‘Hidap kanser, reda pergi dulu.’ Pelakon ini cipta sebuah lagu khas buat anak tunggalnya yang tersayang.
Biarpun ujian berat menimpa, pelakon Indonesia ini ternyata begitu kuat. Benarlah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Hidap Kanser Payudara
Setiap manusia diuji, begitu juga dengan Marshanda iaitu pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia. Malah buat masa ini, dia mendedahkan bahawa dirinya telah mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan yang baik.
Sesungguhnya, dia menyedari bahawa keadaan dirinya yang kini menderita kanser payudara boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku iaitu kematian.
PENDEDAHAN TENTANG PENYAKIT ITU DIBUAT MARSHANDA MENERUSI SATU HANTARAN VIDEO YANG BERJUDUL ‘I HAVE BREAST TUMOR’, DI PLATFORM YOUTUBE MILIKNYA BARU-BARU INI.
Reda Pergi Dulu
Pemilik lagu popular Sejuta Cinta itu kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan dilihat menitiskan air mata di saat bercerita tentang perkara itu.
Namun dia percaya bahawa apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada aturan Tuhan untuk dirinya.
“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.
Ads
“Dan saya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?
“Jadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura,” tuturnya bernada sebak.
Mengakui dirinya kadang kala merasai sakit di bahagian payudara, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memohon doa orang ramai.
“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan Tuhan tolong doakan saya.
“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya,” ujarnya.
Buat Anak Tunggalnya
Namun apa yang lebih menyentuh hati dalam video tersebut, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu turut meninggalkan pesanan buat satu-satunya anak perempuan hasil perkahwinan dengan bekas suami Ben Kasyafani bernama Sienna, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.
Ads
“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.
“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.
Wanita berusia 32 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas suami dan isteri barunya kerana menjaga anak perempuannya itu dengan baik. Dia juga mengatakan wanita itu adalah ibu tiri terbaik bagi anaknya.
Sebelum ini, Marshanda pernah disahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan dia mengembara ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Mingguan Wanita : Semoga Marshanda terus kuat melawan penyakit ini dan dia kembali sembuh seperti sediakala. Insyallah.
Bestnya kalau dapat tanam pokok berpasu dalam rumah dan pokok-pokok itu hidup subur menghijau. Masalah kebanyakan mak-mak ini, asal tanam pokok berpasu dalam rumah je mulalah tiba-tiba dia jadi ‘tangan panas’.
Baru beberapa hari, pokok dah layu. Hidup segan mati tak mahu. Beza sungguh dengan tanaman pokok berpasu dalam rumah Puan Muniyati Mohamad. Boleh buat mak-mak rasa tenang habis dan berangan bilalah nak dapat ‘tangan sejuk’ atau ‘greenfinger’ kata omputihnya.
“Berkenaan dengan indoor plant, ini sedikit perkongsian, cara jaga dan tip yang boleh saya kongsikan. Saya pun beginner lagi.” Ujar Puan Muniyati yang sudah mula menanam pokok dalam rumah sejak 3 tahun yang lalu.
Tambahnya lagi, jumlah tanaman yang ada dalam rumahnya ada lebih 30 jenis pokok berpasu. Ada yang jenis kaktus, succulent, keladi malah lidah buaya. Kehadiran pokok-pokok menghijau inilah buatkan dekorasi dalam rumah nampak wow! Rasa tenang bagaikan berada dalam taman.
Yang mak-mak boleh nikmati di rumah sendiri tanpa perlu keluar rumah. Ia juga memberikan bekalan oksigen yang baik kepada penghuni. Malah pokok-pokok ini kan berzikir, jadi ia mengundang ketenangan hati kepada pemiliknya.
Persediaan Sebelum Tanam Pokok Berpasu Dalam Rumah Untuk Yang Baru Nak Mula
1. Pastikan beli pokok yang murah-murah ja dulu. Tak perlu pokok mahal lagi. Kira kalau mati tak stress sangatkan. 2. Pastikan juga pokok-pokok tu jenis yang low maintenance. Mudah cara jaga dia. Atau yang jenis susah mati. 3. Belajar serba sikit tentang pokok tu. Pencahayaan yang perlu dan cara siraman yang sesuai. (Boleh tanya pada tauke nurseri atau penjual pokok itu. Tanya dalam grup tanaman atau melalui pembacaan).
Cara Dan Tip Yang Saya Amalkan
1. Cara jaga bergantung pada jenis pokok yang kita tanam dan medium yang kita guna (tanah @ air)
2. Cari tapak/tempat yang sesuai untuk kita letak pokok mengikut jenis dan kesesuaian pokok yang kita tanam.
3. Pastikan pasu dari jenis yang sesuai dengan pokok kita tu. Ada pokok yang nak kelembapan tanah. Tapi kalau kaktus dan succulent dia nak tanah yang kering.
