Mula menyanyi sejak berumur sembilan tahun, penyanyi Masya Masyitah mempunyai impian tersendiri untuk dicapai.
Penyanyi yang tampil dengan single Hapus itu juga kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan apabila mengusahakan Delici by Masya yang menyediakan aneka kek dan biskut, hasil air tangannya sendiri.
“Perniagaan ini baru sahaja saya usahakan pada tahun lalu dan alhamdulillah ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.
“Buat masa ini saya hanya lakukan secara kecil-kecilan menerusi jualan atas talian kerana mahu lebih fokus agar kualitinya terjaga.
IKLAN
“Seronok berniaga kerana rasa puas hati apabila dapat hasilnya dalam masa singkat, selain penat lelah yang dirasakan berbaloi,” akuinya.
Meski usianya baharu menginjak usia 20 tahun, dia sudahpun memiliki rumah sendiri yang dibeli daripada wang simpanannya semenjak awal menceburi bidang seni.
Lebih membanggakan rumah jenis kondominium yang berharga RM300,000 itu dibeli secara tunai.
IKLAN
“Alhamdulillah impian saya memiliki rumah sendiri tercapai pada tahun lalu dengan menggunakan wang simpanan hasil penglibatan saya dalam bidang seni termasuk penyertaan dalam pelbagai pertandingan sejak kecil lagi.
“Saya usahakan untuk membeli secara tunai kerana tidak suka berhutang dan cuba mengelakkan daripada rugi dengan membayar lebih untuk kadar faedah dan sebagainya.
“Rumah itu saya diami bersama ibu saya, sementara bapa masih di Kulim, Kedah kerana terikat dengan komitmen kerjanya,” kata Masya yang mahu memberikan contoh terbaik buat remaja sebayanya.
Kehilangan Abam bukan hanya ditangisi oleh suluruh rakyat, insan terdekat terutamanya isteri Abam antara insan yang paling terkesan akan kehilangan ini. Sudah tentu bukan mudah menelan kenyataan ini, apatah lagi melihat anak yang masih kecil tercari-cari ayahnya.
Buat masa sekarang, mungkin cara mendiamkan diri adalah jalan terbaik untuk meredakan kesedihan yang ada. Biar pun anaknya masih kecil dan belum faham apa yang berlaku tetapi pasti dia juga merasai. Allahuakbar! Sedihnya.
“Anak arwah sudah mula tercari-cari bapanya,” kata pelawak, Ali Puteh yang juga adik kepada Allahyarham Abam.
Ali, 31, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, anak Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan lebih banyak diam dan tidak meragam.
Kakak Ipar Banyak Diam, Hamzah Tak Meragam
Menurut Ali, kakak iparnya yang juga balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri.
“Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.
“Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai hasil bedah siasat punca kematian arwah, Ali berkata, mereka masih belum mendapat sebarang keputusan.
“Kami tidak dapat apa-apa keputusan lagi. Dimaklumkan paling lambat dalam tempoh tiga minggu lagi,” katanya.
Ali berkata, pesanan terakhir diterima daripada arwah adalah menjaga ibunya, Sabariah Arshad, 63, yang kini tidak sihat dan terpaksa berkerusi roda.
“Arwah pergi mengejut tanpa sebarang pesan. Namun, minggu lalu dia ada cakap kepada emak yang jiwanya kosong dan tidak fikir apa-apa lagi. Dia juga pesan kepada emak dan sampaikan pada saya supaya banyak rehat. Jangan terlalu penat bekerja.
“Malah, minggu lalu juga dalam kumpulan Whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya menjaga emak pula. Jangan lupa bagi emak makan ubat. Saya jawab, okay dan tidak ada masalah. Kebetulan emak sudah sebulan tinggal di rumah saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga Siti Nurhidayah sentiasa dipermudahkan urusan. Ternyata menerima kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah dan sudah tentu mengambil masa yang lama. Al-Fatihah.
Dugaan dalam perniagaan orang popular dan dikenali, ramai yang mula mengambil kesempatan dengan jalan yang mudah.Termasuklah mencari rezeki dengan menjual barangan palsu.
Seorang wanita tampil membuat pengakuan bahawa dia telah menghasilkan Sambal Nyet palsu hasil ciptaan Cef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 29, atau nama popularnya Khairulaming.Sekaligus menjawab kekeliruan kepada para pembeli punca ‘Sambal Nyet’ yang dibeli berbuih, berbau busuk dan tak tahan lama.
