Hati Rossa masih terluka “bukan kerana jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk”.  Rasa sedih, bimbang dan terluka sememangnya akan membelegu diri seorang wanita apabila di kecewakan.

Kehidupan rumah tangga sememangnya banyak pancaroba. Apatah lagi kehidupan selebriti yang sentiasa mendapat perhatian ramai.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6; dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Hati Rossa Masih Terluka

Menerusi laporan akhbar, Sera akui dirinya masih lagi terluka. Malah pemilik nama sebenar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah ini juga menerusi sesi secara langsung di Tik Tok turut meminta agar peminatnya dan Shuk memberi sokongan terbaik buat mereka.

“Bukan kerana saya jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk, cuma sudah banyak yang berlaku.

“Hati ini masih lagi terluka,” ungkap.

Sokongan Dari Peminat

IKLAN

Wanita ini juga turut menerangkan keputusan adakah dia akan kembali bersama suaminya atau memilih jalan perpisahan.

“Sudah banyak kali sebenarnya soalan ini diajukan, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi.

“ Walaupun kami masih lagi bersama atau tidak, saya berharap anda semua dapat memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami ambil,” luahnya.

Sebelum ini Shuk telah berkongsi videonya berlepas menunaikan umrah bersama Sera.

IKLAN

Untuk rekod November tahun 2022, Sera memberitahu dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.

Hati Rossa Masih Terluka “Bukan Kerana Jual Mahal Atau Tidak Menghargai Usaha Shuk”

Hati Rossa Masih Terluka “Bukan Kerana Jual Mahal Atau Tidak Menghargai Usaha Shuk”

IKLAN

Baca Disini : Rossa Sera Tunai Umrah Bersama Shuk, Doakan Kami Berdua

Rossa Dedah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Shuk, Kini Dalam Proses Failkan Perceraian

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto : Instagram Rossa Sera

Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI