Hebatnya Tengku Maimun, Ketua Hakim Negara Wanita Pertama Cipta Sejarah Tersendiri

Buat pertama kali dalam sejarah, jawatan tertinggi badan kehakiman negara ini disandang oleh seorang wanita. Perlantikan Ketua Hakim Negara wanita pertama, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ini dilihat sebagai satu rekod yang cukup istimewa yang mengangkat martabat wanita di mata ramai pihak.

Inilah hebatnya Tengku Maimun yang menerima perlantikan itu berkuat kuasa 2 Mei lalu selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini bakal berusia 60 tahun pada Julai nanti. Sekali gus menjadikannya Ketua Hakim Negara termuda dalam sejarah lantikan.

Ini Hebatnya Tengku Maimun..

Ujarnya kepada pemberita, “Ini bukan suatu jawatan dipohon, tetapi rezeki Allah dan saya percaya walaupun saya junior, senior yang saya ‘langkau’ tidak mempunyai perasaan kurang senang terutama sebagai Muslim, kita percaya sesuatu itu ketentuan Allah.”

Beliau berkelulusan dari Universiti Malaya. Karier Tengku Maimun bermula :

1982 – sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar).
1984 – menjadi pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban selama 2 tahun. Kemudian sertai Jabatan Peguam Negara di Bahagian Gubalan.
2005 – dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
2006 – menjadi pesuruhjaya kehakiman.
2007 – menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.
2013 – dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
November 2018 – dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.

 

Hebatnya Tengku Maimun, Ketua Hakim Negara Wanita Pertama Cipta Sejarah Tersendiri

Jawatan Ketua Hakim Negara Bukan Satu Tekanan

Hebatnya wanita ini, tak menganggap jawatan yang disandang ini sebagai satu tekanan sebaliknya tanggungjawab yang akan digalas dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Baginya tiada isu jantina. Sama ada lelaki atau wanita, tanggungjawab sama harus dilaksanakan sebaik mungkin..

Semuanya berbalik kepada rezeki dan saya bersyukur. Dilantik sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama bukan satu isu. Tapi saya menganggap ia sebagai rezeki.”

Suami Dan Anak Jadi Pembakar Semangat

Bagaimana kerjaya dan keluarga boleh dibahagikan dengan seimbang. Beliau yang berkahwin dengan peguam, Datuk Zamani Ibrahim dikurniakan 4 orang cahayamata.

Saya bersyukur kerana beliau (suami) dan anak menjadi pembakar semangat. Terutama suami yang sering mengingatkan untuk menjadi seorang hakim, legasinya adalah penghakiman yang dibuat.”

Bantuan seorang sepupu yang tinggal bersamanya selama 30 tahun, memudahkan urusannya membahagi waktu antara kerja dan kerja rumah. Itu antara penyumbang untuknya fokus pada kerjaya.

Tidak Ada Masa Tonton TV

Masa beliau banyak difokuskan untuk bekerja. Tidak punya masa untuk menonton. “Kita sebagai hakim tidak punya masa untuk menonton televisyen. Tidak banyak masa untuk buat apa pun. Kita bekerja hingga lewat malam, awal pagi dan seterusnya.”

7 Mei baru ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun.

Pelantikan beliau menggantikan bekas ketuanya, Tan Sri Richard Malanjum.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro

Jangan Lupa Komen

komen