Hidup itu pilihan masing-masing, jadi berlapang dadalah bila prinsip kita bertentangan dengan orang lain. Tidak semestinya prinsip hidup kita wajib sama dengan orang lain. Malah jika berbeza sekali pun, cuba raikan perbezaan.
Tak perlu mak,ayah tegakkan atau mahu orang lain ikut prinsip anda iya. Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik.
Ada orang, prinsipnya makan biar bercatu asalkan simpanan dapat empat angka setiap bulan. Ada yang berpendapat, bab makan jangan berkira, simpanan cukup 5 hingga 10 peratus gaji sudahlah.
Ada orang, prinsipnya tak wujud peluang kedua selepas pasangan curang sebab baginya curang ini pilihan. Ada yang prinsip sebaliknya, sebab baginya manusia ini sentiasa buat silap.
Ada orang, biarlah batalkan majlis kalau sudah nampak banyak red flags dari bakal pasangan. Tapi ada yang pilih, tak apa, manusia boleh berubah lalu teruskan pernikahan.
Ada orang, dia berpendapat duit hantaran perlu pihak lelaki usahakan sendiri 100 peratus sebab itu tanda kesungguhan lelaki mengahwininya. Ada yang fikir, nak hidup bersama selepas ni, jadi okay saja share 50-50 duit hantaran itu.
Sebab itu kadang kita hairan ada orang yang boleh bertahan dalam sekian-sekian keadaan sedangkan kalau ikut sesetengah orang lain, sudah lama dia pilih laluan ‘exit’.
Pilihan masing-masing kan. Kadang yang buat kita kuat ini pun kerana prinsip dan pendirian kita. Bagi saya, setiap orang berbeza ‘limit’ masing-masing.
Semua orang ada caranya sendiri dalam mengemudi hidup.
Dan kita? Tak perlu ‘tegak’ dengan prinsip kita sahaja yang kononnya paling betul, bahkan cuma perlu berlapang dada apabila prinsip kita bertentangan dengan prinsip orang lain.
Prinsip orang begitu, dia yang lalui pilihannya.
Prinsip kita begini, harungilah pilihan kita sendiri.
Biarlah kita dengan cara dan hidup masing-masing. Pengakhirannya kita semua bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan dan keputusan yang kita pilih.
“Tengok isteri menggelupur sakit, bantulah.” Suami sepatutnya jadi peneman bukan penunggu di dalam labour room kala menemani isteri semasa proses kelahiran bayi.
Ternyata kesakitan yang dialami bukan sedikit, malah dia sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat ayah-ayah semua. Kontrasi yang dialami kadang-kadang buat ramai serik untuk mengandung dan bersalin lagi.
Oleh itu, ayah-ayah janganlah mengambil mudah tiap kali temankan isteri dalam labour room, lakukan yang terbaik dan bantu isteri sebaik mungkin mengharungi saat sukar ini.
Ikuti perkongsian jururawat Nur Atikah Shaari ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Tengok Isteri Menggelupur Sakit, Bantulah
Dalam ramai-ramai husband yang masuk jadi peneman lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, baru semalam jumpa seorang lelaki atau suami yang berfungsi sebagai peneman.
Masuk bilik tengok isteri bergulung atas katil, dia terus lari pergi dekat isteri. Tenangkan isteri, tanya hendak air ke tak, mahu tukar posisi ke tak, tolong lapkan peluh isteri, baca doa dan juga zikir.
Bila kita ajar urut belakang isteri, dia terus saja buat asalkan dapat bantu kurangkan rasa sakit isteri.
Suami Sepatutnya Jadi Peneman
Sepanjang dia masuk teman, tak nampaklah dia duduk dekat kerusi.
Dia punya risau memang jelas nyata.
Malah dia punya caring tak payah ceritalah. Cakap dengan isteri pun soft saja.
Tak tahulah sebab faktor umur ke apa.
Tapi memang boleh pujilah.
Tak macam orang lain yang pernah masuk bilik bersalin (labour room). Tengok isteri menggelupur, dia jadi batu.
Bila start encourage untuk push, dia tak tengok isteri, tapi sibuk perhatikan orang lain buat kerja.
IKLAN
Bukan Penunggu Labour Room
Yang jenis macam ini, dari masuk sampai isteri bersalin, bontot melekat saja dekat kerusi. Bak kata Kak Zuri (teman sekerja), itu bukan peneman sebaliknya itu penunggu.
Malah yang semalam, bila kita ajar cara untuk push, husband pun encourage sekali.
Mingguan Wanita : Rezekilah bagi mak-mak yang dapat suami temankan ketika proses bersalin. Buat ayah-ayah di luar sana, kesempatan yang diberi untuk temankan isteri di bilik bersalin, gunakan sebaiknya, jangan disia-siakan.
“Mak, abang pukul adikkk!” jerit si bongsu sambil meraung-raung. Aduh, tak sudah-sudah si abang, kita yang kepenatan ini pun jadi geram dibuatnya. Maka tanpa berfikir panjang, rotan pun dicapai, lalu dilibas ke tubuh kurus abang.
“Tolong Mak! Sakittt!” rayu anak sambil menepis-nepis pukulan rotan yang singgah. Air matanya bercucuran tapi kerana geram, yang kita sedar hanyalah bekas merah berbirat-birat dan sedu-sedannya yang sudah tak berbunyi.
