Rupanya apabila rasa panas badan dan tak selesa bukan hanya disebabkan oleh faktor cuaca, namun ia juga boleh jadi ‘heat tolerance’ yang menjadi punca kepada penyakit tertentu. Almaklumkan sekarang ni terasa panas sungguh cuaca, waktu malam pun masih terasa haba bahangya.

Baca perkongsian kesihatan daripada Dr Khairul Faizie ini sebagai panduan;

Sekarang ni musim panas. Bukak air paip malam-malam pun rasa panas, dah macam kat Mekah.Satu je nak pesan, kalau badan rasa panas, jangan terus anggap sebab cuaca sekarang ni.

Cuba on aircond, tengok panas lagi tak badan. Tanya orang lain, dia panas tak. Kalau kau sorang yang masih terasa panas, mungkin panas tu sebab penyakit . Terasa panas tu kita panggil heat intolerance.

Artikel Menarik: Macamana Panas Pun Dalam Rumah, Jangan On Kipas Dan ‘Aircond’ Serentak

“Heat Intolerance” Badan Rasa Panas Kerana PENYAKIT, Bukan Sebab Cuaca!

Ni aku bagi 3 penyakit biasa yang ada kaitan dengan heat intolerance :

1. Penyakit terlebih hormon thyroid ( Hyperthyroidism )

Check juga simptom lain, selalunya selain panas, kau akan rasa kulit kering & gatal, kepala selalu sakit pening, badan sendi lenguh, jantung berdebar debar. Jadi kuat makan sebab sistem pencernaan jadi laju. Ajaibnya, tak bertambah berat badan, atau boleh kurus. So jangan cepat salahkan saka atau jin ya.

2. Penyakit Multiple Sclerosis ( MS )

MS ni disebabkan masalah pada sistem saraf yang diserang oleh sistem imune kita sendiri. Kerosakan saraf ni boleh sebabkan macam macam simptom, termasuklah kerap rasa panas. Watch out simptom lain seperti mata kabur, kerap berasa lemah, payah nak berjalan, sukar nak fokus atau mengingati.

3. Kencing Manis

Badan kerap rasa panas pun boleh jadi tanda kau ada diabetes. How? Komplikasi diabetes boleh merosakkan saraf dan saluran sarah. Kelenjar peluh pun boleh rosak. Ini semua boleh menyebabkan sistem penyejukan badan kurang efektif.

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca: Suami Hidap Penyakit Misteri. “Selesa Tidur Dalam Kereta, Panas Bila Naik Rumah.”

Baca Lagi Di Sini: BAHAYA Renjatan Elektrik Akibat Pemanas Air, Jurutera Kongsi Spesifikasi Pendawaian Selamat!

Mingguan Wanita:Jadi jika badan terasa panas, jangan terus anggap ia sebab cuaca. Sebaiknya periksa dahulu tahap kesihatan dan dapatkan rawatan di hospital kerana ia mungkin berkaitan penyakit dalam badan yang kita hidapi.

Sumber: Khairul Faizie

Sungguh kalau mulut jahat, memang boleh makan hati.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Isk biar betul ‘taste’ laki orang.

Boleh beli air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga murah dekat sini:

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI