah Zainudin, Masak Ikan Belah Belakang Sebab Terkenangkan Mak Tok
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pernah juga buat cili kisar untuk dijadikan stok, tengok-tengok hasilnya berkulat! Apa lah yang tak kena sebenarnya.
Bila jumpa petua yang dikongsikan Puan Mim Nazihah, baru tahu apa puncanya dan macam mana nak buat cili kering yang berkualiti, tahan lebih lama.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan. Tapi tak apa, nak share juga, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu.
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.
Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Cili kering Bawang putih Air tapis
Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.
Jangan guna air paip ya, guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lama tak mendengar cerita pelakon cantik Emelda Rosmila Abdul Hamid, yang juga merupakan suri hati kepada pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie, 46, ini. Pada usia 39 tahun, wanita ini masih kekal cantik dan ramping menawan, malah tidak keberatan berkongsi antara rahsia cantik yang dirinya amalkan.
Selain jus selery, rupa-rupanya Emelda sangat menggemari pelbagai jenis buah-buahan, membuat smoothies sendiri dan meminumnya setiap hari sebagai amalan ketika waktu sarapan pagi.
Bahan-Bahan:
2 biji Mangga (Beku)
2 biji pisang (Beku)
2 biji Peach
Setengah biji nenas
Sedikit Madu (Optional)
Kiub Ais (Optional)
Sedikit Air supaya mudah dikisar
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Menurut Emelda, smoothie ini boleh minum untuk 3 orang. Kombinasi buah mangga dan pisang menjadikan smoothie ini pekat dan berkrim. Namun tidak perlu bimbang, kerana ia tidak tinggi kalori malah manis buah tak sama dengan manisnya gula.
Bahan-Bahan:
2 biji Epal Merah (Dibuang kulit & potong kiub)
1 biji pisang (Beku) (buat jadi pekat )
1 biji pisang
1 cawan atau lebih susu badam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil serbuk kayu manis
sedikit madu untuk rasa manis
sedikit kiub ais
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Menurut Emelda, smoothie ini sesuai diminum ketika waktu pagi dan petang. Ia buatkan kita kenyang dan boleh dijadikan sarapan pagi. Rasanya sangat sedap, berkrim, beraroma dan sangat baik untuk penghadaman.
Bahan-Bahan:
1 biji mangga ( optional: boleh guna fresh atau frozen)
Nenas 1 biji ( optional: boleh guna separuh, 1 biji untuk 2 hidangan)
1 inci halia
1 cawan air sejuk atau suhu bilik *Nak sedap lagi boleh guna air kelapa
Sedikit kiub ais
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Menurut Emelda, smoothie ini kombinasi buah-buahan dan herba. Mangga, nenas dan halia mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Mangga kaya dengan beta-carotene untuk menyokong kulit dan mengelakkan kanser kulit.
Nenas pula, merupakan buah tropika yang kaya dengan vitamin, enzim dan anti oksidan. Ia meningkatkan sistem pertahanan tubuh, membina tulang yang kuat serta membantu penghadaman lebih baik serta rendah kalori. Halia pula mempunyai banyak mineral, amino asid dan lebih 500 enzim yang memberi ketenangan. Ia anti viral, anti bakteria dan anti parasit serta memnggalakan sistem imun yang sihat.
MW: Banyak sungguh kelebihan minum smoothies yang dikongsikan oleh pelakon ini, terutamanya jika di ambil ketika sarapan pagi. Jadi buat mak-mak yang nak kekal cantik dan jaga badan, bolehlah amalkan minum smoothies ini seperti yang dikongsikan oleh Emelda.
Kisah yang agak meruntun hati, baru sebulan dapat tinggal bersama setelah PJJ (perhubungan Jarak jauh) namun suaminya pergi buat selamanya akibat kemalangan.