Ya, penting bagi ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak sejak dari awal kelahiran mereka agar tidak mengundang pelbagai masalah seperti degil, tidak mendengar kata atau sering melawan cakap orang tua.
Disebabkan itu ada antara ibu bapa yang melaksanakan hukuman untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Salah satu hukuman yang menjadi pilihan adalah merotan.
Menurut petikan Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Noornajihan Jaafar, dalam pada melaksanakan hukuman rotan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
ADAB MEROTAN
(a) Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara didikan lain digunakan.
(b) Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu bapa menenangkan diri seketika sebelum mengambil tindakan untuk merotan.
(c) Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.
(d) Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan yang berikutnya.
(e) Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak, bolehlah ditambah bilangannya.
(f) Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w.
Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu merotan anak-anak yang mak mak di rumah mesti hadam. Topik ‘Aspirasi Rumah Tangga: Rotan – Calar Emosi & Fizikal’ inilah yang akan didebatkan dalam Mingguan Wanita, Jumaat, 21 September 2018. Sama-sama kita tambah ilmu keibubapaan jam 12.00 tengah hari esok, semestinya di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami yang bertanggungjawab dan anak yang sihat antara rezeki yang Allah kurniakan. Jangan hanya fikir duit dan harta saja rezeki yang Allah kurniakan. Rezeki itu bukan hanya pada wang ringgit.
Walau tak memiliki harta yang banyak dan hidup mewah, sebenarnya kita perlu melihat pelbagai sudut lain yang mampu membuatkan kita bahagia dalam hidup. Rezeki itu meliputi kesihatan, ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan pelbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki.
Suami Tak Kaya Tak Apa, Asal Bertanggungjawab
Tak mengapa kalau pun tak punya harta banyak, tapi melihatkan anak-anak dapat membesar dengan sihat dan cergas, ia juga satu rezeki yang tak ternilai harganya. Andainya anak-anak kita cemerlang dalam akademik, itu satu lagi BONUS. Betul kan?
Anak Tak Bijak Akademik Tapi Cemerlang Akhirat, Itu Semua Rezeki
Namun, yang paling penting, didiklah anak untuk cemerlang di akhirat. Tiada gunanya anak hanya cemerlang di dunia. Pandai belajar dan berkelulusan tinggi namun tak mampu mendoakan kita kelak bila kita sudah tiada. Alangkah ruginya kita.
Oleh itu jangan bersedih andai anak kita mungkin tak secemerlang anak orang lain. Tapi dia seorang anak yang taat pada Allah dan pada kita ibu bapanya. Seorang anak yang sangat menyenangkan hati. Itu pun rezeki bukan? Cuma sebagai mak, sentiasa doakan agar dia tetap menjadi orang yang berguna dan berjaya dengan caranya yang tersendiri kelak.
Walau Tak Kaya, Suami Penyayang Dan Bertanggungjawab
Apa lagi yang wanita inginkan selain memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab pada dirinya dan anak-anak. Itu juga REZEKI bagi seorang isteri. Apatah lagi pada zaman sekarang, ramai suami yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Tak dinafikan, duit itu penting namun ia bukan perkara paling utama dalam hidup. Bila suami seorang yang bertanggungjawab, sudah pasti dia akan berusaha keras untuk memenuhi kecukupan keluarganya biar pun mungkin tidaklah mewah.
Keluarga Sihat Juga Rezeki
Apa gunanya harta dan duit yang melimpah ruah jika tidak sihat. Tak kira yang diuji sakit itu suami, anak-anak atau kita sendiri. Maka, bersyukurklah bila ada keluarga yang sihat kerana kesihatan tak mampu dinilai dengan wang ringgit.
Bila anak sihat, kita tak risau dan boleh bekerja tanpa rasa risau. Bayangkan kalau anak asyik sakit, tentu hati tak selesa hinggakan terpaksa ambil cuti untuk menjaga anak.
Hidup Ikut Kemampuan
Kita perlu sedar tentang kemampuan diri. Jadi jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain. Mungkin orang lain boleh setiap minggu membeli pakaian baru untuk anak-anaknya tapi kita hanya setiap tiga empat bukan sekali baru boleh belikan. Atau bila tiba musim perayaan barulah dibeli yang baru.
Lagi pula, daripada membeli pakaian baru untuk anak-anak, lebih baik beri anak makan makanan yang sedap walau pun yang dimasak sendiri.
Bila kita hidup berlandaskan kemampuan diri kita, pasti semuakan akan cukup. Namun, tak salah sesekali nak reward diri dan keluarga dengan pergi makan di tempat mahal, tapi kira bajet dulu ye.
Sentiasa Syukur
Sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa brsyukur dengan rezeki yang kita peroleh dalam hidup. Bila kita sentiasa bersyukur tak tak merungut, hati kita akan tenang. Kita dapat terima keadaan diri kita yang mungkin tak semewah orang lain.Tapi kita tetap mampu bahagia dengan cara kita sendiri. Memang duit itu penting namun bukan segala-galanya.
Kakak tak sangka ikan masin & telur goreng menu terakhir adik. Allahu sedihnya apabila mendapat perkhabaran adik kandung kesayangan pergi buat selamanya.Berita sedih itu...