Hidayah mahu Ali Puteh bayar tunai, kenapa tak jual saja motor tu “ini bukan sistem barter”. Kemelut hutang Ali Puteh kepada bekas kakak iparnya, Norhidayah seperti diperintahkan oleh mahkamah masih belum menemui jalan penyelesaian.
Ini kerana balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah, 31, menolak pembayaran hutang saman berupa motosikal daripada Ali Puteh kerana berasakan ia tidak wajar.
Hidayah Mahu Ali Puteh Bayar Tunai
Memetik laporan Harian Metro, Hidayah berkata, dia menolak kerana pihak Ali ingin membayar menggunakan kenderaan iaitu motosikal dan bukan dalam bentuk wang sebagaimana diperintahkan mahkamah.
“Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.
“Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya,” katanya.
Kenapa Tak Jual Saja Motor Tu “Ini Bukan Sistem Barter”
Menurut Hidayah, hutang antara mereka bukan seperti ‘sistem barter’ yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran barang tanpa membabitkan wang tunai.
Ads
“Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?” katanya.
Terdahulu, Hidayah menerusi hantaran di Instagram @abam_bocik meminta Ali serta kakaknya membuat pembayaran segera hutang mereka kepadanya yang lama tertunggak selepas dia menang kes saman itu pada 18 Februari tahun lalu.
Hidayah memaklumkan hingga kini Ali masih belum melunaskan bayaran hutang sebanyak RM76,000, manakala RM2,000 lagi hutang yang perlu dibayar oleh kakaknya.
Dalam hantaran di media sosialnya itu, Hidayah juga memuat naik tangkap layar kisah Ali yang kini giat menjalankan perniagaan sambal petai dan jering berlado yang semakin maju.
Pada 8 Disember 2017, Hidayah bernikah dengan arwah Abam. Namun, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun dan mereka memiliki seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.
Ads
Konflik Hidayah dan Ali tercetus selepas pelawak itu didakwa mengeluarkan kata-kata mengaibkan Hidayah di Instagram, dua tahun lalu yang memerlukan tindakan undang-undang diambil.
Menerusi laporan media sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga membayar RM60,000 kepada Hidayah yang menang kes saman itu pada Februari tahun lalu.
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Diana Danielle fail perceraian, Farid Kamil enggan lafaz talak di mahkamah. Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Diana Daniell dberitakan bermasalah. Baru saja balik dari mengerjakan umrah Februari lalu, pasangan ini didakwa tidak lagi sefahaman dan masalah ini sudah berlarutan sejak lama dulu.
Menurut pelakon ini, dirinya telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini dan alasan permohonan cerai ini kerana tiadanya persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Diana Danielle Fail Perceraian
Memetik laporan Kosmo Online, di saat anak-anak memulakan sesi persekolahan hari ini, sebutan kes mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6, – Kosmo Online
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka bertahun-tahun telah menjalani rawatan kesuburan, berkali-kali juga telah gagal, namun rezeki wanita ini hamil dan dikurniakan anak pada usia 50 Tahun! Ternyata perancangan dari Tuhan adalah yang terbaik dan jangan sesekali pernah berputus asa.
Hamil Usia 50 Tahun
Seorang wanita yang mempunyai masalah kesuburan akhirnya hamil pada usia 50 tahun selepas beberapa kali gagal dalam rawatan kehamilan yang dijalani selama bertahun-tahun, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Christine Boama, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran pertama anaknya pada minggu lepas berkata, dia telah mencuba pelbagai rawatan kesuburan termasuk gagal dalam rawatan persenyawaan in vitro (IVF) berkali-kali.
Wanita yang berasal dari Lancashire, England itu berkata, selepas berkahwin pada usia 42 tahun, dia menyangka akan hamil dalam masa setahun.
“Saya membesar dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu saya mempunyai sembilan adik beradik selain salah seorang ibu saudara mempunyai enam anak.
“Bagaimanapun, selepas setahun berkahwin, saya masih belum hamil dan pada 2015, saya membuat keputusan untuk melakukan rawatan IVF,” ujarnya.
Tambah Boama, disebabkan terlalu ingin mempunyai anak, dia menjalani rawatan IVF dengan penuh komitmen dan berasa sedih apabila kitaran pertama menemui kegagalan.
“Saya menjalani begitu banyak ujian, saringan dan mengambil ubat-ubatan. Emosi saya amat rapuh dan saya tidak pernah diberitahu oleh doktor tentang mengapa saya sukar untuk hamil,” katanya.
Tambah Boama, selepas dua minggu usianya mencecah 50 tahun, dia menyedari tidak didatangi haid seperti biasa dan menyangka sudah mengalami menopaus.
“Namun, apabila melihat terdapat dua garisan muncul pada kit ujian kehamilan, saya hanya mampu merenungnya kerana berasa amat terkejut .
“Selepas bertahun-tahun menjalani rawatan sehinggakan sudah terlupa bilangan rawatan yang dilakukan, akhirnya saya disahkan hamil enam minggu oleh doktor,” jelasnya.
Pada 18 Mei tahun lalu, Boama selamat melahirkan anaknya. Dia berharap agar pendedahan kisah tersebut dapat memberi semangat kepada wanita lain di luar sana yang mempunyai masalah sepertinya.
Mingguan Wanita: Tahniah buat wanita ini akhirnya hamil dan mempunyai anak sendiri. Paling penting tetap berusaha dan jangan sesekali berputus asa.Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain yang mengalami nasib yang sama.
Ashraf Muslim luah kerisauan. Pelakon Ashraf Muslim berasa cukup risau dan meluahkan kebimbangan berikutan peningkatan kes COVID-19 kala ini.
Ashraf seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun Instagram akui dirinya masih trauma dengan COVID-19 dan mendoakan ahli keluarga dan sahabatnya dilindungi.
Ashraf Muslim Luah Kerisauan
Malah pelakon itu juga meluahkan dirinya sangat risau dan stress kemungkinan dek kerana apa yang berlaku sebelum ini.
“Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau kita tak bendung dari awal, InsyaAllah negara kita pun akan jadi mcm dalam video ni.
“Aku pernah duduk dalam hospital 39 hari sebab covid, ayah aku meninggal dunia disebabkan covid dan kesan covid bukan sahaja pada fizikal malah ekonomi pun terkesan sampai sekarang. Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat.
“Ambil nasihat dan sunnah Nabi bila berlakunya penyakit yg berjangkit apa yg dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw.
“Ini luahan hati saya yang sangat risau dan stress serta mungkin trauma dengan apa yg berlaku sebelum ini, saya mengharap ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya jauh dari penyakit atau virus yg berjangkit ini,” kongsi Ashraf.
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan perkembangan terbaru ini. Dan berharap kerajaan dapat mencegah dari awal sebelum virus Covid 19 bertambah teruk dalam negara.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...