Terdahulu Khairulaming berkongsi di laman Twitter bahawa terdapat seseorang yang mengaku sebagai ‘reseller’ tapi sebenarnya menghasilkan sambal dan menjual yang palsu. Malah lebih 700 botol sambal palsu telah dibeli dari wanita ini.
3 Tuntutan Khairulaming
Menurut Khairulaming lagi, wanita itu datang bertemunya pagi tadi dan dia telah membuat tiga tuntutan terhadap individu tersebut.
Pertama, katanya, adalah agar wanita tersebut membayar pampasan tunai, namun duit tersebut tidak akan dipulangkan kepada pembeli memandangkan proses memulangkan wang bukan mudah selain dia mahu pembeli turut bertanggungjawab dalam isu ini.
“Oleh itu, 100 peratus duit ini aku akan sedekah kepada asnaf yang memerlukan di bulan puasa. Aku tak akan ambil satu sen pun.
“Kedua, video permohonan maaf secara umum. Ini adalah videonya meminta maaf dan mengaku kesilapannya yang palsukan kandungan sambal dan juga rekaan botol Sambal Nyet,” tulisnya di laman Twitter hari ini.
Menurut Khairulaming, tuntutan ketiga adalah kenyataan pengakuan salah di balai polis.
“Tadi dia dah pergi ke Balai Polis Damansara yang aku buat laporan semalam, dan buat pengakuan bertulis di situ. Semua maklumat dan pengakuan salah dan dirakam dalam laporan polis.
“Selain itu, kedai dia pun sudah disekat daripada Shopee walaupun semalam nama kedai sudah tukar dari MasturaAliyah ke DK Perfume Shop,” katanya.
Tambah Khairulaming, dia berharap agar isu tersebut menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba untuk melakukan perkara sama pada masa hadapan.
MW: Dugaan orang popular berniaga. Sebagai pesanan dan pengajaran, janganlah menipu dalam berniaga. Carilah rezeki yang halal dengan cara tersendiri.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Demi menunaikan permintaan terakhir, suami sanggup menempah patung replika khas yang menyerupai mendiang isterinya.Meskipun mendapat bantahan daripada ahli keluarga, namun tetap meneruskan hasrat tersebut.
Seorang lelaki dari Kolkata, India menghasilkan sebuah patung silikon menyerupai mendiang isterinya sebagai tanda memperingati wanita itu yang telah meninggal dunia disebabkan Covid-19, lapor akhbar The Times of India semalam.
Patung Mendiang Isteri 30kg
Tapas Sandilya, 65, berkata, patung berharga 250,000 rupee (RM13,284) itu diletakkan di dalam bilik kegemaran mendiang isterinya, Indrani, dalam keadaan ia sedang duduk di atas sofa.
Beratnya adalah sekitar 30 kilogram dan ia memakai sari yang diperbuat daripada kain serupa berasal dari negeri Assam yang dipakai mendiang ketika hari perkahwinan anak lelaki mereka.
Menurut Tapas, patung itu bukan sekadar cara dia mengatasi rasa kehilangan, bahkan ia adalah permintaan terakhir mendiang sebelum dia meninggal dunia.
“Indrani pernah memberitahu saya bahawa sekiranya dia meninggal dunia sebelum saya, dia mahu saya menghasilkan sebuah patung menyerupai dirinya.
“Dia meninggal dunia pada 4 Mei 2021 dan saya hanya memenuhi hasrat terakhirnya,” katanya.
Keluarga Tidak Bersetuju
Tambah Tapas, semua ahli keluarga tidak bersetuju dengan tindakannya yang menghasilkan patung tersebut.
“Ahli keluarga menentang idea tersebut namun, mereka terpaksa mengalah. Jika kita boleh membingkaikan gambar selepas seseorang itu mati, mengapa tidak (menghasilkan) patung?” ujarnya.
Patung Indrani dihasilkan oleh seorang pengukir, Subimal Das, yang banyak bekerja untuk menghasilkan replika silikon untuk muzium-muzium,” ujarnya.
Tentu ada masanya akan ada juga berlaku perselisihan faham antara suami isteri. Janganlah terlalu ikutkan 'kepala' masing-masing sehingga akhirnya merosakkan sesebuah rumah tangga yang dibina.