4. Kalau ada masa atau rajin boleh la berbual-bual dengan pokok. Ada banyak manfaat sembang dengan pokok ni.
5. Selalu perhatikan pokok kita tanam. Kalau nampak lain macam ja. Boleh la cuba ubah tempat atau cara siraman kita.
6. Kalau guna medium tanah boleh lah letak baja yang sesuai. Kalau guna medium air bolehlah tukar seminggu sekali.
7. Kena selalu perhatikan dia. Kalau ada daun rosak kena cepat buang. Kalau ada jangkitan kena cepat rawat. Takut berjangkit dan boleh mati pokok kita.
Bila perempuan merajuk be like, gelagat kanak-kanak sempat brbincang ketika menangis raih 1.3 juta tontonan. Anak-anak permata hati ibu ayah. Ada saja gelagat mereka lakukan dan ia menjadi kenangan saat membesar.
Gelagat seorang kanak-kanak comel, Hana yang merajuk kerana tidak dibelikan head massage (benda dipegang ketika dirakam ibunya) meraih tontonan 1.3 juta orang. Dirinya merajuk kerana ibunya tidak membelikannya barang tersebut.
Apa yang membuat ramai ketawa dan terhibur, saat menangis, dirinya masih boleh dibawa berbincang.
Ini kerana saat merajuk dan menangis itu, saat ditanya ditanya ibunya adakah dirinya sudah habis menangis, Hana sempat pause menangis dan menjawap soalan ibunya dahulu. Not yet katanya, cutenya mu dikk. Namun masa yang sama, ibunya masih sambung menyakat, ok sambung menangis lagi
Dalam video yang dikongsi ibunya, @dearlynn, kelihatan Hana diusik oleh ibunya, kalau dah habis menangis beritahu ya. Dan dirinya sempat menjawap ok.
Tangisannya masih diteruskan termasuk saat disakat ibunya yang bertanya bagaimana kalau air matanya habis kerana berterusan menangis. Dan cutenya Hana masih sempat menyambung tangisannya. Hahaha, boleh pause dan play again. Dan tatkala lagu kesukaannya Combi keluar, Hana boleh berhenti menonton tv seketika sebelum menyambung tangisannya semula.
Berdasarkan komen-komen orang ramai, rata-rata mengakui kecomelannya dan bijaknya dirinya menjawab setiap soalan ibunya dan ada mengusiknya sangat berbakat sebagai pelakon.
Ha, gelagat beginilah yang akan jadi kenangan mak ayah sampai hari tua kelak.
Pelakon terkenal Bollywood Preity Zinta,46 dan suami Gene Goodenough,46 baru sahaja mengumumkan berita gembira kehadiran bayi kembar yang dinamakan Jai Zinta Goodenough & Gia Zinta Goodenough menerusi Instagram beliau. Bayi tersebut diperolehi menerusi kaedah ‘ibu tumpang’.
“Saya ingin berkongsi berita hebat kami dengan anda semua hari ini. Saya & Gene sangat gembira dan dengan penuh rasa kesyukuran serta kasih sayang kami mengalu-alukan anak kembar, Jai Zinta Goodenough & Gia Zinta Goodenough ke dalam keluarga kami”
“Kami sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami. Jutaan terima kasih kepada doktor, jururawat dan ‘ibu tumpang’ kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini.- Gene, Preity, Jai & Gia” ujarnya.
Pelakon cantik yang cukup terkenal dengan senyuman manis dan memiliki sepasang lesung pipit di pipi ini sering bergandingan dengan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Rani Mukerji dan Abhishek Bachchan.
Antara filem yang pernah dilakonkan oleh Preity Zinta yang menjulang nama aktres ini seperti Chori Chori Chupke Chupke (2001), Dil Hai Tumhaara (2002), Kal Ho Naa Ho (2003) Veer-Zaara (2004), Kabhi Alvida Naa Kehna (2006) dan banyak lagi.
Pelakon ini berkahwin pada 29 Februari 2016 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Los Angeles, Amerika Syarikat dan memilih untuk menetap di sana selepas mendirikan rumahtangga.
Mingguan Wanita: Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri di dalam perkahwinan. Tahniah atas kehadiran cahaya mata kembar, meskipun menerusi kaedah ‘ibu tumpang’. Semoga bayi membesar dengan sihat sempurna. Namun dalam Islam, miliki anak dengan cara ibu tumpang tidak benarkan dan hukumnya haram iya.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...